Wednesday, November 13, 2013

Penyakit batu karang



ASSALAMUALAIKUM, Tuan Haji. Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.
Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Bolehkah perubatan Islam merawat penyakit batu karang?
* Akmal, Langkawi
Jawapan
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah kerap menerima pesakit dengan masalah batu karang. Dianggarkan 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka.
Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.
Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.
Batu karangBatu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Ia boleh terbentik di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing).
Bagaimana terbentukBatu karang terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah.
Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang dan membesar hingga menjadi batu karang. Biasanya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan apabila kita membuang air kecil. Batu karang akan menyebabkan rasa sakit jika saiznya besar dan tersekat di saluran air kencing.
Punca Pakar perubatan percaya pembentukannya dipengaruhi genetik, persekitaran, diet dan jangkitan kuman di saluran kencing. Oleh itu, sukar untuk menjangka siapa mendapatnya. Jika ada ahli keluarga pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh dapatnya. Mereka yang pernah dijangkiti kuman di saluran kencing mudah mendapatnya.
Simptom Simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat di belakang atau pinggang, digambarkan lebih teruk daripada sakit bersalin.
Apabila sakit menyerang, ia berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu, sakit akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.
Ramai pesakit turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah.
Namun, ramai pesakit yang tidak mempunyai sebarang simptom. Mereka hanya tahu mengenai batu karang melalui pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.
Rawatan moden Rawatan bergantung pada saiz dan lokasi, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan batu karang boleh keluar melalui air kencing kerana pesakit boleh tahan sakit, makan minum seperti biasa, mereka boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang keluar sendiri.
Jika pesakit mengalami kesakitan teruk atau loya, doktor akan menahannya di hospital dan memberi ubat tahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids).
Jika pesakit mengalami demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan mengelak jangkitan kuman lebih serius.
Jika batu karang tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain antaranya proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang 1 cm.
Pencegahan Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal halus bercantum dan membentuk batu karang lebih besar. Ia juga memudahkan badan membuang batu karang yang bersaiz sangat kecil.
Pemakanan memainkan peranan mencegah pembentukan batu karang. Antara makanan yang menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil berlebihan, daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan.
Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat dan kelebihan untuk membantu penyembuhan masalah batu karang. Daripada pengalaman kami, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.
Kami memeriksa setiap pesakit yang datang berubat, jika ada gangguan makhluk halus, perawat akan membuang gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
Surah al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75
hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55
Cara amalan ialah pesakit membaca surah pertama sebanyak tiga kali pada malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu berdoa kepada Allah memohon sembuh.
Ayat di atas dan daripada surah al-Anbiyaa' berfungsi memecahkan atau menghancurkan batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing. Bila batu hancur dan halus seperti pasir, ia mudah dikeluarkan dari tubuh pesakit semasa buang air kecil.
Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
PenutupAllah berfirman di dalam al-Quran, surah at-Taghabun ayat 11, yang lebih kurang bermaksud;"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
Di dalam ayat suci al-Quran di atas, Allah menerangkan bahawa setiap musibah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap insan di dunia hanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Kesimpulannya, setiap sakit yang dideritai adalah satu bentuk ujian Allah; yang harus ditempuhi dengan sabar dan usaha penuh yakin dengan janji Allah yang pasti akan ada ganjaran buat hamba-Nya yang bersabar di atas musibah yang diturunkan. Insya-Allah, setiap usaha, doa dan kesabaran kita akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Bahaya kanser mulut



Tanda-tanda kanser mulut boleh bermula dengan ulser yang mungkin tidak sakit tetapi berterusan lebih tiga minggu.- Gambar hiasan
TAHUKAH anda ulser mulut yang tidak sakit sebenarnya berbahaya? Ini merupakan tanda awal kanser mulut yang tidak disedari pesakit itu sendiri.
Bukan itu sahaja, penggemar sirih turut dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu kerana mampu meningkatkan risiko kanser mulut.
Ya, walaupun kanser mulut bukanlah antara penyakit yang tergolong dalam kategori penyakit kronik, namun jika dilihat kepada sejarah, masyarakat di Asia ialah mereka yang paling berisiko kerana kaitannya dengan tabiat memakan sirih, merokok dan juga kesan daripada alkohol.
Kanser mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.
Menurut Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr. Siti Mazlipah Ismail, sama seperti kanser lain, pengesanan awal sebenarnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Tambah Dr. Siti Mazlipah, pada peringkat ini rawatan awal masih boleh dijalankan untuk mencegah kanser daripada merebak.
"Kebanyakan pesakit yang menghidap kanser mulut ialah kaum India kerana dikaitkan dengan tabiat mengunyah sirih.
"Pada awalnya, kanser mulut itu tidak sakit tetapi oleh kerana fungsi mulut adalah untuk mengunyah, merasai dan bertutur serta memberi kesan kepada satu daripada saluran awal pernafasan, menyebabkan fungsi-fungsi biasa yang normal di dalam mulut terganggu," ujarnya yang ditemui sempena kempen Bulan Kanser Mulut yang akan disambut pada 17 November ini di Taman Rekreasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser mulut. Dalam pada itu, pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti program saringan kanser oral, pameran dan ceramah mengenai kesihatan mulut.
"Biar apa pun rawatan kepakaran yang boleh membantu, mengenali tanda-tanda awal kanser mulut memberi peluang terbaik untuk rawatan.
"Kanser mulut juga boleh menyerang golongan muda walaupun mereka tidak merokok, mengunyah sirih atau minum arak. Pun begitu, punca utama senario ini berlaku masih tidak diketahui.
"Tanda-tanda kanser mulut boleh bermula dengan ulser yang mungkin tidak sakit tetapi berterusan lebih tiga minggu, gigi yang mungkin nak patah tetapi tiada tanda sakit gusi dan bengkak pada leher.
"Apabila kanser ini menjadi lebih serius, pesakit akan mengalami luka yang besar hingga makan saraf, susah mengunyah, membuka mulut dan bertutur, mulut berdarah serta ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)," ujarnya.
RawatanMengulas tentang rawatan kanser mulut, beliau memberitahu, pesakit akan menjalani pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.
Dr. Siti Mazlipah menjelaskan pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.
"Pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.
"Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal," katanya.
Selain itu, penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.
Orang ramai perlu tahu bahawa radioterapi tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya.
Tambahnya, pesakit mungkin hilang keselesaan pada mulut selepas radioterapi kerana tidak dapat membuka mulut dengan luas. Dalam pada itu, kaedah kemoterapi digunakan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.
Dr. Siti menasihatkan agar pesakit tidak takut menjalani rawatan ini kerana kesan ubat-ubatan mungkin berbeza dengan rawatan kemoterapi kanser lain.

Sunday, October 27, 2013

Penyakit lemah tenaga batin



SOALAN
ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya 35 tahun, sudah lapan tahun berumahtangga dan masih belum ada zuriat. Saya dan isteri telah membuat ujian kesuburan dan kami didapati normal.
Setiap kali bersama isteri, saya tidak dapat menumpukan perhatian menyebabkan saya tidak dapat mengekalkan ereksi. Lebih memburukkan keadaan, rasa keinginan terhadap isteri semakin berkurang.
Bolehkah tuan membantu memulihkan kebahagiaan rumahtangga saya menggunakan rawatan al-Quran? Terima kasih.
nSalleh

JAWAPAN:
Waalaikumsalam. Sebenarnya saudara menghadapi masalah lemah tenaga batin dan jauh lebih kompleks ia melibatkan psikologi. Lemah tenaga batin atau disfungsi erektil (ED), juga dikenali sebagai mati pucuk iaitu ketidakupayaan mendapatkan ereksi atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan seks.
Kadang-kala ini bersabit dengan masalah premature ejaculation atau cepat keluar air mani semasa bersama. Lemah tenaga batin adalah satu keadaan sangat biasa, terutama di kalangan lelaki berumur.
Dianggarkan separuh daripada lelaki berusia antara 40 dan 70 tahun mengalaminya.
Pengenalan
Ramai lelaki pernah melalui kesukaran mendapatkan ereksi namun tidak perlu bimbang kerana ia bersifat sementara.
Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan berterusan lebih beberapa minggu atau bulan, bantuan perubatan harus dicari.
Punca
Lemah tenaga batin mungkin disebabkan penyakit kesihatan asas, komplikasi pembedahan, kesan sampingan ubat, gaya hidup dan psikologi.
Ereksi melibatkan otak, saraf, hormon dan saluran darah. Apa yang mengganggu fungsi normal otak, saraf, hormon dan saluran darah boleh membawa kepada masalah ereksi.
Apabila seorang lelaki teruja, otak menghantar isyarat ke zakar melalui saraf yang meningkatkan aliran darah ke zakar, menyebabkan tisu kembang dan keras. Oleh itu, apa jua yang mengganggu sistem saraf atau peredaran darah boleh membawa kepada lemah tenaga batin.
Keadaan psikologi seperti kemurungan, boleh mengurangkan nafsu dan berlaku perubahan hormon. Lemah tenaga batin boleh terjadi atas pelbagai sebab yang berpunca dari keadaan fizikal dan mental.
Sebab fizikal termasuk:
l Penyempitan saluran darah ke zakar - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau kencing manis.
l Penyakit jantung atau tiroid, aliran darah lemah atau gangguan sistem saraf (seperti multiple sclerosis atau penyakit Parkinson).
l Masalah tulang belakang seperti slip disk, osteoporosis atau kemalangan yang merosakkan tulang belakang atau saraf di tulang belakang.
l Ubatan termasuk ubat tekanan darah, jantung, ulser peptik, pil tidur.
l Nikotin, alkohol, kokain atau penyalahgunaan dadah.
l Masalah hormon.
l Pembedahan atau cedera seperti kerosakan saraf dari pembedahan prostat dan kecederaan saraf tunjang.
Sebab psikologi termasuk:
l Masalah hubungan dengan pasangan.
l Kebimbangan seperti keraguan dan kegagalan.
l Kemurungan seperti tekanan perasaan.
l Jangkaan seksual tidak realistik.
Sebab fizikal adalah lebih biasa di kalangan lelaki tua. Sebab emosi lebih biasa di kalangan lelaki muda.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit lemah tenaga batin, terdapat kes melibatkan gangguan makhluk halus atau jin yang menyebabkan masalah sekatan sistem saraf.
Ini banyak berlaku pada pasangan baru kahwin dan apabila terkena sihir pemisah menyebabkan kesukaran untuk bersama dan mendapat zuriat.
Jin dan iblis di dalam badan pesakit akan merosak urat saraf di tulang belakang atau otak pesakit yang menguasai tenaga batin.

Tanda mati pucuk:
l Sementara atau sekali-sekala, semua lelaki mengalami masalah ereksi pada suatu masa dalam hidup mereka.
l Beransur-ansur dan berterusan; biasanya kes mati pucuk kronik.
l Terjadi tiba-tiba tetapi masih mempunyai ereksi di awal pagi dan sewaktu bersama, melibatkan psikologi dan fizikal.
Gejala mati pucuk
l Masalah mendapatkan ereksi.
l Masalah mengekalkan ereksi.
l Keinginan seksual berkurangan.
Kehadiran tanda yang disenaraikan tidak bermakna anda mempunyai masalah, ia perlu diberi perhatian serius jika berulang, jumpa doktor atau ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan.
Rawatan moden
Lemah tenaga batin boleh dirawat pada sebarang usia. Rawatan bergantung kepada kesihatan dan punca masalah.
Dalam beberapa kes, perubahan gaya hidup boleh menghilangkan lemah tenaga batin. Kebanyakan lelaki lemah tenaga batin, memerlukan rawatan lanjut. Pilihan rawatan termasuk:
l Psikoterapi (kaunseling).
l Ubat-ubatan.
l Pembedahan.
l Fisioterapi
Rawatan ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit lemah tenaga batin akan diberi ayat berikut disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:
Surah Yusof ayat 46 hingga 52.
Surah Al-A’raaf ayat 56 hingga 62.
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89.
Surah Adz Dzariyat ayat 31 hingga 60.
Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali malam dan surah kedua tiga kali siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah.
Selepas membaca dua surah pertama, pesakit hendaklah mengulang amalan dengan surah berikutnya.
Adakala pesakit perlu disentuh oleh perawat di tulang belakang di bahagian sacral tulang belakang S1 hingga S5.
Saraf di bahagian tulang belakang ini menguasai tenaga batin seseorang lelaki. Urat saraf dari tulang S1 hingga S5 menghubungkan saraf dari otak ke bahagian kemaluan lelaki.
Jika urat saraf di bahagian tulang belakang sacral rosak ia perlu dibetulkan.
Selain membaca ayat al-Quran tertentu untuk membetulkan urat saraf, teknik sentuhan pressure point yang saya dan perawat amalkan menggunakan jari tangan untuk menyentuh tulang belakang, boleh memberi kesan positif kepada aliran saraf.
Lebih baik jika pesakit dan keluarga datang berjumpa perawat supaya dapat kami periksa jika ada gangguan makhluk halus dan boleh dirawat dan diberi ayat Al-Quran lain bagi merawat gangguan.
Dalam hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."
Penutup
Kepada pesakit yang mengalami lemah tenaga batin, jangan putus asa mencari cara dan ikhtiar untuk rawatan.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu’ anhu, bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda,
“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah ‘azza wa jalla." (HR. Muslim)
bersama Haji Lokman Abdul Hamid
TANYA apa saja mengenai pelbagai masalah berkaitan penyakit fizikal atau spiritual. Sebarang soalan boleh e-mel ke lokman.alhidayah@gmail.com www.alhidayah-medic.com

Panduan makanan untuk kesuburan



Soalan
APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?
Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak bijak dan sihat sejak dalam kandungan lagi?
n Allia, Johor.
Jawapan
Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.
Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.
Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan.
Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.
Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.
Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.
Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.
Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.
Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.
Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.
Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

Kulit tegang, wajah lebih cerah



KOLAGEN adalah rangkaian protein yang merangkumi seluruh tubuh. Pengambilan kolagen merupakan pengganti kepada suntikan dalam mendapatkan wajah dan bentuk badan idaman.
Ini kerana kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam badan manusia dan merangkumi 85 peratus daripada kulit, otot dan tisu penyambung manusia.
Apabila usia semakin meningkat, paras kolagen semula jadi akan susut dan pada usia selepas 25 tahun, paras kolagen susut pada kadar 1.5 peratus setiap tahun.
Pada usia 40 tahun pula, badan semakin kurang menghasilkan kolagen menyebabkan timbul garis muka, kedut, kulit kendur, kulit kering, wajah kusam tidak bermaya, pigmentasi, kemerosotan penglihatan dan mengakibatkan kerosakan pada sendi, rawan dan tulang.
Gejala penuaan ini kerap berlaku di kalangan wanita berusia 40-an. Mereka akan merasakan diri tidak lagi cantik, rendah diri dan tidak yakin kepada diri sendiri apabila berada di khalayak.
Bagaimanapun, seseorang itu harus berasa yakin bahawa dirinya cantik dan masih ada cara untuk mendapatkan kecantikan semula jadi.
Sama ada suka atau tidak, kita sebenarnya harus mengambil banyak bahan anti oksida setiap hari seperti buah-buahan kerana ia membantu menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penuaan pra masa.
Ini penting untuk merangsang pertambahan kolagen dalam badan.
Selain itu, anda boleh mengambil suplemen yang mengandungi kolagen.
Salah satunya ialah jenama CollaB'utee merupakan produk kolagen terbaik untuk golongan lelaki dan wanita kerana mengandungi komponen Hydrolysed Marine Collagen.
Bahan ini merupakan sumber kolagen daripada ikan laut dalam, mempunyai daya keterlarutan tinggi, mudah dihadam dan berdaya serapan kelembapan yang rendah.
Produk yang pernah yang pernah diguna pakai oleh model dan pelakon, Wan Khadijah dan pengacara TV, Zakiah Anas ini turut mengandungi ekstrak soya (Isoflavones) yang menegangkan payu dara dan menyeimbangkan hormon.
Selain itu, CollaB'utee turut mengandungi anti oksida Vitamin C yang merupakan komponen penting dalam memastikan keberkesanan produk ini.
Fungsi kologen adalah memelihara kulit daripada dalam dan memastikan proses penggantian sel kulit sentiasa berlaku selain mengelakkan kulit menjadi kering dan mengurangkan kedutan.
Dalam penghasilan kolagen, Vitamin C akan bertindakbalas dengan asid amino dengan menambahkan hidrogen dan oksigen di dalam sel kolagen itu sendiri.
Produk ini terbukti apabila kebanyakan pengguna dapat merasai sendiri perubahan positif kepada diri mereka kerana produk yang dirumus dari Jepun itu mempunyai pelbagai kelebihan.
Antaranya memulihkan keanjalan dan keremajaan kulit, menghilangkan garis halus dan kedutan, membaikpulih sel kulit, menegang dan menggebukan kulit serta mengurangkan pigmentasi.
Produk itu juga membantu mencerahkan kulit, menambahkan kelembapan kulit, melindungi kulit daripada radiasi UV yang berbahaya dan untuk wanita ia turut membantu menegangkan payu dara.
Dalam pada itu, CollaB'utee mengandungi oksidan yang meneutralkan serangan radikal bebas dan memelihara kulit dari dalam, merangsang pertumbuhan kolagen serta menghalang oksidasi sel.
Golongan yang disarankan untuk mengambil CollaB'utee ialah wanita berusia 25 tahun ke atas, wanita yang mengidamkan payu dara anjal, ingin kulit muka yang berseri dan gebu serta mereka yang mahu menegangkan dan mengurangkan kedutan kulit.
Selain itu, wanita yang terdedah kepada pancaran matahari terik juga disaran mengamalkan produk ini selain mereka yang mengalami masalah hormon kurang stabil.
Malah pengambilan produk ini juga boleh membantu mengatasi tona kulit yang tidak sekata dan membebaskannya dari pigmentasi dan jeragat.
L-Lysine yang terdapat dalam CollaB'utee pula merupakan asid amino untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu badan.
Bahan aktif lain yang terdapat dalam produk ini ialah oligo bagi membersihkan usus dan melegakan sembelit.
Cara pengambilan
n Minuman kolagen halal ini boleh diambil dengan cara mencampurkan satu paket kandungannya dengan air mineral sejuk dan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.
n Selain itu, ia juga boleh dicampur dengan jus buah-buahan bagi mempelbagaikan cara pengambilan.

Thursday, September 5, 2013

Khasiat daun belalai gajah



tREND masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.
Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.
Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.
Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
Ia tentu sukar terutamanya di kalangan mereka yang tidak biasa memakan sayur atau ulam selain daun ini sukar diperoleh di semua tempat. Justeru, syarikat kami mengedarkan suplemen kesihatan, Uturn Extra (campuran serbuk soya dan kurma merah), Uturn Fresh (campuran lemon dan epal), teh uncang Uturn dan minuman campuran botanik Clinacanthus Nutans)," katanya.
Tambah Norsham, syarikatnya telah menghasilkan ekstrak daun belalai gajah yang dijadikan suplemen dalam bentuk moden yang mudah diambil.
Pada masa ini, produk serbuk dengan jenama UTurn dibuat dengan campuran perisa epal hijau dan lemon tanpa bahan kimia. Ia juga tidak menggunakan gula tetapi fruktus seberat 20 gram untuk setiap uncang.
Suplemen itu dihasilkan dengan pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam malaysia (JAKIM).

Wednesday, August 21, 2013

CARA MENAMBAH AIR MANI LELAKI.

Sent Sunday, August 18, 2013 View as plaintext



 
Lelaki Sihat-- Gambar Hiasan

 
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-


1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.



2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.





3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
 


4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
 



5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek "boxer" dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.


6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
 


7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.


8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.

10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Tuesday, August 20, 2013

Awas Jika Puting Payudara Tiba-tiba Luka



Soalan:

Puting payudara kanan saya terasa pedih dan setelah dilihat rupa-rupanya terdapat luka yang cukup dalam padanya. Padahal, saya tidak melakukan apa-apa yang boleh mencederakannya. Setelah luka itu kering, kini puting payudara yang sebelah lagi pula terluka dan terasa pedih.  Apakah ini tanda-tanda penyakit atau luka ringan sahaja? Mohon penjelasan dan nasihat.

Della.

Jawab:

Halo, Della.

Terlebih dahulu saya ingin mengetahui sama ada anda kini sedang menyusukan bayi atau tidak.  Ini kerana luka pada payudara juga boleh disebabkan oleh cara penyusuan yang tidak betul.

Jika anda tidak menyusukan bayi dan tidak pernah mengalami trauma pada payudara, ada kemungkinan anda mengalami kanser payudara.

Kanser payudara mempunyai gejala sebagai berikut:

- Luka di payudara yang tidak sembuh-sembuh
- Ada ketulan di payudara
- Perubahan kulit payudara menjadi seperti kulit oren
- Payudara terasa bengkak dan kemerah-merahan
- Bentuk puting berubah seperti masuk ke dalam dan mengeluarkan cecair baik berupa darah atau nanah.

Jika anda mengalami gejala yang dinyatakan di atas, sebaik-baiknya pergilah berjumpa doktor pakar bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Semoga membantu.


Dr. Fresia Juwitasari
www.MeetDoctor.com

Garlic Found to Help Prevent Lung Cancer


By | Shine Food – Mon, Aug 19, 2013 12:25 AM MYT
thebittenword.comthebittenword.comA recent study suggests that eating raw garlic twice a week can decrease your chances of getting lung cancer significantly. Research performed at Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention in China stated that "garlic may potentially serve as a chemo-preventive agent for lung cancer," suggesting its ability to prevent the risk of lung cancer, food navigator reports. The report suggests that by eating two cloves of raw garlic per day, smokers can reduce their risk of lung cancer by nearly 30 percent.

RELATED: Can Garlic Help You Lose Weight?

Garlic has always been an integral part of eastern medicine, and also has been known to be linked to both the immune system and cardiovascular health.

RELATED: 9 Garlicky Garlic Recipes

A compound in garlic, called diallyl sulphide, is an antibiotic, anti-fungal body that is released when a garlic bulb sprouts into cloves, and it may be responsible for garlic's long history of traditional medicine. In Germany, garlic tablets are prescribed to patients with atherosclerosis, otherwise recognized as the hardening of the arteries by build up fat and cholesterol, as a treatment for the disease.

Saturday, August 17, 2013

Nyah bau badan



sauna aroma terapi Soo Chantique melibatkan proses skrub badan sebelum badan dibungkus dalam plastik selama tiga hingga lima minit.
MUNGKIN anda patut berbuat sesuatu untuk diri sendiri sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setelah hampir sebulan berpuasa, tubuh akan lebih segar dan lebih cergas. Antara khasiat berpuasa, tubuh akan mengeluarkan toksik secara semula jadi menerusi liang roma dan sistem perkumuhan.
Ketika inilah anda harus mengambil kesempatan melakukan rawatan mewangikan tubuh, bukan saja untuk menambah keyakinan diri sendiri malah keselesaan orang di keliling juga.
Kaedah paling mudah ialah dengan mendapatkan rawatan di spa bukan saja bagi mengatasi masalah bau badan malah mengembalikan kecergasan tubuh.
Di Soo Chantique, pengunjung bukan saja dapat berehat sambil menikmati rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki, malah dapat merasai suasana dalaman yang begitu selesa seakan berada di suite hotel bertaraf lima bintang.
Memang itu yang diilhamkan kedua pemiliknya, Haslina Abdul Khalid dan Zamara Buang untuk pelanggan spa berehat dan menenangkan fikiran melalui rawatan yang ditawarkan.
Satu lagi keistimewaan Soo Chantique ialah mereka memfokuskan kepada teknik rawatan tangan ahli terapi sendiri yang lebih memberikan kelegaan dan kesan yang lebih positif untuk tubuh.
Pun begitu gabungan teknologi tidak dilupakan agar pelanggan mendapat hasil maksimum dan cepat.
"Kami juga menggunakan kaedah yang dipraktikkan dari Jerman dan bahan rawatan semula jadi dari jenama Gertraud Gruber.
"Kaedah yang diberi nama Phyto Method ini telah terbukti berkesan untuk kulit wanita dan selamat digunakan," jelas Haslina.
Sementara itu, rawatan yang paling mendapat sambutan di Soo Chantique ialah Phyto Method Facial yang mengambil masa selama satu setengah jam.
"Dalam rawatan facial, kami memulakan dengan memberi posisi tubuh yang lebih selesa untuk pelanggan. Ada beberapa point dari tubuh akan diberi tekanan sederhana agar pelanggan merasa tidak begitu tertekan dan lebih selesa untuk meneruskan rawatan yang mengambil masa.
"Selepas wajah dibersihkan barulah tubuh dibersihkan menerusi kaedah mewangikan badan ciptaan khusus oleh spa Soo Chantique.
"Proses ini dimulakan dengan sauna aroma terapi selama setengah jam. Kemudian rawatan diteruskan dengan skrub badan sebelum badan dibungkus dalam plastik selama tiga hingga lima minit.
"Kemudian pelanggan akan mandi menggunakan semburan air biasa untuk membuang sisa skrub.
"Selepas itu pelanggan akan masuk ke dalam jakuzi yang airnya telah ditambah pati minyak lavendar dan susu. Pelanggan berehat dalam jakuzi selama 30 minit hingga satu jam dalam suhu air suam.
"Pelanggan akan merasai kesegaran dan aroma wangi lagi menyenangkan," jelas Zamara pula.
Soo Chantique turut mengadakan promosi facial, steam bath, skrub dan urut yang berharga RM199, sebelum promosi harga untuk pakej ini bernilai RM300.
"Promosi ini berlangsung hingga 31 Ogos. Kami juga mempunyai promosi baucer yang menawarkan tiga pilihan iaitu pakej rawatan bernilai RM99, RM199 dan RM799 mengikut pakej rawatan. Pembelian baucer dengan jumlah minimum iaitu sebanyak 6 baucer.
"Sila hubungi talian 03-5519 5031 untuk temu janji," kata Zamara.

Elak kolesterol pada Aidilfitri



TINJAU dahulu juadah terhidang di rumah terbuka, rancang dan pilih makanan yang anda benar-benar ingin makan. - Gambar Hiasan
SYURGA makanan." Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba 1 Syawal. Selagi tidak penuh meja, seperti tidak lengkap menu di pagi raya.
Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman disediakan untuk hidangan keluarga di pagi raya.
Ada yang bertanya, "cukup tak makanan kita hari ni?" Ada pula yang berkata, "tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk."
Selepas tiga hari menyambut Aidilfitri, timbul pula persoalan; "Adakah berat badan akan bertambah" atau "Kenapa badan semakin letih?" Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Syawal.
Bercakap mengenai juadah Aidilfitri, sukar untuk menafikan kebanyakan hidangan kita mengandungi kalori tinggi dan kolestrol yang akhirnya mengundang pelbagai penyakit.
Menurut Ketua Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan, kolesterol adalah lapisan lemak yang wujud secara semula jadi dalam semua bahagian dalam tubuh badan.
"Kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.
''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya.
Tambah beliau, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.
Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL.
Dalam konteks ini, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Justeru katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.
"Ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok," ujarnya.
Pengubahsuaian makananMasalah akan timbul pada Aidilfitri apabila pelbagai hidangan yang menyumbang kepada kolesterol tinggi dihidangkan seperti ayam dan daging.
"Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.
Farah Diba menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat.
Akan tetapi, siapa yang mampu mengelak daripada mencedok rendang ayam ke dalam pinggan untuk dijamah bersama-sama ketupat ataupun lemang pada hari raya? Justeru, saran Farah Diba, proses pengubahsuaian makanan itu perlu dilakukan.
Modifikasi makanan tidak hanya rasional buat individu yang berpenyakit, malah ia juga sesuai diaplikasikan oleh semua orang yang bercadang mengekalkan pemakanan sihat pada hari raya.
Apa pendekatan yang boleh dijalankan? Antara inisiatif yang dicadangkan adalah dengan membuang kulit ayam yang hendak digunakan dalam masakan.
"Seperti yang diketahui umum, kulit ayam mengandungi kolesterol tinggi dan berpotensi mengundang masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi penghidap darah tinggi," ujarnya.
Tambah Farah Diba, pengubahsuaian makanan mampu membuatkan semua orang menikmati juadah Aidilfitri tanpa apa-apa pantang kerana bahan-bahan yang digunakan adalah terpilih.
Beliau mencadangkan supaya mengubah gaya masakan rendang dan kari tanpa menggunakan santan.
"Santan secara prinsipnya mengandungi kolesterol yang tinggi. Penggunaan susu rendah lemak untuk penyediaan juadah Aidilfitri lebih praktikal di samping rasanya yang lebih sedap.
"Tetapi mungkin ada segelintir yang tidak yakin dengan rasa masakan yang dihasilkan dengan penggunaan susu rendah lemak dan masih mahu menggunakan santan.
"Sebenarnya, mereka tetap boleh menggunakan santan tetapi perlu dicampurkan dengan susu rendah lemak. Ini bermaksud hidangan itu akan mengandungi separuh santan dan separuh susu rendah lemak," jelasnya.
Menerusi usaha-usaha tersebut, ramai orang dapat menikmati hari raya dengan tubuh badan yang sihat tanpa apa-apa gangguan kesihatan.
SenamanMenurutnya, pengambilan kalori berlebihan daripada makanan berlemak dan berminyak tanpa diikuti senaman akan menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak.
Oleh itu, Farah Diba menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan badan mengeluarkan peluh.
"Orang ramai perlu menikmati makanan pada Aidilfitri terutamanya menu tradisional kita. Itulah kegembiraan utama beraya. Namun, saya nasihatkan anda tidak perlu berlanjutan sehingga sebulan hingga mengabaikan jenis makanan yang kita ambil.
"Bagi saya, dua hingga tiga hari tiada masalah. Selepas itu, kita perlu bijak memilih makanan terutamanya ketika menghadiri rumah terbuka.
"Selain itu, walaupun sibuk meraikan Aidilfitri, saya harap orang ramai melakukan senaman ringan agar dapat membakar kalori berlebihan dalam badan. Berjalan kaki atau melakukan kerja di rumah pun sudah cukup," ujarnya.

Atasi ketidakselesaan ketika beraya



BERAYA dari rumah ke rumah boleh menyebabkan perut bagaikan hendak ‘meletup’ akibat terlalu banyak menikmati juadah yang disediakan.
Malah badan juga terasa letih dan lesu dengan cepat walaupun tidak berbuat apa-apa.
Jika kamu berhadapan situasi begini, usah bimbang. Ini kerana .com ada jalan penyelesaian kepada masalah tersebut! - LYNN

Elak obes di musim perayaan



Pelbagai hidangan yang enak semasa musim perayaan menyebabkan selera makan sukar dikawal.
HARI ini belum seminggu kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Kemeriahan masih terasa. Hidangan juga masih banyak.
Ditambah dengan jemputan rumah terbuka kerana pada masa itu, sanak saudara dapat berkumpul.
. Daripada ketupat, nasi impit, lemang, rendang, kari, sambal kacang, lodeh, laksa semuanya terhidang di depan mata.
Itu belum lagi, biskut dan kuih muih serta minuman bergas atau kordial yang semuanya tinggi kandungan gula dan kalori.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia kembali melancarkan amalan pemakanan 55555 sebagai panduan memudahkan orang ramai menjaga kesihatan semasa Hari Raya Aidilfitri.
KKM juga melancarkan buku kecil Makan Secara Sihat di Hari Raya yang menyenaraikan kandungan kalori bagi pelbagai jenis juadah bagi memudahkan orang ramai merancang sajian semasa musim perayaan.
Buku mengenai kandungan kalori makanan itu menyenaraikan semangkuk mi kari mengandungi 530 kalori dan wanita yang mengambilnya perlu berlari selama 72 minit atau berjalan perlahan selama 290 minit bagi membakar kalori berkenaan.
Menteri Kesihatan, Datuk S. Subramaniam berkata, semua orang perlu mengelakkan pengambilan gula, garam dan lemak secara berlebihan kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.
Kaedah pemakanan 55555 merujuk kepada lima amalan baik yang boleh mencegah masalah kesihatan di musim perayaan.
Pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam berkata, di Malaysia yang mempunyai begitu banyak perayaan penduduknya terdedah kepada risiko obesiti.
"Biasanya ketika musim perayaan, kita akan terdedah kepada makan secara berlebihan yang menyebabkan berat badan bertambah.
"Sepatutnya selepas sebulan berpuasa, berat badan akan turun mungkin beberapa kilogram dan mereka mengekalkan berat badan selepas itu," katanya.
Bagaimanapun jelas Indra, biasanya musim perayaan, sesiapa saja boleh mengalami kenaikan berat badan semasa musim perayaan.
Kurang kesedaran mengenai makanan dan kesihatan di kalangan rakyat negara ini menyebabkan kadar obesiti meningkat.
Obesiti bukan saja berkaitan dengan kenaikan berat badan tetapi juga pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan jantung.

Saturday, July 13, 2013

Stress dan kanser

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya selalu mendengar sesi temubual Tuan Haji melalui program Melayu di Radio SBS (Special Broadcasting Services). Dalam program minggu lalu, Tuan Haji ada menceritakan berkenaan perubatan al-Quran dalam merawati penyakit kanser dan saya tertarik dengan kenyataan Tuan Haji bagaimana stress salah satu penyebab kanser. Saya mengidap kanser paru-paru, tahap empat, sejak tiga tahun lepas. Saya telah menjalani kimoterapi sebanyak 18 kali. Bolehkah Tuan Haji terangkan bagaimana seseorang itu boleh mendapat kanser? Saya ingin tahu apa kaitan antara stres dengan kanser. Apa ayat yang boleh saya amal untuk mengurangkan stress dan juga mengubati penyakit kanser saya. Terima kasih.
n Puan Lily, Sydney, Australia
Jawapan:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya, saya dapat menyebarkan mukjizat al-Quran kepada penduduk Islam di Australia, melalui program Melayu di Radio SBS setiap Rabu petang. Program ini khas untuk masyarakat Melayu di Australia. Program wawancara ini dikendalikan oleh pengacara dan juga penerbitnya, Zaini Ahmad dari ibu pejabat stesen Radio SBS di Melbourne, Australia.
Seminggu sekali Zaini akan menemubual saya secara lintas lansung melalui telefon dari Melbourne dalam isu berkaitan perubatan Islam. Ada masanya pendengar sendiri menelefon melalui program ini dan mengemukakan soalan kepada saya. Mereka yang menelefon bukan sahaja masyarakat Melayu menetap di Melbourne atau Sydney, malah dari seluruh Australia. Soalan yang dikemukakan selalunya mengenai gangguan seperti saka dan sihir. Kesimpulannya gangguan bukan sahaja berleluasa di Malaysia tetapi ia popular di Australia.
Merujuk kembali kepada SMS yang saya terima dari Puan Lily, dengan rezeki Allah beri, saya dijemput oleh Puan Lily untuk datang ke Sydney pada hari Ahad lalu untuk membuat rawatan. Tiba di Sydney, cuaca sangat sejuk sebab musim sejuk di benua selatan. Walaupun sudah banyak kali saya ke Sydney atas urusan kerja semasa saya bertugas dengan Syarikat Shell dan dengan badan berkanun Suruhanjaya Sekuriti dahulu, ini kali pertama saya ke sana atas undangan pesakit. Ramai masyarakat Melayu di Sydney yang terdiri daripada pelajar dan penduduk yang berhijrah.
Saya tidak berhenti bersyukur kepada Illahi atas undangan yang Allah beri. Kali ini saya datang bukan atas urusan duniawi tetapi untuk berdakwah berkenaan mukjizat al-Quran dalam aspek perubatan dan menolong merawat pesakit Islam di benua Down Under. Sesungguhnya menyampaikan mukjizat al-Quran adalah satu bentuk dakwah, hukumnya fardu kifayah. Dari Abdullah bin Amr r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sampaikan dari ku walau hanya satu ayat". (Hadith Riwayat Bukhari)
Berbalik kepada penyakit yang dihadapi Puan Lily, beliau menghadapi sejenis penyakit kanser paru-paru - Non Small Cell Lung Cancer. Terdapat ketumbuhan sebesar 19 mm di sebelah kanan paru-parunya. Sakit kanser paru-paru jenis ini tidak menunjukkan simtom kanser paru-paru biasa seperti batuk perpanjangan, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, cepat letih, hilang selera makan dan penurunan berat badan mendadak. Beliau mendapat tahu mengenai kanser ini apabila beliau merasa kelenjar pada leher bengkak. Selepas membuat pemeriksaan doktor dan imbas CT, didapati kanser itu telah merebak ke bahagian kelenjar pada dada sebelah kiri dan kanan.
Puan Lily telah menjalani proses kimoterapi sebanyak 20 kali di hospital Sydney bermula awal tahun 2011. Tetapi sel kanser dalam tubuh beliau tidak memberi tindak balas positif kepada kimoterapi walaupun doktor telah menukar ubat kimoterapi sebanyak empat kali. Malah sejak dua bulan lalu, sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang rusuk dan tulang belakang. Beliau sekarang sedang menjalani rawatan radioterapi untuk mengawal sel-sel kanser di bahagian tulang belakang daripada merebak ke tempat lain.
Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh menyembuhkan kanser. Anggapan ini tidak benar terutama jika tahap kanser sudah sampai tahap tiga dan empat. Dalam pengalaman saya mengubati kanser, ada pesakit kanser tahap satu, setelah menjalani proses pembedahan seperti mastectomy atau lumpectomy, dan selepas menjalani rawatan kimoterapi dan selang beberapa tahun, mereka mendapat relapse atau kanser berulang. Ini membuktikan proses kimoterapi dan radioterapi hanya boleh melambatkan sel kanser daripada merebak, dan bukan mematikannya.
Saya sering ditanya oleh pesakit kenapa mereka dapat kanser dan kenapa ahli keluarga mereka yang lain tidak dapat. Ada yang bertanya kenapa pesakit lain boleh sembuh tetapi diri mereka masih bertarung dengan kanser. Memang benar kita kena patuh dengan takdir Illahi. Segala musibah yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita kena bersabar atas segala ujian yang Allah beri. Sebab Allah sayang kepada kita sebab itulah dia menguji kita. Sekiranya kita sabar dan lulus ujian Allah, mungkin Dia akan naikkan darjat kita di akhirat nanti.
Untuk pengetahuan semua, setiap tubuh badan manusia mempunyai sel kanser. Sel kanser ini adalakanya hanya diam dan tidak merbahaya kepada tubuh seseorang. Tetapi kadang-kala sel kanser itu akan menjadi abnormal dan membiak menjadi satu ketumbuhan yang dipanggil tumour. Sel-sel tadi perlu membiak berjuta-juta sel untuk menjadi satu tumor yang besar.
Proses pembesaran tumor ini memakan masa lama, kadang-kala bertahun-tahun. Ramai di antara pesakit tidak tahu ada ketumbuhan dalam badan mereka sehinggalah ketumbuhan itu sudah menjadi kanser. Kadang-kadang tumour itu hanya tumour benign iaitu tidak berbahaya dan tidak merebak ke anggota badan lain. Tumour yang merebak ke lokasi anggota lain dipanggil tumour malignan. Ia sangat berbahaya dan dipanggil kanser.
Stres dan anxietySekiranya tubuh seseorang itu sihat dan mempunyai sistem daya pertahanan diri (immune system) yang kuat dengan sendirinya sel kanser yang abnormal dan membiak itu, akan dimatikan oleh antibodi sistem pertahanan dalam tubuh seseorang. Ini akan berlaku tanpa kita sedari. Kanser akan terjadi apabila sistem pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser dalam tubuh.
Sistem pertahanan diri akan menjadi lemah jika kita tidak menjaga kesihatan dengan baik. Untuk menjadikan tubuh badan sihat, kita mesti melakukan gaya hidup sihat seperti:
n Makan makanan seimbang
n Cukup rehat dan cukup tidur
n Selalu melakukan aktiviti senaman
n Hidup dalam persekitaran udara bersih dan segar
n Tidak terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan kanser
n Tidak merokok
n Tidak minum alkohol
n Kurangkan stres
Yang paling penting kita sebagai umat Islam melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah pinta. Perbanyakkan solat dan selalu berzikir mengingati Allah. Semua ini ada ditulis di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita lakukan apa yang Allah suruh, Insya-Allah tubuh badan kita akan sihat dan stres boleh dikawal dan sistem imun kita jadi kuat. Insya-Allah kita boleh mencegah diri kita daripada kanser.
Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.
Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.
Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah. Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.
Apa yang mustahak ialah kita mesti tahu bagaimana untuk mengawal dan mengurus stres. Banyak kaedah moden yang kita tahu untuk mengawal stres tapi kaedah dalam Islam sungguh mudah. Lakukan solat, berzikir, baca al-Quran dan berdoa pada Allah. Insya-Allah ini adalah terapi mengawal stres paling berkesan.
Surah untuk mengawal stres dan mententeramkan jiwa:
l Surah Muhammad dari ayat 21 hingga 32
l Surah Toha dari ayat 120 hingga 135
Surah permulaan untuk menangani masalah kanser:
l Surah Al Mukminun dari ayat 91 hingga 100
l Surah Al Hajj dari ayat 31 hingga 55
l Surah Hud dari ayat 60 hingga 80
l Surah An Nahli dari ayat 90 hingga 110
Ada sebanyak 60 lebih rangkaian ayat yang saya telah kenalpasti untuk mengubati pelbagai jenis kanser. Semua ini terdapat di dalam buku saya yang bertajuk "Perubatan Al Quran Rawatan Kanser" terbitan Must Read Publication yang ada di dalam pasaran sejak bulan Mac 2013. Buku ini boleh dibeli di klinik saya di Setiawangsa atau di kedai-kedai buku utama.
Ingin juga saya berkongsi cerita semasa saya mengubat di Sydney minggu lepas. Semasa saya di rumah Puan Lily, saya terpandang beberapa keratan artikel saya di akhbar Mingguan Malaysia yang dikirim oleh keluarga Puan Lily dari Malaysia. Alhamdulillah syukur kepada Allah, rupa-rupanya artikel saya jauh menjelajahi bumi Allah ini. Terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana memberi peluang untuk saya berdakwah melalui media ini.

Amal jamu sejak remaja

SAYA mula mengamalkan pemakanan jamu sejak berusia 15 tahun lagi. Amalan kesihatan ini memang diamalkan oleh kami sekeluarga sejak turun-menurun lagi," ujar pengacara TV-Al-Hijrah Tun Nurul Huda, 30.
Perunding imej profesional dan bertauliah di bawah syarikat sendiri, Instyle Image Solutions dan pengacara TV secara sambilan ini bergelar isteri pada usia 20 tahun.
Isteri kepada pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, cukup bertuah kerana suami memberi kebebasan kepadanya meneruskan kerjaya dalam bidang pengacaraan dan model, selagi Nurul Huda tahu menjaga nama baik keluarga.
Memilih mendirikan rumah tangga pada usia muda bukanlah satu penyesalan kepada Nurul. Sebaliknya, Nurul sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Katanya, penjagaan kesihatan dalaman penting untuk wanita khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga.
"Sebagai pengasas produk Jamu Ratus Warisan, saya sentiasa berlapang dada mendengar permasalahan yang dialami oleh mereka di luar sana.
"Apabila bercakap tentang jamu, pastinya isu yang sering dibangkitkan ialah tentang hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, masalah dalaman lelaki, ibu mengandung, ibu menyusukan dan sebagainya.
"Jamu yang saya hasilkan merupakan resipi turun-menurun keluarga saya," ujarnya.
Berdasarkan pengalaman Nurul, jamu membantunya melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah.
Istimewa jamu yang dimakan tersebut merangsang pengeluaran susu badan dan memberi tenaga.
"Ada yang berkata, menjadi ibu pada usia muda sangat mencabar. Mungkin dari segi persediaan ibu muda itu sendiri tidak cukup.
"Amalan berpantang sangat penting untuk wanita yang baru bersalin. Selain pengambilan jamu dan herba, pelbagai rawatan seperti urutan, bertungku dan bertangas turut menjadi pilihan," ujarnya.
Dia turut bersyukur kerana mempunyai suami dan anak-anak yang sangat memahami tugasnya.
Pembahagian masa menjadi lebih mudah kerana apa yang dilakukannya mendapat izin dan restu suami.
"Apabila saya ada urusan kerja di luar, maka suami atau ayah saya membantu menguruskan anak-anak sekolah.
"Waktu malam saya akan melihat kerja sekolah anak-anak dan apabila suami ada di rumah kami selalu makan malam bersama dan solat berjemaah. Bagi saya, masa yang diisi secara berkualiti itu amat penting," ujarnya.
Jamu Ratus WarisanJamu ini merupakan resipi keluarga zaman-berzaman terdiri daripada gabungan berpuluh-puluh herba dan rempah ratus.
Produk ini mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip Fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angin dan pelbagai herba terpilih. Kemudian diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran yang sudah dibacakan dengan ayat al-Quran.
Antara khasiat jamu yang diketahui umum termasuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisme badan, menyegarkan badan yang letih lesu, melancar kitaran haid, melangsingkan badan dengan kadar segera bagi wanita yang dalam pantang dan banyak lagi.
Sebagai makanan tambahan, anda boleh mengambil JuzQ30. Suplemen ini sangat baik untuk kesihatan dalaman semua peringkat umur di samping meningkatkan kecerdasan otak.
JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan diadun dengan bahan-bahan saintifik untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.
Untuk mendapatkan produk Jamu Ratus Warisan Plus dan JuzQ30 sila hubungi talian kami iaitu 012-2324622 atau 019-2124622. Maklumat lanjut dan senarai pengedar terdekat boleh diperolehi dengan melayari laman web www.jamuratuswarisan.com atau www.juzq30.com

Denggi tak pilih mangsa

Sasha Bashir (kanan) ketika melakukan gimik semburan menghapuskan nyamuk pada majlis sesi dialog pengalaman menghidap demam denggi anjuran SC Johnson, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
BAGI pengacara dan selebriti tempatan, Sasha Bashir, pengalaman menghidap demam denggi lima tahun lalu mengubah persepsinya tentang penyakit tersebut. Personaliti televisyen itu juga terlantar di hospital selama lima hari kerana penyakit yang mengancam nyawa itu.
"Sebelum itu hanya demam biasa. Namun saya langsung tidak mengalami gejala demam denggi seperti loya, muntah atau sakit sendi. Saya mengesyaki ini hanya perkara biasa," ujarnya ketika berkongsi pengalaman menghidap demam denggi anjuran SC Johnson dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sempena Hari Denggi ASEAN, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Seterusnya Sasha memberitahu, dia berkunjung ke klinik mendapatkan ubat bagi melegakan demam, namun suhu badan tetap tidak surut.
"Doktor ada mengingatkan saya, jika demam tidak baik dalam masa tiga hari, saya perlu datang semula ke klinik untuk pemeriksaan susulan.
"Selepas itu, saya dapati suhu panas badan masih tidak turun. Wajah saya juga menjadi pucat.
"Saya segera memberitahu suami dan dia terus menghantar ke klinik yang akhirnya menyuruh saya merujuk ke hospital kerana suhu badan yang panas," kata Sasha.
Ketika di hospital, dia terus dimasukkan ke wad kecemasan selama setengah jam untuk membuat ujian darah.
Setelah disahkan menghidap demam denggi, dia dimasukkan ke wad selama lima hari.
Pada mulanya, Sasha mengakui agak keliru apabila disahkan menghidap demam denggi.
Bagi Sasha, pengalaman menghidap denggi itu menyebabkan dia trauma apabila melihat nyamuk berterbangan.
Selepas dua tahun, suaminya pula disahkan menghidap demam denggi.
"Saya sangat takut ketika itu namun bersyukur kerana semuanya selamat. Sejak itu, kami begitu mementingkan kebersihan alam sekitar.
"Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak mengira tempat. Disebabkan itu, kami lebih peka dengan kebersihan tidak kira di mana," katanya..
Jelas Sasha, apabila berada di tempat letak kereta yang ada sampah atau air bertakung, dengan segera dia dan suami akan membersihkannya.
Seorang lagi yang pernah menghidap demam denggi dan berkongsi pengalaman, Suzanne Selvarajah, menyatakan dia diserang virus berkenaan sebanyak dua kali.
"Ketika itu pada tahun 2000, saya disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad selama empat hari dan mengambil ujian darah bagi menentukan tahap jangkitan.
"Selepas empat hari, virus denggi dalam tubuh semakin pulih dan kehidupannya kembali seperti sedia kala,"katanya.
Namun, katanya, kejadian sama berulang pada tahun 2008 dan dia mengalami gejala sama iaitu demam pada suhu tinggi melebihi 39 darjah celsius walaupun sudah mengambil ubat.
"Sekali lagi saya dimasukkan ke wad. Tiga hari berada di situ saya dimasukkan plasma beku dan tidak lama selepas itu bintik merah muncul pada seluruh badan.
"Ketika itu, doktor membawa saya ke bilik air dan menyiram air sejuk ke atas badan bagi mengurangkan rasa gatal selepas dimasukkan plasma.
"Ini begitu menakutkan apabila suhu badan saya tidak menunjukkan sebarang penurunan. Akhirnya, saya terpaksa menggunakan ais untuk menyejukkan badan yang terlalu panas," katanya yang menetap di Kajang, Selangor, ketika itu.
Mengakui dihantui rasa trauma, Suzanne berkata, dia tidak teragak-agak menggunakan penyembur serangga setiap kali berada di rumah pada waktu petang.
"Mujur saya tidak mendapat sebarang komplikasi yang biasa dikaitkan dengan demam denggi sehingga mengakibatkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati serta denyutan jantung berhenti.
"Saya tidak boleh membayangkan sekiranya anak kecil terkena penyakit demam denggi ini, ia memang amat menyakitkan.
" Saya kini memastikan memasang wap penghalau nyamuk 24 jam dan mengenakan semburan penghalau nyamuk pada tubuh saya dan anak ketika keluar rumah," katanya yang mengakui paranoid terhadap nyamuk.

Tuesday, July 9, 2013

Tidur bogel boleh kuruskan badan?

6 Jul - Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

BACA:
Adakah tidur pakai bra membahayakan kesihatan?


Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

Saturday, July 6, 2013

Mengatasi Sakit Tekak

SAKIT tekak boleh menyerang semua peringkat usia sama ada kanak-kanak, golongan remaja mahupun orang dewasa.
Kesemuanya akan mengalami simptom yang sama, antaranya rasa perit di kawasan tekak akibat batuk yang berterusan. Rasa perit itu memang sukar untuk digambarkan, malah ada yang menyamakan situasi tersebut ibarat menelan serpihan kaca masuk ke dalam saluran pernafasan kamu.
Ada juga yang mengalami kesukaran tidur kerana kerap berasa terganggu setiap kali menelan air liur. Lebih memburukkan keadaan apabila rutin harian kamu turut menerima �tempias�nya.
Kebiasaannya, rasa sakit ini akan mula timbul apabila kamu mengalami demam. Membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil di sekitar mulut akan membentuk bengkak yang kemudiannya menyumbang kepada rasa sakit.
Dalam keluaran sebelum ini, .com pernah menyiarkan informasi tentang bahaya batuk. Justeru, untuk minggu ini pula, ruangan Kesihatan akan menampilkan tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keperitan yang ditanggung akibat sakit tekak. - LAILISUHANA

Kuasa Senyuman

SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan insan lain. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja.
Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.
Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling kamu dan teruskan membaca! - LAILISUHANA
10 sebab mengapa kamu perlu senyum
Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.
Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka yang tidak senyum.
Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.
Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan.
Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan
otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu tadi.
Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.

Friday, June 21, 2013

Panas bawa maut

SETIAP hari kita pasti terdengar rungutan orang di sekeliling berkenaan cuaca yang teramat panas di negara kita. Manakan tidak, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang baru sahaja bermula bulan lalu.
Menurut JMM, kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan dan tempoh penerimaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.
Maka semakin ramailah yang mula berdoa dan berharap hujan akan turun bagi menghilangkan rasa panas yang membuatkan semua orang lesu dan tidak produktif.
Namun, di sebalik cuaca hangat dengan suhu yang mencecah sehingga lebih daripada 35 darjah Celcius, ramai yang masih tidak memandang berat akan kesannya terhadap tubuh badan kita.
Ramai yang dengan santainya bersiar-siar di bawah terik matahari tanpa mengambil langkah berjaga-jaga. Alasannya panas adalah perkara biasa di Malaysia.
Bagi mereka yang keadaan pekerjaannya memerlukan mereka berjemur panas seperti buruh binaan terus gigih bekerja tanpa berehat secukupnya dan menghiraukan bahaya yang mereka berdepan dengan panas mentari.
Ujar Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Hazlee Abdul Hadi, pendedahan terhadap panas yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan cuaca panas iaitu (heat related illness (HRI)).
�HRI adalah pelbagai dari sederhana iaitu ruam panas, kelesuan dan pitam akibat panas kepada teruk seperti kekejangan, keletihan yang melampau akibat panas dan strok haba.
�Keadaan yang paling teruk boleh berlaku akibat HRI ialah kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati malah ia boleh menyebabkan maut.
�Di Amerika Syarikat (AS), kematian akibat HRI sejak 1979 hingga 2003 dilaporkan sebanyak 8,015 pesakit, bilangan kematian yang lebih ramai daripada mereka yang kehilangan nyawa akibat gabungan taufan, banjir, gempa bumi dan puting beliung.
�Di Malaysia sendiri ada kes kematian akibat panas yang melampau," ujarnya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, baru-baru ini.
Gejala
Ujar Dr. Hazlee, Gejala masalah HRI ialah pelbagai bergantung kepada tahap keseriusan masalah itu.
Antaranya ialah sakit kepala, keletihan, tumpuan lemah, pening, lemah otot-otot badan atau kekejangan, mual dan muntah.
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dinyahhidrat (kekeringan), kekeliruan, dan tidak sedarkan diri atau koma.
Komplikasi boleh berlaku jika lambat melakukan rawatan terutamanya mereka yang berdepan dengan strok haba iaitu kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati serta boleh menyebabkan maut.
Kumpulan berisiko
Ujar Dr. Hazlee, sesiapa sahaja boleh berdepan dengan masalah HRI tetapi beberapa kumpulan yang berisiko terutama kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun kerana lebih sensitif terhadap kesan panas dan mereka memerlukan bantuan dari orang dewasa untuk menyejukkan badan serta memberi hidrasi yang cukup.
Golongan tua berumur lebih daripada 65 tahun turut berisiko tinggi kerana sistem tubuh mereka mungkin tidak lagi efektif untuk menurunkan suhu badan dan mereka juga tidak dapat mengesan kenaikan suhu badan dengan baik.
Orang dewasa iaitu yang berusia 40 tahun ke atas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda.
HRI juga berisiko kepada mereka yang secara fizikal telah sakit terutama masalah sakit pernafasan, lemah jantung, dan mereka yang mengambil ubat untuk penyakit kemurungan.
Selain itu, mereka yang mempunyai masalah obesiti turut lebih berisiko kerana badan mereka menyimpan lebih banyak haba.
Ada sesetengah penyakit membuatkan HRI lebih senang berlaku seperti penyakit tiroid yang menyebabkan suhu badan tinggi.
Pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan badan panas dan keadaan bertambah buruk apabila berjemur juga menambah risiko berlakunya HRI.
Selain itu, cara pakaian tebal dan berlapis yang tidak sesuai dengan suhu, aktiviti fizikal serta keadaan pekerjaan dan beban kerja seperti mereka yang bekerja menyelenggara lebuh raya dan buruh binaan berisiko berdepan dengan HRI.
Maut
Pengsan akibat cuaca panas yang melampau dilihat seperti perkara biasa. Namun, serangan strok haba itu sebenarnya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Ini kerana organ-organ penting tidak dapat air yang membawa mineral-mineral penting lalu ia akan gagal berfungsi satu demi satu jika tidak mengganti air secepat mungkin.
Oleh itu, rawatan kecemasan perlu dilakukan segera jika mempunyai tanda-tanda strok haba.
Pencegahan
�Mencegah adalah baik daripada mengubati terutamanya untuk mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi.
�Kumpulan ini dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan melakukan langkah-langkah pencegahan.
�Apa yang penting ialah menjaga suhu badan normal, memastikan kekal hidrat serta mendapatkan maklumat yang tepat," ujarnya.
Apabila berdepan dengan musim panas yang melampau seperti sekarang, golongan yang berisiko digalakkan berada di dalam rumah atau bangunan, lebih baik dengan kemudahan alat pendingin hawa.
Ujar Dr. Hazlee kebanyakan majikan di AS telah menyediakan pendingin hawa bagi setiap ruang untuk pekerjanya.
Hadkan aktiviti luar semasa awal pagi dan lewat petang sahaja kerana ia kurang merbahaya dan kurang panas serta berehat dengan kerap sekiranya terdedah kepada pancaran matahari.
Lakukan langkah pencegahan seperti memakai topi atau payung yang besar dan pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang serta longgar.
Jangan lupa memakai krim pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 atau lebih 30 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari untuk mengelakkan sinaran UVA dan UVB dan gunakan secara berterusan.
Sentiasa mengamalkan konsep pusingan kerja dan rehat seperti yang dicadangkan terutama mereka yang bekerja di bawah terik matahari.
Kita sebenarnya boleh menyesuaikan badan dengan suhu yang panas daripada biasa dengan cara mengehadkan aktiviti luar secara berperingkat sehingga badan dapat mengadaptasi dengan cuaca panas tersebut.
Elakkan makanan yang pedas dan kuantiti yang banyak, kerana ini akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan.
Air yang cukup
Terang Dr. Hazlee, musim panas ini memerlukan kita minum air yang banyak bagi mengembalikan kelembapan badan kerana kita kehilangan cecair badan melalui peluh dan mudah menjadi kering.
�Jika melakukan aktiviti fizikal di bawah panas terik, minum air dua hingga empat cawan setiap jam tanpa mengira tahap aktiviti anda.
�Minum air isotonik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang melalui peluh.
�Jangan minum minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi, kerana ia boleh mempengaruhi fisiologi badan dan menyebab kita kehilangan cecair badan.
�Jika doktor mengehadkan pengambilan air, garam dan mineral disebabkan penyakit tertentu seperti sakit buah pinggang dan lemah jantung, dapatkan nasihat doktor tentang jumlah pengambilan yang selamat semasa cuaca panas," terangnya terperinci.