Saturday, August 28, 2010

Hormon anti penuaan

PELBAGAI rawatan dilakukan untuk tampil sihat walaupun pada usia tua.

Ramai yang memberi reaksi positif apabila saya memperkatakan tentang anti penuaan. Tidak kurang juga yang mempunyai tanggapan negatif kerana tidak tahu dan kurang memahami pengertian anti aging atau anti penuaan yang sebenar.

Mereka menganggap perubatan anti penuaan sebagai cubaan melawan takdir ketentuan Ilahi dan hanya mampu memberi kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu kesihatan dalaman tubuh. Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda.

Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia dianggarkan selama 90 tahun. Ramai yang masih hidup sihat meskipun sudah melebihi usia tersebut.

Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai anti penuaan adalah:

l Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa yang mampu mengubahnya.

l Saya sudah menopaus dan mencapai usia 60-an maka tidak mungkin saya boleh kembali muda. Saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuatkan saya lebih muda.

l Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.

l Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang. Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?

Cuba anda fikirkan fakta ini.

l Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

l Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.

l Orang yang tua mudah murung dan sensitif

l Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding orang muda.

l Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia meningkat.

Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat? Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi berpigmen serta berkedut?

Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki

l Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.

l BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.

l ED adalah masalah menegangkan zakar.

Bagi wanita pula;

l Menopaus

l Masalah pada buah dada

l Masalah rahim dan vagina.

Bagi lelaki dan wanita

l Atherosclerosis

l Darah tinggi dan kencing manis

l Dementia (nyanyuk atau pelupa)

l Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.

Dari segi kosmetik pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang cantik hilang serinya.

Apabila usia bertambah kelenjar hormon pada tubuh bekerja keras bagi memastikan penghasilan yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting serta mempunyai tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Kelenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia meningkat. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT scan.

Cuba lihat di sekeliling kita. Seorang wanita atau lelaki yanng periang berubah menjadi murung dan anti sosial apabila usia meningkat. Tidak kurang juga mengalami masalah berat badan yang tidak dapat diturunkan melalui pemakanan semata-mata. Diet tidak akan berkesan tanpa pengurusan hormon yang betul. Dengan terapi hormon yang betul barulah seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Badannya terasa berat dan sukar untuk bersenam. Apabila hormon rendah tubuh akan berasa malas dan letih selalu. Apabila hormon metabolik tertentu ditambah, ia akan berubah menjadi lebih baik dan cantik. Tubuh mula membakar lemak di dalam badan. Hasil tubuh mendapat tenaga yang baik dan mula menjadi lebih langsing.

Mengapa kadar patah tulang, serta tulang rapuh sering berlaku pada orang tua. Jawapannya adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif.

Mengapa orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih. Ini juga kerana tubuhnya tidak mempunyai hormon yang cukup. Hormon tertentu merangsang perasaan agar positif dan sentiasa gembira.

Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan maka penghasilan hormon terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah. Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Justeru menjaga kelenjar hormon agar menopaus berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh adalah disarankan.

Pada minggu akan datang saya akan mengupas isu hormon dengan lebih mendalam lagi.

Buat sendiri di rumah

Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an.

Oleh itu ambil makanan dan minuman yang mampu merangsang metabolisme antaranya:

* Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori.

* Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari.

* Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menseimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

* Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar.

* Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

* Amalkan makan kekacang antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

* Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan 'bazirkan' kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

* Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat.

Pankreatitis punca keradangan usus

Oleh Dr. Tan Huck Joo

Apakah Pankreatitis? Pankreatitis adalah keradangan yang berlaku pada pankreas. Apabila pankreas membengkak, enzim yang dirembes - yang biasanya aktif di dalam usus kecil - menjadi aktif dalam kelenjar pankreas, malah mula menghakis tisu pankreas. Ini mengakibatkan kecederaan pada pankreas.

Pankreatitis mungkin boleh berlaku secara akut (secara tiba-tiba, dalam jangka masa yang pendek) atau kronik (berlanjutan, dalam jangka masa panjang), tetapi kedua-duanya boleh menjadi bahaya dan mengakibatkan komplikasi yang boleh meragut nyawa. Kebanyakan kes pankreatitis adalah kes akut.

Pankreatitis Akut

Pankreatitis akut berlaku secara tiba-tiba. Kebanyakannya adalah kes ringan dan peluang untuk penyembuhan adalah cerah. Namun, ada juga pesakit yang menghidapi pankreatitis akut yang teruk, di mana keradangan, kerosakan tisu dan jangkitan pankreas berlaku. Berkemungkinan besar organ lain juga turut terlibat seperti kegagalan ginjal atau penglibatan jangkitan pada paru-paru. Pankreatitis akut yang parah perlu dirawat segera untuk mengelakkan komplikasi dan kematian.

Penyebab

Penyebab utama pankreatitis akut adalah batu hempedu dan penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa yang lama. Kedua-dua sebab ini menyumbangkan kepada 80 peratus kes-kes pankreatitis akut. Penyalahgunaan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan sel-sel pankreas dan menyebabkan keradangan pankreas. Batu hempedu pula boleh menyekat salur pankreas atau salur hempedu, menyebabkan cecair pencernaan berkumpul dalam pankreas.

Penyebab lain yang lebih jarang adalah kecederaan perut, selepas melakukan prosedur ERCP (prosedur untuk membuang batu hempedu dari salur hempedu), ubat-ubatan, pankreas yang tidak normal, dan trigliserida (sejenis lemak) tinggi dalam darah.

Tanda gejala dan komplikasi

l Sakit bahagian atas abdomen - Kesakitan biasanya teruk, ia adalah gejala utama walaupun kebanyakan orang salah anggap kesakitan ini sebagai sakit gastrik.

l Sakit yang merebak ke bahagian belakang badan - Sakit biasanya menyebar ke bahagian di mana letaknya organ pankreas.

l Sakit selepas makan atau minum - Kesakitan menjadi lebih teruk selepas makan atau minum, terutama selepas makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.

l Mual dan muntah - Biasa berlaku.

Gejala lain adalah demam, perut kembung, denyutan jantung yang cepat, kurang air dalam badan dan tekanan darah rendah. Jika tidak dirawat dengan segera, gejala akan bertambah teruk dan boleh mengakibatkan kegagalan ginjal, kesulitan pernafasan dan tekanan darah menjadi terlalu rendah, pesakit boleh mengalami kejutan.

Rawatan

Rawatan pankreatitis akut adalah bergantung kepada keadaan dan punca pankreatitis. Pemeriksaan fizikal, ujian darah dan pemeriksaan imej digunakan untuk mengdiagnos dan menilai keadaan pankreatitis akut. Setelah itu, doktor akan menjalankan rawatan sokongan dan merawat punca pankreatitis.

Pankreatitis kronik

Sekiranya keradangan pada pankreas tidak sembuh dan pesakit mendapat pankreatitis akut secara berulang-ulang, ini boleh menyebabkan pankreatitis kronik yang boleh memusnahkan pankreas. Minum alkohol berlebihan dalam jangka panjang adalah faktor utama terjadinya penyakit pankreatitis kronik.

Gejala dan komplikasi pankreatitis kronik yang biasa berlaku adalah:

l Sakit pada bahagian atas abdomen - Pesakit pankreatitis kronik tidak semestinya rasa sakit. Jika ada, kesakitannya kurang berbanding dengan pankreatitis akut, tetapi mungkin berterusan.

l Letih dan lesu

l Najis berminyak - Ini disebabkan kekurangan enzim yang mencernakan lemak dalam makanan. Najis akan timbul di dalam mangkuk tandas dan susah untuk dipam.

l Berat badan turun tanpa sebab - Kurang penghasilan enzim pankreas untuk mencernakan makanan menyebabkan nutrisi tidak dapat diserap dengan sempurna oleh badan.

l Diabetes - Sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas rosak, dan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup.

Rawatan untuk pankreatitis kronik adalah pemberian ubat tahan sakit untuk menghilangkan rasa sakit, atau suplemen enzim pankreas diberi untuk mengatasi masalah kekurangan enzim. Pesakit disarankan makan makanan yang tinggi dalam karbohidrat dan rendah lemak, makan kerap kali dalam jumlah yang kecil dan hentikan pengambilan alkohol.

Pulih selepas mata disuntik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Ismail Wahab, 70 sanggup berbelanja besar demi memulihkan penglihatan yang semakin hari semakin kabur. Walaupun pelbagai rawatan tradisional disarankan, dia lebih yakin dengan perubatan yang ditawarkan di hospital.

Mengakui pelbagai penyakit akan dihidapinya apabila usia semakin meningkat, Ismail lebih bersedia melakukan rawatan daripada membiarkannya menjadi lebih teruk. Atas cadangan seorang rakannya, Ismail menjalankan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ismail disahkan mengalami masalah degenerasi makular berkaitan umur (AMD).

"Ketika doktor memberitahu saya bahawa penyakit ini boleh membawa kebutaan, saya agak terkejut. Namun, saya bertekad untuk merawatnya daripada membiarkannya menjadi lebih serius. saya akui sebelum ini penglihatan saya semakin teruk. Nak memandu pun saya kena bawa dengan perlahan dan sentiasa ditemani oleh isteri," katanya pada sidang akhbar mengenai AMD di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Apa yang lebih membimbangkan Ismail, pandangan sebelah kanan nampak senget walaupun mata kirinya baik.

"Ia masih menyukarkan saya memandang sesuatu. Walaupun saya masih boleh menjaga kedai runcit, pergerakan saya masih perlahan.Akhirnya, doktor menyarankan mata saya disuntik. Alangkah terkejutnya ketika itu. Apa akan jadi pada mata saya? Namun, saya tahu doktor pakar lebih memahami keadaan saya. Atas bantuan keluarga, saya bersetuju melakukan rawatan tersebut walaupun menelan perbelanjaan yang agak tinggi. Mujur saya masih ada anak yang boleh membantu kewangan saya," ujarnya.

Doktor memberitahu Ismail, matanya masih sempat dirawat kerana masalah AMD yang dihidapi masih di peringkat awal. Secara keseluruhan, Ismail memerlukan tiga suntikan untuk merawat mata kanannya.

Mungkin ramai yang takut apabila mendengar mata anda akan disuntik tetapi bagi Ismail, dia bersedia berhadapan dengan risiko sakit agar penglihatannya kembali pulih.

"Mulanya agak terkejut apabila melihat ternampak buih dalam mata. Ia sebenarnya adalah buih daripada cecair ubat yang disuntik. Memang tak sakit dan penglihatan semakin baik selepas sepuluh hari disuntik. Selepas suntikan pertama ini, benda yang bengkok sudah nampak lurus sikit," katanya.

Penglihatan Ismail semakin pulih dan dia kini boleh melihat semua objek dalam keadaan lurus selepas tiga suntikan.

Nasihat Ismail kepada orang ramai, kalau ada penyakit seperti yang dialaminya, segeralah berjumpa doktor. Walaupun kos yang ditanggung hampir mencecah RM12,000 Ismail amat berpuas hati kerana penglihatannya kini semakin baik.

Dalam pada itu, Perunding Oftalmologi, Prof Madya Dr. Fong Choong Sian menjelaskan, kaedah terbaik untuk mengesan AMD adalah dengan menjalani pemeriksaan mata tahunan terutama pada individu berumur 60 tahun ke atas.

Rawatan yang biasa diberikan kepada pesakit AMD lanjutan basah adalah suntikan intra-vitreal seperti ranibizumab.

Laparaskopik buang hempedu

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto ZAKARIA IDRIS

Siti Nur Aisyah Razali, 17, pelajar SMK Perimbun, Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur. Kira-kira tiga bulan lalu dia diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian perut. Ketika itu dia sedang menikmati nasi lemak. Kesakitan Aisyah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Gadis itu dibawa ke klinik dan di peringkat awal diberi ubat tahan sakit. Namun kesakitan yang dialami Aisyah tidak juga reda. Hasil ujian ultrasound yang dijalankan ke atasnya mendapati dia mengidap penyakit batu di dalam hempedu.

Oleh kerana keadaannya serius, pakar perubatan mencadangkan dia menjalani pembedahan membuang hempedu. Aisyah yang dimasukkan ke hospital dua hari sebelum pembedahan turut mengidap sickle cell atau penyakit berkaitan darah. Dia yang ditemui Mingguan Malaysia sejam sebelum pembedahan memberitahu, penyakit tersebut dihidapinya sejak sekolah rendah. Sejak disahkan mengidap sickle cell dia juga tidak boleh bergiat aktif. Biar pun meminati bidang sukan namun Aisyah tidak mempunyai pilihan dan hanya menjadi penonton.

Aisyah ditemani ibunya Saoyah akur terhadap cadangan pakar perubatan supaya dia menjalani pembedahan lantaran tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.

Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM, Dr. Hairol Azrin Othman ditanya kes Aisyah memberitahu, gadis itu mengidap penyakit batu di dalam hempedu disebabkan sickle cell yang dideritainya sejak lama dulu. Beliau memberitahu, individu yang mempunyai penyakit berkaitan darah berpotensi untuk mendapat masalah batu di dalam hempedu.

Peluang masuk ke dewan bedah bersama jurugambar menyaksikan prosedur membuang hempedu Aisyah sememangnya mengujakan. Walaupun kaedah laparaskopik semakin biasa digunakan dalam banyak kes (bukan batu hempedu saja), namun menyaksikan sendiri Dr. Hairol bersama pasukannya menjalankan prosedur tersebut memberi gambaran yang sangat jelas.

Pakar Runding Pembedahan itu dibantu Dr. Tan Guan Hee dan Mejar Dr. Ngoo Kay Seong untuk memastikan pembedahan ke atas Aisyah berjalan lancar.

Prosedur membuang hempedu tersebut menggunakan teknik lubang kekunci (Key-hole surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah menggunakan kamera dan peralatan laparoskopik tanpa perlu membuat luka yang besar pada badan. Kaedah itu, menurut Dr. Hairol lebih baik kerana ia tidak melibatkan parut yang besar, lebih kosmetik dan cepat sembuh.

Fungsi hempedu

Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. Hairol memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.

Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi.

''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya.

Menurut Dr. Hairol, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom batu dalam hempedu

Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. Hairol menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya.

Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. Hairol memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu.

i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.

ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

Dr. Hairol ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif.

''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.''

Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik.

Saturday, August 21, 2010

Elak rambut gugur sampai botak

SAYA kagum pertama kali bertemu Puan Rosnah. Wajahnya ayu dan tutur katanya begitu sopan sekali. Beliau datang dari Kuala Selangor. Meskipun jauh beliau tetap menguatkan hati memandu beberapa jam untuk bertemu saya. Usia Puan Rosnah 45 tahun namun sekali pandang sudah tentu orang akan menyangka beliau baru berusia 30-an.

Semasa pertemuan itu, Puan rosnah meluahkan rasa risau tentang rambutnya yang gugur.

‘‘Gugur bukan sedikit doktor, malahan saya mula menjadi botak,’’ katanya sambil moodnya yang riang bertukar sayu apabila berbicara tentang masalah yang dihadapinya itu.

Apabila membuat pemeriksaan saya dapati masalah yang Puan Rosnah amat serius. Kesan rambut gugur amat ketara dengan kawasan botak yang berselang seli dengan tompokan rambut. Menurutnya, setiap hari pasti ada saja rambut yang gugur dan beliau terpaksa berhenti menyikat rambut kerana khuatir akan menyebabkan rambut semakin gugur.

Saya memberitahu masalah itu disebabkan sel-sel rambut yang tidak dapat hidup. Sel-sel yang baru tumbuh cepat mati kerana itu rambut tidak bertahan dan memanjang.

Rambut adalah kutikel yang hidup. Seperti kuku juga rambut adalah kutikel yang perlu nutrisi daripada darah kita. Seseorang yang kurang nutrisi akan mengalami masalah pada rambut dan juga pada kukunya.

Saya membuat analisis rambut dan kuku Puan Rosnah. Jelas kelihatan tanda-tanda kekurangan nutrisi. Rambut yang kurang nutrisi akan kasar tebal dan kelihatan rapuh. Rambut beliau yang kurang nutrisi bercampur aduk dengan rambut yang cukup nutrisi. Terdapat rambut yang sihat dan bermaya bercampur-aduk dengan rambut yang kasar dan kusam.

Puan Rosnah memberitahu, beliau selalu mengambil vitamin dan pemeriksaan darah menunjukkan darah beliau normal. Beliau musykil tentang nutrisi yang saya maksudkan.

Di dalam tubuh kita terdapat enzim dan hormon yang penting bagi meningkatkan metabolik tubuh. Metabolik bererti kadar tubuh menggunakan tenaga. Proses makanan dan zat makanan masuk ke dalam sel dan sel menggunakannya bagi pembinaan tubuh badan. Itu dipanggil proses metabolik. Jika cukup vitamin dalam makanan seharian tapi dalam badan tidak cukup hormon dan enzim maka kadar metabolik juga rendah. Segala vitamin yang dimakan akan sia-sia kerana ia akan keluar semula sebagai bahan buangan.

‘‘Maksud doktor saya tidak cukup hormon, jadi vitamin yang saya amalkan itu menjadi sia-sia saja?’’ tanya Puan Rosnah.

Saya membuat ujian darah bagi melihat hormon dalam badan Puan Rosnah dan menyuruh beliau menjawab beberapa soalan. Hasil daripada keputusan itu saya dapat mengagak apakah yang sebenarnya menjadi masalah sehingga rambutnya enggan tumbuh. Saya mengesyorkan rawatan LLLt laser yang berkesan menumbuhkan rambut .

Laser LLLt membolehkan salur-salur darah kecil yang layu dan mati menjadi lebih segar dan hidup kembali. Rawatan seperti ini mudah dan berkesan. Ia mengambil masa lebih kurang tiga bulan bagi membuahkan hasil yang baik.

Rambut adalah mahkota kita. Tidak kira lelaki atau perempuan rambut merupakan suatu anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih berseri. Justeru rambut gugur, nipis atau botak menjadi satu masalah yang sangat merisaukan. Dewasa ini keadaan cuaca panas dan pemakanan merosakkan struktur hormon dan enzim dalam tubuh menjadikan rambut kita gugur dan kusam.

Baik lelaki atau wanita inginkan rambut yang cantik supaya kelihatan hebat dan berseri. Saya dapati masalah rambut di kalangan lelaki tidak kurang hebatnya dengan masalah rambut bagi wanita. Rata-rata lelaki mengalami masalah ini apabila berusia 30-an. Faktor hormon yang merosot memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.

Hormon yang mustahak dalam pembentukan rambut adalah testosterone, progesterone dan tiroid .Apabila kekurangan hormon tersebut maka tubuh akan menjadi lesu dan kurang bermaya.

Saya sering juga bertemu lelaki dan tidak kurang juga wanita yang terpaksa mengamalkan pemakaian rambut palsu bagi meningkatkan penampilan. Pemakaian rambut palsu tidak selesa kerana sifatnya yang keras.

* Hormon yang mempengaruhi rambut wanita

Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.

* Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki

Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam badan seseorang.

* Ujian darah pengesanan hormon

Bagi membolehkan analisis yang lebih tepat adalah baik jika ujian pemeriksaan darah dibuat. Ujian darah dilakukan bagi melihat jumlah hormon dalam badan dan adakah berlaku gangguan pada hormon-hormon tersebut. Selepas ujian para pelanggan diberi rawatan yang betul untuk stimulasi rambut.

* Pemakanan yang betul bagi nutrisi rambut

Bagi mendapatkan nutrisi rambut yang baik amalkan makanan yang rendah karbohidrat dan berprotein tinggi. Selain itu makanan yang merosakkan hormon seperti ubat mengandungi beta bloker harus dihentikan.

* Laser LLLt bagi rambut

Ia sejenis diod laser yang memancarkan cahaya laser dengan jarak gelombang yang amat pendek iaitu 625 nanometer sahaja. Oleh itu ia selamat digunakan pada bila-bila masa. Apabila laser diputarkan ke seluruh kulit kepala (bagi mendapatkan laluan yang serata) ia akan meningkatkan penumbuhan mikro kapilari yang menghidupkan rambut. Apabila ini berlaku maka rambut akan mendapat nutrisi dan akan mula tumbuh perlahan lahan.

Urat Simpul hodoh dan sakit

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

Bagaimana urat simpul berlaku?

PERNAHKAH anda melihat wanita yang memiliki urat-urat timbul di bahagian kaki yang kadangkala kelihatan bersimpul-simpul dan berwarna biru? Atau mungkin anda sendiri mengalaminya namun sehingga kini tidak tahu rawatan sesuai yang mampu menangani masalah itu?

Jika anda penderita masalah urat simpul, setuju andai dikatakan urat-urat itu sangat merunsingkan fikiran anda sekali pun kaki bagi sesetengah daripada kita merupakan bahagian yang sering ditutup. Dan sekali pun ada sesetengah penghidap tidak berasa sakit, urat simpul tetap dianggap beban kerana ia melibatkan masalah kosmetik kekal pada individu terbabit yang semestinya tidak boleh dirawat dengan cara biasa.

Pakar Bedah Am dan Vaskular, Dr. Tan Kong Hean berkata, urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti. Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja.

“Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku,” kata doktor pakar dari Pusat Perubatan Prince Court itu.

Menurut beliau, urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali.

Katanya, sebanyak 20 peratus wanita mempunyai vena varikos dan 50 peratus daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

“Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi,” katanya.

Menurut beliau, ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena.. Beliau juga bersetuju pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Kata beliau lagi, lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10 peratus yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Selain itu, beliau berkata, mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.

Dr. Tan menjelaska n mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Pesakit urat simpul juga katanya, akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.

“Namun ramai juga yang tiada simptom tapi keadaan urat yang bersimpul sangat ketara,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut Dr. Tan berkata, terdapat peringkat berbeza bagi masalah urat simpul.

Silau jejas penglihatan

PENDEDAHAN berlebihan kepada sinar ultra lembayung (UV) boleh menyebabkan kesilauan.

DALAM kehidupan kita seharian, kesilauan matahari petang ketika memandu atau kilauan daripada pantulan permukaan bercahaya, boleh mengganggu bahkan membahayakan. Kesilauan tajam boleh menyebabkan kita hilang penglihatan buat sementara waktu dan sukar untuk melihat persekitaran dengan jelas. Perbezaan tinggi rendah permukaan mungkin tidak jelas atau hilang terus daripada penglihatan kita akibat kesilauan. Masalah kesilauan juga boleh membuatkan kita seolah-olah sedang melihat sebuah dinding cahaya yang putih. Ini boleh menimbulkan situasi yang berbahaya ketika memandu, khususnya jika pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki, warna lampu isyarat, malah mungkin tidak dapat melihat kenderaan lain.

Kepekaan terhadap kesilauan

Terdapat banyak punca kesilauan yang boleh menyebabkan kerja biasa menjadi susah untuk dilakukan.

Sebab-sebab biasa kesilauan adalah:

* Cahaya matahari yang menimpa secara langsung.

* Pantulan cahaya matahari dari permukaan licin dan bercahaya, termasuk dari kenderaan lain.

* Cahaya dari atas kepala, terutama sekali lampu kalimantang di pejabat.

* Lampu depan kenderaan yang datang dari arah bertentangan

* Cahaya skrin komputer

Kepekaan kepada kesilauan boleh berpunca daripada pelbagai keadaan. Faktor biasa yang dikaitkan dengan kepekaan kesilauan termasuklah:

* Pendedahan berlebihan kepada sinar ultra lembayung (UV).

* Mereka yang mempunyai biji mata berwarna cerah serta anak mata yang besar.

Jadi bagaimanakah kita hendak mengurangkan kesilauan secara semulajadi?

Pigmen makular - Lutein dan Zeaxanthin

Pigmen makular pada manusia - lutein dan zeaxanthin - yang paling biasa dikaitkan dengan perlindungan terhadap kemerosotan makular berkaitan penuaan (AMD), didapati boleh mengurangkan kesan kesilauan yang merosakkan daripada mereka yang menjalani uji kaji yang mempunyai penglihatan normal. Ini dilaporkan oleh penyelidik dalam jurnal yang dikenali sebagai Optometry and Vision Science.

Lutein dan zeaxanthin merupakan sejenis anti oksida semulajadi yang melindungi mata dengan menyerap cahaya biru perosak itu di samping mengurangkan kesilauan. Cahaya biru boleh menyebabkan tekanan oksidatif berbahaya dalam mata. Lutein dan zeaxanthin melindungi sel dan membran dengan membataskan kegiatan radikal bebas berbahaya.

Lutein Dan Zeaxanthin Dalam Alam Semulajadi

Lutein dan zeaxanthin merupakan nutrien semulajadi berpigmen kuning dan termasuk dalam keluarga karotenoid. Karotenoid adalah pigmen berwarna merah, kuning dan jingga yang dijumpai dalam buahan berwarna kuning dan jingga serta sayuran berdaun hijau dan jagung.

Taburan Lutein dan Zeaxanthin di dalam Mata

Daripada lebih 600 pigmen tumbuhan yang dikenali sebagai karotenoid yang lazim dijumpai dalam alam semulajadi, hanya dua jenis karotenoid, iaitu lutein dan zeaxanthin, secara terpilih terkumpul dalam retina, makula dan kanta. Zeaxanthin merupakan komponen paling banyak berkumpul di tengah makula, manakala lutein pula mengumpul paling banyak di pinggir luaran mata. Mata kita bersifat memilih dan ia memilih untuk meletakkan zeaxanthin tepat di tengah makula, suatu kawasan paling kritikal untuk penglihatan pusat dan merupakan kawasan yang paling memerlukan perlindungan.

Saturday, August 14, 2010

7ujuh langkah jantung sihat

RISIKO penyakit jantung bermula sejak kecil dan tabiat buruk menjadikannya lebih teruk. Penyakit jantung adalah penyakit senyap. Tiba masanya akan wujud simptom - sama ada serangan jantung atau strok - ia sudah terlambat," kata Pakar Perunding Kardiologi Datuk Khoo Kah Lin, Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Mengulas lanjut, beliau berkata: ''Melalui Program 'Jantung Sihat' YJM yang disokong oleh Quaker, kami menggesa ibu bapa memberi komitmen dalam mengamalkan gaya hidup sihat supaya menjadi teladan kepada anak-anak.

''Itulah hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada mereka."

Berikut tujuh langkah terbaik untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

1. Berikrar

Ikrar adalah sumpah untuk tidak melakukan suatu perkara. Dalam kes ini bermaksud anda ingin menjalani gaya hidup sihat dengan mempraktikkan tabiat baik dan menjauhi yang buruk.

2. Nilai kesihatan jantung anda

"Risiko seseorang mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit berkaitan pembinaan plak, dan diabetes Jenis 2, bergantung kepada faktor risiko metaboliknya.

"Risiko faktor metabolik adalah obesiti abdomen, tinggi LDL kolesterol ("jahat"), rendah HDL kolesterol ('baik'), tinggi tekanan darah dan glukosa dalam darah. Lebih banyak faktor risiko metabolik, lebih tinggi risiko mendapat penyakit jantung,'' kata Dr. Khoo

Untuk bacaan tepat risiko anda terhadap penyakit jantung, belia menasihatkan anda mengukur lilitan pinggang dan lakukan ujian darah. Anda juga perlu jujur dalam menilai diri dan gaya hidup. Adakah anda gemuk? Adakah anda ambil makanan rendah lemak, berserat tinggi? Adakah anda selalu bersenam? Adakah anda merokok? Tanya mengapa amalkan tabiat tersebut. Adakah anda merokok untuk elak tekanan? Adakah tabiat makan yang buruk disebabkan pengurusan masa yang tidak teratur?

3. Tetapkan sasaran

Sasarkan berat badan, lilitan pinggang, kolesterol darah, tekanan darah dan glukosa darah anda berada di julat sihat. Khususkan sasaran anda dan berikan tempoh akhir.

Contohnya, jika anda perokok, beri masa tiga bulan untuk berhenti. Jika anda tinggi kolesterol darah, berusaha untuk menurunkan kolesterol LDL dan tingkatkan HDL dalam 30 hari.

4. Atur strategi

Tetapkan strategi berdasarkan nasihat pakar (rujuk Jadual B). Jika anda mahu menurunkan kolesterol darah, seeloknya anda tahu bagaimana kolesterol berlebihan dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung. Sekiranya anda buat rujukan, anda akan tahu bahawa perkara yang paling efektif untuk jantung adalah mengambil makan berserat tinggi, terutamanya oat larut (beta-glukan) yang boleh menurunkan kolesterol dalam darah secara klinikal.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA), diet tinggi oat atau bran oat dan rendah lemak tepu serta kolesterol boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Perunding Diet Indra Balaratnam memberi nasihat membina. "Salah satu strategi untuk turunkan kolesterol adalah makan dua mangkuk oat setiap hari. Ia sebanyak 70 gram oat, di mana ia membekalkan 3 gram beta-glukan yang menurunkan paras kolesterol dalam darah secara efektif."

"Oat juga pilihan terbaik jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan kerana ia 100 peratus semulajadi, rendah lemak dan anda berasa kenyang lebih lama."

Adakala strategi anda memerlukan nasihat professional. Contohnya, jika anda terlalu gemuk, bertekad untuk menurunkan berat dengan cara sendiri akan membawa kepada kekecewaan dan mungkin gagal.

Jadual B Prinsip-prinsip gaya hidup sihat

l Berhenti merokok.

l Turunkan berat badan.

l Ambil makanan berserat tinggi dan rendah lemak tepu, lemak trans dan kolesterol.

l Utamakan oat untuk nikmati kebaikan serat oat larut (beta-glukan) yang menurunkan kolesterol.

l Kekal berat badan sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

5. Kongsi bersama

Jangan simpan rancangan anda. Kongsinya bersama pasangan, rakan malah anak-anak. Sokongan yang tersayang membantu memotivasikan anda, terutama pada waktu sukar. Mereka membantu anda berada di landasan yang betul dan siapa tahu, mungkin menyertai anda!

6. Laksana dan awasi

Tiba masanya untuk bertindak. Buat keputusan bijak setiap hari untuk mengawal tabiat anda seperti pilihan makanan dan senaman. Berbangga dengan diri anda apabila membuat pilihan bijak. Awasi perkembangan dengan menulis log pengambilan makanan dan senaman. Simpan rekod mingguan ukuran lilitan pinggang sekiranya anda ingin mengurangkan lemak di perut.

7. Nilai dan susun semula strategi

Bila anda sampai ke tarikh akhir, jalani ujian darah untuk mengetahui bagaimana keadaan anda. Jika anda patuh dengan prinsip hidup sihat, anda mendapati lilitan pinggang, berat badan serta bacaan lain akan terletak di dalam julat sihat.

Jika usaha anda tidak berjaya, masih ada masa untuk menyusun semula strategi. Dapatkan nasihat professional jika perlu.

Usaha yang anda ambil untuk gaya hidup sihat akan memberi impak besar kepada anak anda. Dengan mempraktikkan tabiat jantung sihat, anda bukan saja merendahkan risiko penyakit jantung tetapi juga kepada anak anda. Artikel ini adalah sumbangan Program Jantung Bijak Quaker yang menyokong Program Jantung Sihat Yayasan Jantung Malaysia.

Kedut, parut & lekuk

AKTRES Hollywood turut menggunakan filler untuk menjadikan bentuk bibir lebih menarik. - Gambar hiasan

TEKNOLOGI filler kini mendapat tempat di kalangan lelaki dan juga wanita yang ingin mengubah penampilan menjadi lebih baik.

Oleh kerana sifatnya yang mampu mengubah struktur atau menambah isipadu kulit yang longgar, maka hyaluronik dipanggil juga injectable implant. Ini bermakna kehadiran hyaluronik boleh menggantikan tisu yang hilang di dalam kulit kita akibat penuaan.

Untuk mencantikkan wajah terdapat banyak cara di mana kita boleh menggunakan filler hyaluronik.

Menutup kesan lekuk atau parut yang dalam pada kulit.

Kulit yang berparut atau berlekuk bererti kandungan kolagen dalam kulit sangat sedikit contohnya kesan parut jerawat yang berlekuk. Adalah sukar bagi kita menghilangkan kesan parut begini. Penggunaan filler adalah baik kerana selepas pengisian dibuat kulit akan tampak segar dan kurang berparut atau berlekuk.

Menambah kolagen di bahagian yang memerlukan seperti:

# Pipi dan kulit yang kendur

Apabila suntikan filler dibuat, kulit kelihatan cantik semula. Masalah pipi yang tenggelam agak ketara bagi seseorang yang terlalu kurus. Pipi tampak tersorong ke dalam dan wajah akan tampak kurang menarik.

# Menutup kedutan yang ketara

Kedutan yang sukar dirawat seperti kedutan pada dahi yang dalam dan di antara kedua kening sering memerlukan teknologi filler bagi menutupi garisan yang ketara.

# Mencantikkan struktur wajah seperti memancungkan hidung

Kini mereka yang mahu meningkatkan penampilan hidung tidak perlu lagi menggunakan pembedahan plastik kerana filler juga mampu menjadikan hidung tampak lebih mancung dan berseri. Sudah tentu mereka yang berhidung mancung tampak lebih segak berbanding mereka yang berhidung besar atau penyek. Suntikan filler mampu membuat hidung lebih mancung berbentuk sangat natural.

# Mencantikkan dagu

Simetri pada wajah adalah penting bagi memperlihatkan wajah yang cantik dan menawan. Jika dagu seseorang terlalu pendek sudah tentu wajah akan tampak tidak simetri. Penggunaan filler mampu menjadikan bentuk dagu lebih runcing dan panjang. Wajah tampak lebih tirus dan ayu. Masalah lemak bawah dagu turut dapat diatasi kerana dagu yang panjang menjadikan lemak bawah dagu kurang kelihatan. Perubahan seumpama itu mampu menjadikan seorang wanita lebih cantik.

# Mencantikkan bibir yang terlalu kecil atau kecut

Bagi mereka yang memiliki bibir yang kecil dan kurang menyerlah, penggunaan filler mampu mengatasinya. Filler yang disuntik pada sekeliling bibir membuatkan bibir tampak lebih menawan dan seolah olah terlukis indah. Bagi wanita yang memasuki usia 40-an, warna bibir sudah tentu pudar dan bibir juga turut mengecut menjadi kecil. Penggunaan filler akan menyerlahkan semula bentuk bibir menjadikan bibir lebih anggun dan tebal.

# Menambahkan saiz payu dara

Terdapat juga filler khusus bagi meningkatkan saiz payu dara. Suntikan sebegini haruslah dilakukan oleh doktor yang terlatih agar bentuk yang menarik dan keselamatan anda terjamin. Mereka yang bersaiz kecil boleh menggunakan teknologi sebegini yang mudah dan tanpa perlu melalui sebarang pembedahan.

# Menambahkan saiz punggung yang leper

Sebagaimana payu dara, saiz punggung yang leper boleh ditingkatkan dengan penggunaan filler. Saiz punggung yang terlalu kecil kurang menarik bagi lelaki dan juga wanita.

# Mencantikkan kulit pada tangan berkedut

Apabila seseorang wanita berusia 40-an banyak kolagen pada kulit akan hilang. Pada masa ini kulit terutamanya pada tangan akan kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Ini membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan sesetengahnya berasa amat malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Teknologi filler membolehkan masalah ini diatasi. Filler menjadikan kandungan kulit lembap semula. Kedutan kecil akan dihilangkan oleh filler. Kegunaan filler dalam kes seperti ini adalah lebih kepada melembapkan kulit.

# Menyembunyikan eye bag

Masalah eye bag atau lemak bawah mata adalah fenomena biasa yang mengganggu wajah apabila usia mula meningkat. Apabila lemak berkumpul ia mula membentuk lekuk yang tidak sekata di bawah mata. Penggunaan filler boleh membantu menjadikan lekuk tampak kurang ketara dan eye bag juga kurang kelihatan.

Ketagih berbelanja

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

BAGI sesetengah wanita, gila berbelanja dapat memberi kepuasan. - Gambar hiasan.

TIBA sahaja Ramadan, ramai yang memperkatakan soalan kesihatan fizikal. Kemampuan berhadapan dengan diet dan penyakit sering menjadi ukuran puasa yang sempurna. Namun, bagaimana pula dengan anda yang diserang penyakit dalam diam. Lebih-lebih lagi ia memerlukan kekuatan mental untuk melawan penyakit ini. Hakikatnya, inilah yang dialami oleh umat Islam menjelang Aidilfitri. Semuanya gila berbelanja kerana ingin bergaya di hari raya dan mengejar jualan murah. Tidak cukup itu, orang ramai berpusu membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Menyentuh isu gila berbelanja atau istilah biasanya shopaholic, teringat sebuah filem mengenai seorang gadis yang berhadapan dengan penyakit mental ini.

Masakan tidak, watak sebagai seorang gila berbelanja bernama Rebecca ternyata dekat sekali di hati kebanyakan wanita di seluruh dunia yang menjadikan beli-belah sebagai terapi nafsu bergaya paling mujarab.

Menerusi Confessions of a Shopaholic, watak heroin, Rebecca dibelenggu hutang kerana tabiatnya yang gila berbelanja.

Wanita ini juga sanggup menipu demi memenuhi kehendaknya.

Dalam filem tersebut, Rebecca mendapatkan rawatan dengan menghadiri kaunseling kelompok.

Apa yang tersirat di sebalik filem itu, masyarakat tempatan kurang prihatin terhadap kesan penyakit mental tersebut.

Fenomena ini berlaku menjelang musim perayaan apabila semua ingin mempunyai pakaian, aksesori, perabot yang baru.

Selain dibelenggu hutang, shopaholic boleh menyebabkan kita menjadi stres, cemburu dan hubungan suami isteri renggang.

Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya, Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, dalam konteks ini, seseorang itu hilang kawalan dan ketagihan berbelanja.

Golongan ini sering berbelanja secara berlebihan dan berterusan sehingga memudaratkan diri mereka dan orang sekeliling. Tidak kira lelaki atau perempuan mereka boleh diserang penyakit mental itu.

Pelbagai alasan kenapa gejala ini berlaku. Pada awalnya, ramai yang menganggap ia satu keseronokan untuk menghilangkan kemurungan diri. Namun, mereka akan terus berbelanja dan berbelanja tanpa menghiraukan akibatnya.

Misalnya, kenapa orang membunuh diri? Mungkin kerana tekanan, kemurungan atau marah. Begitu juga dengan shopaholic yang dengan berpunca masalah dalam diri.

"Ketidakmatangan diri untuk mengawal nafsu dan kemahuan tanpa menyedari akibat daripada tindakan sedemikian mengikut lunas agama. Amat penting untuk membezakan keperluan dan kemahuan," jelas beliau.

Pada musim perayaan, ramai yang berbelanja kerana pengaruh rakan-rakan. Misalnya, membeli kerana didorong sikap tunjuk-menunjuk.

Ramai yang sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan kerana tidak mahu kurang daripada orang lain.

Berhubung isu ini, faktor persekitaran turut menyumbangkan kepada gejala ini. Selain pesta membeli-belah dan karnival jualan murah, ramai yang mengambil kesempatan penggunaan kad kredit.

Sehubungan itu, masyarakat tidak menyedari kesan yang dihadapi akibat shopaholic.

Seperti yang berlaku dalam filem, Confessions of a Shopaholic, tabiat ini menyebabkan bebanan hutang yang melampau.

Apabila tekanan datang kemudian, ia secara tidak langsung menyebabkan penyakit mental yang lain seperti murung, menipu dan rasa tidak tenteram.

Masalah ini juga akan menyebabkan hubungan keluarga keruh. Kebiasaannya, masalah itu berpunca daripada kedudukan kewangan yang dihadapi khususnya mereka yang sudah berkahwin. Seperti kes Rebecca, dia akhirnya sanggup menipu orang lain dan mengetepikan kawan baik sendiri. Hubungannya dengan orang sekeliling akhirnya tidak baik.

"Lunas agama telah menyatakan dengan jelas tentang gila berbelanja hingga berlaku pembaziran. Apatah lagi, jika berbelanja tidak mengikut keutamaan sehingga tiada simpanan. Masalah kewangan akan dialami selepas musim raya. Ini akan mengakibatkan stres jika perbelanjaan pendidikan anak-anak pun tidak dapat disediakan," ujar beliau.

Bagi mengatasi masalah ini, Dr. Haslee menasihatkan orang ramai mengubah tingkah laku.

Kebanyakan pesakit mental tidak tahu bahawa penyelesaian bermula daripada diri sendiri.

"Isu ini ada kaitan dengan pengurusan kendiri, disiplin kendiri, kawalan kendiri dan kematangan psikologi. Individu terbabit perlu disedarkan bahawa mereka masih belum matang sebab hilang kawalan berbelanja mengikut hawa nafsu. Agama kita sangat indah dan mengajar kita membentuk jati diri yang matang, mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang menggunakan akal fikiran sendiri tanpa paksaan atau pemantauan mana-mana pihak," jelas beliau.

Saturday, August 7, 2010

Isu hormon tarik perhatian

Oleh NORAINI ABD. RAZAK

PESERTA bengkel mencuba hormon biodidentikal semasa bengkel anjuran Aptomed Sdn. Bhd. di Kuantan, Pahang.

TOPIK Hormon Untuk Lelaki yang disiarkan Kesihatan baru-baru ini menerima banyak respons. Rata-rata yang menelefon dan menghantar e-emel sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hormon tersebut.

Kalangan pembaca kebanyakannya lelaki tidak mahu ketinggalan mengikuti perkembangan dunia perubatan estetik dan tertanya-tanya tentang hormon tersebut.

Ada juga yang tahu mengenainya tetapi tidak tahu di Malaysia hormon bioidentikal itu telah ada di dalam negara dan dikendalikan oleh doktor-doktor yang mendapat sijil dalam bidang estetik.

Menyedari kesedaran serta minat orang ramai tentang hormon bioidentikal terutamanya selepas ia dikupas secara mendalam di akhbar, satu bengkel diadakan di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Bengkel anjuran Aptomed Sdn. Bhd., syarikat pertama ditubuhkan di Malaysia yang mengendalikan True Bio-Identical Hormone Therapy (BIHRT). Aptomed menawarkan alternatif terapi pengganti hormon secara natural turut mengendalikan bengkel kesihatan untuk pengamal perubatan dengan kerjasama Persatuan Anti Penuaan dan Perubatan Estetik Malaysia (SAAAMM).

Kira-kira 30 peserta menghadiri bengkel yang menampilkan Dr. Rushmini Maris Ismail sebagai penceramah. Menariknya tiga wanita dari Amerika Syarikat (AS) turut mengambil bahagian dalam bengkel tersebut.

Sepanjang bengkel tersebut, perkara yang ditekankan adalah tentang kurangnya kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya hormon dalam tubuh badan.

Penurunan hormon sering dikaitkan dengan penuaan sedangkan hakikatnya kita tua disebabkan kekurangan hormon. Tanggapan yang silap mengenai hormon dan penuaan menyebabkan kita tidak peka tentang keperluan menggantikan hormon yang semakin berkurangan.

Di akhir bengkel, para peserta diberi peluang untuk melihat dan mencuba sendiri hormon bioidentikal dan ada kalangan mereka yang dapat merasakan perubahan segera pada diri sebaik menyapu hormon tersebut di nadi tangan.

Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia Sekudai yang turut tertarik dengan topik hormon bioidentikal turut menganjurkan ceramah mengenainya.

Dr. Rushmini dijemput untuk berkongsi maklumat berkenaan hormon bioidentikal dalam bengkel Transformasi Personaliti anjuran universiti tersebut. Ceramah kira-kira tiga jam itu berkisar kepada pelbagai persoalan berkaitan hormon, penuaan dan kecantikan.

Wajah geleber tegang semula

PEMBENTUKAN wajah sebelum dan selepas laser lipolisis.

SAYA bertemu ramai wanita berusia 40-an yang merungut kerana bentuk wajah asal telah berubah menjadi kurang menarik.

‘‘Doktor, tengoklah muka saya. Pipi saya kembang manakala dagu pula berlapis. Saya nak muka yang kecil dan bujur. Doktor tolonglah betulkan semula wajah saya,’’ rayu Puan Iza.

Wanita itu menambah, dahulu wajahnya kecil dan dagu pun runcing tetapi sekarang segala-galanya berubah menyebabkan dia berasa rendah diri. Keadaan itu juga menyebabkan dia tidak dapat menggayakan pelbagai fesyen tudung terbaru yang ada di pasaran.

Bentuk muka berubah apabila usia bertambah. Pipi yang sepatutnya terletak sebaris dengan hidung akan melendut ke bawah. Kelopak mata akan menjadi berat dan menurun membentuk eye bag. Kening juga menjadi berat dengan pengumpulan lemak di bawah kulit dan ini turut menyebabkan mata menjadi kecil dan sekan tertutup.

Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh itu saya menasihatkan wanita agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.

Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.

Muka kita terbentuk daripada tulang tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada pembentukannya. Tulang tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat segi.

Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting. Tulang-tulang maxilaary yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada tulang cranium, pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman antara tulang-tulang kecil . Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.

Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang mempersonakan. Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang berkesan sesama manusia.

Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.

Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah di lapik pula kulit. Muka seolah-olah tergantung pada tulang tegkorak kita. Apabila kita meningkat usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis. Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.

Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.

Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan teknik serdev. Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.

Bagaimana laser lipolisis bertindak?

Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam tempoh tingga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.

Proses laser

* Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas satu jam krim akan mula bertindak. Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.

* Suntikan ubat bius di buat.

* Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.

* Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik

Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa dua minggu wajah kelihatan menarik dan terbentuk semula.

Kelebihan rawatan

* Tidak menyakitkan

* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan

* Hasil yang baik

* Tiada parut yang merosakkan kulit.

* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan

* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.

* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.

ingin kelihatan menarik dan bertenaga.......

Products:

SL Patch (Slimming Patch),
ME Patch ( Male Enhancement Patch),
BE Patch ( Breast Enhancement Patch),
HGH Patch (Anti-Aging Patch),
FA Patch ( Female Aphrodisiac Patch) and
GS Patch (Glucosamine Patch).

Terdapat 7 produk utama yang ajaib
i - ME (MEN ENHANCEMENT PATCH) - Menambah baik perhubungan pasangan dan kehidupan sex - membantu menegakkan zakar - menghalang pelepasan awal sperma - memperhebat puncak nafsu - zakar yang lebih tegak, panjang & tahan lebih lama - memuaskan nafsu seks pasangan setiap kali bersama - 100% selamat dan tiada kesan sampingan

ii - SL (SLIMING PATCH) - mengandungi 100% hoodia dan guarana dari Afrika Selatan - tiada kesan sampingan selain dari perasaan kurang berselera - boleh makan makanan kesukaan risau terlebih makan - meningkatkan penggunaan lemak sehingga 48% - membakar lemak dibahagian perut pinggang, punggung dan paha secara semulajadi - kelihatan lebih ramping & bertenaga

iii - HGH (HUMAN GROWTH HORMON) - penumbuhan kepada kekuatan dan lemak badan - penumbuhan kepada kulit dan rambut menjadi lebat - mempercepatkan penyembuhan dan pergerakkan - potensi kekerapan seks meningkat - ingatan bertambah kepada 68%

iv - FA (FEMALE APHRODISIAC) - sesuai bagi wanita yg kurang nafsu - sperma tidak subur & penyukaran pembenihan - keputihan, senggugut, sakit pinggang & tulang belakang - haid tidak teratur - vagina yg kurang mengeluarkan pelincir

v - GS (GLOCOSAMINE FOR JOINT RELIEF PATCH) - menghilangkan sakit sendi - membina semula tulang rawan - meningkat fleksibiliti sendi - membantu masalah osteoarthritis - memperbaiki masalah berkaitan tulang

Terdapat 3 Pakej:-

i - RM236 - 1 kotak produk + mini patch 1 kotak
ii - RM636 - 3 kotak produk + FOC 1 kotak + mini patch 1 kotak
iii - RM1,236 - 6 kotak produk + FOC 3 kotak + mini patch 1 kotak

Hubungi
Ariston S
0177182922

Layari
http://www.nanopatch2u.com/