Wednesday, July 29, 2009

Menyedut udara bersih Pusat Anti-Oksida

Oleh MERAN ABU BAKAR

Pelanggan berbaring di atas jubin panas selama 40 minit.

SEBIJI telur yang telah dipecahkan kering di dalam piring. Tidak busuk, tidak berbau, rupanya masih sama seperti telur yang baru dipecahkan.

Di sebelah piring telur, terdapat sebuah lagi piring yang di dalamnya sekeping roti. Keras seperti biskut roti, seolah-olah telah lama terdedah. Namun tidak kelihatan cendawan.

Apa relevannya telur kering dan roti keras itu dibiarkan untuk tatapan pengunjung yang mungkin akan membuatkan mereka mual. Pasti ada sesuatu yang istimewa di Pusat Anti-Oksida yang dikunjungi penulis kali ini.

Kata Pengurusnya, Cindy Wong, telur dan roti itu telah hampir setahun terbiar, tidak busuk dan tidak bercendawan. Itulah kuasa anti-oksida yang mampu memperbaiki kesihatan seseorang.

"Percayakah anda bahawa oksigen yang kita sedut sebenarnya berbahaya. Lihat sahaja kepada proses karat besi. Kaedah oksidasi yang sama berlaku di dalam tubuh setiap kali menyedut oksigen dan proses ini melepaskan radikal bebas dari tubuh,'' kata Cindy ketika ditemui di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Menurutnya, radikal bebas mendapatkan elektron daripada molekul berhampiran, mengganggu fungsi normal, mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Pencemaran, asap rokok, gaya hidup penuh tekanan dan diet yang tidak sihat merangsang kepada pembentukan radikal bebas.

Sehubungan itu, Pusat Anti-Oksida yang asalnya sebuah banglo persendirian dibina sebegitu rupa menawarkan rawatan melawan kehadiran radikal bebas dan menyedut persekitaran anti oksida.

"Pusat ini mengunakan bahan-bahan binaan seperti simen, kayu dan sebagainya yang telah dianti-oksida. Udara di sini segar dan tidak dicemari dengan radikal bebas,'' kata Cindy.

Justeru, Pusat Anti-Oksida yang satu-satunya di Malaysia ini dikunjungi oleh mereka yang ingin memperoleh kesihatan yang baik.

Menceritakan mengenai pembinaan pusat ini, kata Cindy, semua bahan binaan di pusat ini dicampur dengan larutan pekat anti-oksida yang diperoleh daripada mikro organisma ciptaan saintis Jepun, Shinichi Aida.

"Proses binaan yang unik ini dikatakan sama dengan Caldarium Roman, di mana air panas disalirkan di bawah jubin yang telah dirawat anti-oksida. Ia memanaskan jubin dan melepaskan anti-oksida ke dalam udara,'' ujarnya.

"Rejuvenasi anti-oksida yang ditawarkan di pusat ini membantu mengatasi anti penuaan dan berkesan untuk pelangsingan, memperbaiki pengaliran darah, metabolisme dan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan melegakan kesakitan akibat sengal tulang, kebengkakan, selesema dan sembelit.

"Pesakit diabetes pula mendapati tahap gula di dalam darah mereka menurun pada normal selepas beberapa kali mendapatkan rawatan di sini.

''Cara rawatannya mudah dan menenangkan. Mereka yang datang akan diminta memakai pakaian yang longgar. Kemudian berbaring selama 40 minit di atas jubin panas. Pelanggan dinasihatkan minum segelas air anti-oksida selepas 20 minit pertama dan selepas rawatan.

"Bekas air di sini dicampur dengan seramik anti-oksida yang menukar air paip menjadi air ion alkali yang membantu melancarkan perjalanan darah,'' jelas Cindy

Wednesday, July 22, 2009

Hakikat Pernikahan...

Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan.
Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? Cuba kita
lihat¿dan manakah pilihan kita???

1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar jika bangkrup.

3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.

5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagi pula manusia.
Yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. Maka tak
ada alasan apapun didunia yang dapat
meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.

Thursday, July 2, 2009

Wanita

by gua.com.my

Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi GUA merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.

Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, GUA dapat meringkaskannya kepada tiga.

1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka.

Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.

1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria.

Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.

Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.

Ini hanyalah dua contoh tetapi GUA pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan.

Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. GUA tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.

Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu.

Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.

Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan.

Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.

Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.