Tuesday, April 15, 2008

Fakta

FAKTA
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan sikusampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..

Ambillah waktu

Ambillah waktu utk berfkir,itu adalah sumber kekuatan,
Ambillah waktu utk bermain, itu adalah rahsia masa muda yg abadi,
Ambillah waktu utk berdoa,itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu utk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu utk mencinta dan dicintai, itu adalah hak istimewa yg dberikan Tuhan,
Ambillah waktu utk bersahabt,itu adalah jlan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu utk tertawa,itu adalah muzik yg menggetarkan hati,
Ambillah waktu utk memberi,itu adalah membuat hidup menjadi bererti,
Ambillah waktu utk berkerja,itu adalah nilai keberhasilan,
Ambillah waktu utk beramal,itu adalah kunci menuju syurga...