SEKUNTUM senyuman yang kamu lemparkan mampu untuk menceriakan
kehidupan insan lain. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman
sahaja.
Kamu juga akan mendapat manfaat yang pelbagai untuk kesihatan hasil
daripada senyuman kamu itu. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang
dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh kamu.
Jadi, jika kamu ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan
senyuman kamu yang paling manis buat mereka yang berada di sekeliling
kamu dan teruskan membaca! - LAILISUHANA
10 sebab mengapa kamu perlu senyum
Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut
mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang
mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. Jadi, ia turut menjadikan
seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dengan menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung
merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Mengakhiri senyuman dengan ketawa mampu menyahaktifkan bahan kimia
dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit
jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
Senyuman adalah ekspresi muka yang terhasil dengan merengangkan otot di hujung mulut dan di sekeliling mata.
Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respons daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.
Penyelidik Jerman menjelaskan bahawa mereka yang memiliki ekspresi
raut wajah yang senang hati, tampil menarik termasuk kelihatan lebih
muda daripada usia mereka yang sebenarnya.
Universiti Illinois, Amerika Syarikat telah melakukan satu kajian
yang membuktikan bahawa apabila seseorang itu gembira dan selalu
tersenyum, hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding mereka
yang tidak senyum.
Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang
dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira.
Tahukah kamu, apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan
antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi
optimum kepada badan.
Senyuman dapat mencegah sakit sembelit pada waktu pagi. Pergerakan Peristaltik (gerakan
otot pada saluran pencernaan) usus masih perlahan, namun apabila kamu
tersenyum pada waktu berkenaan, gerak usus tersebut akan terangsang
akibat daripada kontraksi otot perut hasil daripada kesan senyuman kamu
tadi.
Senyuman juga boleh dijadikan penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment