by gua.com.my
Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi GUA merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.
Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, GUA dapat meringkaskannya kepada tiga.
1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka.
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria.
Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.
Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal.
Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Ini hanyalah dua contoh tetapi GUA pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan.
Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. GUA tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.
Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu.
Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.
Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan.
Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.
Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.
Thursday, July 2, 2009
Friday, June 26, 2009
Teacher
A Teacher for All Seasons
A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.
A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it¿s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.
Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You¿re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!
By Joanna Fuchs
A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.
A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it¿s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.
Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You¿re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!
By Joanna Fuchs
Thursday, June 4, 2009
Hikmat Ayat Al-Kursi
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat> itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiapperbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Saturday, May 16, 2009
Bahaya bekas plastik biasa
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
bijak memilih bekas plastik yang ingin digunakan, bakal memberi keuntungan kepada kesihatan.
WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.
Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.
Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.
Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.
Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.
Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.
Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.
Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.
Di atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.
"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.
"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.
"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.
"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.
"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.
Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.
"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.
"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.
Pada majlis tersebut, Sahliah yang telah hampir 20 tahun melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung Tupperware turut mengalu-alukan individu yang ingin mendaftar menjadi ahli dan sekali gus menjadi pengedar.
"Inilah peluang keemasan bagi mereka yang ingin memasuki di alam perniagaan dan sesuai sekali untuk golongan yang telah diberhentikan kerja atau tiada pekerjaan,'' katanya yang mendapat sokongan penuh daripada suami, Abdul Wahid Manan.
Menurutnya, dengan hanya mendaftar sebanyak RM290, ahli akan mendapat kit produk dan boleh menganjurkan parti Tupperware di rumah dengan tunjuk ajar dari pengarah dan ketua organisasi teratas.
"Apa yang penting ialah minat dan semangat, kerana tidak mustahil bagi kita untuk memperolehi jualan sebanyak empat angka sebulan jika kita pandai membina rangkaian dan jualan," ujarnya.

Saturday, May 9, 2009
Delima dan markisa cerahkan kulit
BUAH DELIMA
EKSTRAK buah-buahan biasanya digunakan dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit kerana buah-buahan kaya dengan vitamin.
Menyedari kebaikan dan khasiat buah-buahan, Sothys mengambil kebaikan daripada khasiat buah delima dan markisa dalam rawatan penjagaan kulit terbarunya.
Rawatan Instant Lightening menggabungkan kebaikan buah delima, buah markisa dan bahan aktif semula jadi yang bertindak dan menampakkan hasil serta-merta, iaitu wajah yang berseri dan kulit yang cerah.
Buah delima yang merupakan pati dalam rawatan ini digunakan kerana kaya dengan vitamin dan kandungan terapeutik.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, buah ini telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.
Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat.
Anti oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas.
Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.
Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.
Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).
Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.
Sementara itu, buah markisa mengandungi nutrien seperti vitamin A dan C. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Saturday, May 2, 2009
Kawal kolestrol untuk jantung sihat
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein.
Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.
Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.
Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat seperti susu yang mengandungi sterol tumbuhan.
Namun, kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan pengambilan susu sebagai diet tambahan masih rendah berbanding negara-negara lain.
Hakikatnya, susu mempunyai kalsium tinggi untuk membantu tulang yang kuat.
Menurut Penjenamaan Kanan, Unit Perniagaan Susu Nestle Products Sdn. Bhd, Lam Pui Yuee, negara-negara Barat kerana masyarakat di sana menjadikan amalan meminum susu sebagai makanan utama dalam kehidupan harian mereka.
"Meminum susu merupakan cara terbaik dan paling mudah untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.
Amalan ini memperlahankan kehilangan kalsium dalam tulang sekali gus mengelak daripada masalah osteoporosis," katanya yang ditemui di pejabat Nestle yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Perlu diingatkan bahawa semakin meningkat usia kita, tulang akan kehilangan lebih banyak kalsium dan ketika itu akan berlaku pelbagai penyakit kerana ketahanan badan turut berkurangan.
Tambah Pui Yuee, dua gelas sehari membekalkan 100 peratus saranan pengambilan kalsium setiap hari untuk orang dewasa yang berumur 19 hingga 50 tahun.
"Misalnya susu Nesvita Omega Plus Acticol dihasilkan melalui serat tumbuhan yang boleh didapati secara semula jadi di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, legum, kacang dan bijian.
Bahan-bahan ini menghalang penyerapan kolestrol dari usus kecil ke dalam aliran darah.
Kajian membuktikan, dua gelas susu ini membekalkan 1.2 gram sterol tumbuhan dan boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak tujuh peratus dalam 30 hari," ujarnya.

Tuesday, April 28, 2009
Petunjuk kesihatan dan kepuasan hidup
WALAUPUN seks bukan satu keperluan wajib hidup seharian, ianya amat penting bagi kebanyakan manusia biasa, sehinggakan boleh membawa pertikaian, pergaduhan mahupun perceraian. Kerana seks juga hidup seseorang itu boleh musnah atau jika dibuat pilihan yang tepat bertambah ceria dengan perkembangan zuriat secara halal.
Namun, fokus artikel minggu ini bukan kepada hubungan seks terlarang, hukum agama mahupun penyebaran penyakit akibat seks rambang. Apa yang ingin diketengahkan adalah fakta sebuah tinjauan yang menunjukkan rakyat Malaysia, yang rata-rata menganggap seks satu subjek tabu, kurang menikmati keintiman bersama pasangan masing-masing.
Perlu juga ditekankan bagaimana hasil tinjauan sama turut menunjukkan hubungan rapat kepuasan seksual seseorang dengan tahap kesihatan dan juga kepuasan hidupnya secara keseluruhan.
- Asia Pasifik
Satu tinjauan besar-besaran tajaan Pfizer untuk 13 negara Asia Pasifik dari Mei hingga Julai 2008 menunjukkan satu persamaan penting dengan tinjauan serupa di Eropah iaitu tahap kepuasan seksual dan juga kepuasan hidup semakin menurun di seluruh dunia.
Tinjauan Kesihatan Seksual dan Menyeluruh Asia Pasifik (AP SHOW) itu juga menunjukkan masalah seksual juga semakin banyak berlaku dengan 31 peratus lelaki dan 43 wanita mempunyai masalah dalam hubungan seks dengan pasangan mereka. Penduduk di India dan Filipina dicatatkan mempunyai kepuasan seksual tertinggi di rantau ini sementara Jepun dan Korea antara yang terendah.
Ahli Pengasas Pusat Kesihatan Seksual Australia di Hospital St. Luke, Sydney, Dr. Rosie King memaklumkan situasi di Malaysia hampir sama seperti di Eropah dengan sebahagian besar penduduknya kurang kepuasan seksual.
“Sebanyak 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita negara ini kurang kepuasan penuh dalam hubungan seks berbanding 60 peratus lelaki dan wanita di Eropah.
“Selain itu, tinjauan juga menunjukkan kurang kepuasan seksual berkait dengan kepuasan hidup seseorang itu, secara keseluruhannya,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, individu yang mempunyai tahap kepuasan seks yang tinggi dilihat mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi.
Selain itu tegasnya, kepuasan seksual juga jelas berkait rapat dengan tahap kesihatan badan, pengurangan stres dan tanggapan positif terhadap kesihatan fizikal, terutamanya di kalangan wanita Malaysia.
“Lelaki dan wanita yang mendapat kepuasan penuh dari hubungan seks mereka juga dilihat menggambarkan kesihatan diri sebagai bagus atau amat bagus,” katanya.
Hasil maklumat yang dikumpul dari pasangan di rantau Asia Pasifik itu, jelas dilihat bagaimana individu yang sihat lebih menikmati hubungan seks bersama pasangan masing-masing. Ini seterusnya dapat memberi kesan berangkai yang meningkatkan pemikiran positif terhadap pencapaian hidup dan kepuasan hidup secara keseluruhan.
- Lelaki dan ED
Sekitar 38 peratus lelaki di Malaysia dikatakan menghadapi masalah mati pucuk (ED) dan dianggarkan hanya satu dari 10 pesakit ED sahaja yang mendapatkan bantuan. Selebihnya, hanya mengharapkan bantuan datang atau mencari di tempat yang salah.
Menurut Dr. King, lelaki yang menghidap ED seterusnya mungkin berhadapan dengan tahap kepuasan seksual yang berkurangan dan semakin kurang hubungan seks.
“Kira-kira 40 peratus lelaki Malaysia melaporkan ereksi yang tidak mencapai tahap maksimum (gred 4).
“Lebih malang lagi bagi mereka, tinjauan AP SHOW juga menunjukkan lelaki jauh lebih mementingkan seks berbanding wanita,” ujarnya.
Beliau menjelaskan AP SHOW menunjukkan seks merupakan keutamaan nombor lapan daripada 17 keutamaan hidup lelaki tempatan sementara bagi wanita pula ia yang ke-14 daripada 17 keutamaan hidup lain.
Tambahnya, dari segi purata rantau Asia Pasifik pula, seks berada di tangga ke-16 daripada 17 keutamaan hidup bagi wanita.
Dari segi peratusan, AP SHOW menunjukkan 64 peratus lelaki menganggap hubungan seksual yang baik dalam perhubungan sebagai penting atau amat penting berbanding hanya 45 peratus wanita yang mempunyai tanggapan sama.
Bagi lelaki yang menghidap diabetes pula, mereka lebih berisiko menghidap ED akibat neuropati diabetik. Dianggarkan sehingga 75 peratus penghidap diabetes mengalami masalah seksual, yang semakin teruk dengan peningkatan usia.
ED kebiasaannya mula dikesan selepas 10 tahun pesakit dikesan menghidap diabetes tetapi malangnya ramai yang malu untuk membincangkan masalah tersebut dengan pasangan mahupun doktor mereka. Ini bukan sahaja menjejaskan kepuasan seksual diri, malahan tahap kepuasan isteri (pasangan) mereka juga.
- Peranan doktor
Seperti ramai sedia maklum, semakin ramai penduduk dunia dan juga penduduk Malaysia yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, masalah kardiovaskular (jantung dan salur darah), buah pinggang dan banyak lagi. Dengan itu, pasti lebih banyak pesakit yang menemui doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Dr. King menegaskan doktor-doktor perlu mengambil kesempatan semasa pemeriksaan kesihatan pesakit untuk bertanyakan tentang kesihatan seksual mereka.
“Memang difahami bahawa seks adalah satu subjek yang sukar dibincangkan oleh doktor mahupun pesakit.
“Bagaimanapun, doktor perlu lebih proaktif dan belajar membincangkan isu sebegini supaya keseluruhan kualiti hidup pesakit terjaga,” katanya.
Tegasnya, bantuan doktor dalam subjek tabu ini penting kerana kajian telah membuktikan kepentingan seks tidak akan berkurangan dengan peningkatan usia. Berikutan semakin banyak masalah kesihatan menyusul dengan peningkatan usia, bantuan doktor (walau cuma merujuk kepada pakar bersesuaian) dapat memastikan kepuasan seksual pesakit tidak terjejas teruk.
Dalam konteks budaya Timur yang mementingkan adab sopan, pemikiran lama yang membataskan peranan isteri dalam hubungan seksual bersama suami juga mungkin menjejaskan kepuasan kedua-dua pihak. Untuk itu, komunikasi antara suami isteri amat penting, bukan sahaja bagi mengukuhkan hubungan rumahtangga malahan membolehkan mereka menikmati hubungan yang telah dihalalkan melalui penyatuan yang sah.
Seks merupakan satu subjek yang luas dan subjektif dengan bermacam pecahan yang boleh membawa masalah mahupun penyelesaian. Paling utama, ia melibatkan hubungan mendalam dua individu dan akan memberi kesan (baik atau buruk) kepada kedua-dua suami dan isteri.
Jangan hanya mementingkan diri dengan menyorokkan masalah yang dihadapi sehingga membiarkan pasangan anda terkapai-kapai. Seks dalam hidup berumahtangga adalah sesuatu yang amat penting dan tidak boleh diambil mudah kerana ia akan memberi kesan kepada kepuasan hidup anda dan pasangan.
Tinjauan AP SHOW merupakan antara beberapa kajian asas yang dapat membantu mengesan masalah seksual yang dihadapi penduduk rantau ini, seterusnya membolehkan kita mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Oleh itu, banyakkan mendapat makluman mengenai isu sensitif ini, bertanya kepada doktor anda dan dapatkan bantuan jika anda memerlukannya.
Dipetik dari
Oleh NURUL ANUAR KARI
kesihatan@utusan.com.my

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)