SAKIT tekak boleh menyerang semua peringkat usia sama ada kanak-kanak, golongan remaja mahupun orang dewasa.
Kesemuanya akan mengalami simptom yang sama, antaranya rasa perit di
kawasan tekak akibat batuk yang berterusan. Rasa perit itu memang sukar
untuk digambarkan, malah ada yang menyamakan situasi tersebut ibarat
menelan serpihan kaca masuk ke dalam saluran pernafasan kamu.
Ada juga yang mengalami kesukaran tidur kerana kerap berasa terganggu
setiap kali menelan air liur. Lebih memburukkan keadaan apabila rutin
harian kamu turut menerima �tempias�nya.
Kebiasaannya, rasa sakit ini akan mula timbul apabila kamu mengalami
demam. Membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil di sekitar mulut
akan membentuk bengkak yang kemudiannya menyumbang kepada rasa sakit.
Dalam keluaran sebelum ini, .com pernah menyiarkan informasi tentang
bahaya batuk. Justeru, untuk minggu ini pula, ruangan Kesihatan akan
menampilkan tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan
keperitan yang ditanggung akibat sakit tekak. - LAILISUHANA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment