6 Jul - Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh
menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk
mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat
anda kurus tanpa melibatkan kos.
Menurut penulis buku "The
Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan
sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!
Jika anda tidur tanpa
pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat
loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit
dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju
akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan
tersebut.
BACA:
Adakah tidur pakai bra membahayakan kesihatan?
Selain
itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon
kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa
tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan
merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.
Bukan
itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh
mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan.
Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang
dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment