Thursday, June 14, 2012

Ancam lelaki lewat usia


Chin Poon mendengar taklimat daripada Dr. Adel di pusat onkologi Pusat Perubatan Gleneagles Pulau Pinang.
KAJIAN menunjukkan lelaki sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit. Jangka hayat lelaki kurang lima hingga enam tahun daripada wanita. Lelaki yang berumur 45 hingga 54 tahun tiga kali ganda lebih kerap mati akibat serangan sakit jantung berbanding dengan wanita.
Kadar kematian atas sebab penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser di kalangan lelaki juga lebih tinggi.
Antara penyakit yang menjadi risiko utama kaum lelaki kini ialah pembesaran prostat (BPH) dan kanser prostat. Ia merupakan antara pembunuh utama golongan lelaki, tetapi masih ramai di kalangan mereka tidak memiliki kesedaran dan pengetahuan mengenai bahayanya.

Kristal bantu pecah lemak


Dr. Nicholas Lim turut membantu pelanggan dengan memberikan nasihat mengenai kecantikan.
SEJAK beribu tahun dulu bentuk badan ideal digambarkan sebagai memiliki potongan yang sempurna dan tidak gemuk.
Namun dengan gaya hidup dan pemakanan yang sukar dikawal ramai wanita kini berhadapan dengan kegemukan.
Paling menyedihkan walau pelbagai usaha telah dilakukan seperti bersenam dan mengawal makan, berat badan masih tidak berubah.
Ini kerana ada lelemak degil yang bukan senang untuk dihapuskan hanya dengan melakukan senaman. Pembedahan plastik atau sedut lemak memang menawarkan keputusan serta-merta, namun ia berisiko tinggi.
Dengan kecanggihan teknologi dan kajian yang terbukti berkesan, MCU Beautitudes memperkenalkan Coolsclupting by Zeltiq sebagai satu penyelesaian yang berkesan untuk masalah kegemukan.

Friday, June 8, 2012

Tip kempiskan perut

Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan? Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan televisyen?

Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk lelaki ataupun perempuan.

Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.

Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Sunday, June 3, 2012

Tekanan berhutang


BERHUTANG tidak salah, tetapi apabila ia di luar kawalan boleh menyebabkan tekanan perasaan, serangan penyakit jantung atau pergolakan rumah tangga. Ia juga boleh membuat seseorang membunuh diri.
Orang yang berhutang dianggap sebagai bermasalah sekiranya gagal membayar ansuran bulanan yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.
Secara psikologi apabila seseorang melihat jumlah hutang di dalam penyata banknya semakin bertambah, satu isyarat 'bahaya' akan dihantar ke otak.
Ini akan menyebabkan gejala kerisauan. Si berhutang mulai mengira sama ada mempunyai wang yang cukup untuk membayar tunggakan hutang sewa beli atau pinjaman tersebut.
Kerisauan juga menyebabkan gangguan tidur. Orang yang banyak berhutang sukar melelapkan mata di malam hari kerana ingatan mereka lebih tertumpu kepada pelbagai komplikasi hutang.

Rawat kaki agar cantik


Bahan-bahan yang digunakan untuk rawatan kaki.
MASALAH kesakitan di bahagian kaki selalunya kurang diberi belaian dan perhatian berbanding organ tubuh yang lain. Wanita lebih berisiko dalam permasalahan kaki disebabkan pelbagai jenis kasut yang dipakai dan boleh mengundang kepada kecederaan dan kesakitan pada kaki.
Kulit kaki yang merekah, terdapat lapisan keras dan timbul ketuat sudah cukup membuatkan kaki kita sakit dan tidak selesa.
Di samping itu ia turut memberi kesan emosi kerana tidak mempunyai kaki yang cantik dan merasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Memelihara kesihatan kaki amat penting untuk wanita mahupun lelaki.
Kini terdapat kaedah rawatan yang disediakan untuk kaki yang bermasalah, kekal tampil sempurna di setiap waktu.

Fruktos, hormon dan obesiti


PASTINYA ramai yang tertanya-tanya apa kaitan antara fruktos, hormon dan obesiti atau kegemukan.
Tentu juga ramai yang kurang arif tentang apa itu fruktos. Fruktos atau fruktosa adalah gula tiruan yang dihasil menggantikan gula asli.
Disebabkan lebih murah, ia digunakan dengan meluas sebagai pemanis terutama dalam pembuatan roti, biskut, minuman dalam tin bahkan menjadi gula utama dalam industri makanan.
Ia yang diproses melalui ekstrak jagung berbeza dari glukosa yang merupakan gula penting bagi kegunaan sel. Fruktosa langsung tidak diperlukan oleh sel kita.
Apa pula kaitannya dengan hormon dan obesiti? Disebabkan tidak ada keperluan dalam badan, fruktosa diproses menjadi lemak trigliserida yang berbahaya dan asid urik yang menjejaskan kesihatan.
Fruktosa juga merosakkan hormon dengan cara mengeluarkan protein perosak hormon. Hormon yang rosak tidak mampu berfungsi memproses gula dan lemak kepada tenaga. Sebab itu tubuh kekal gemuk walaupun puas berdiet. Bagi kebanyakan kes obesiti, ia berpunca daripada pengambilan fruktosa dalam pemakanan seharian.

Fokus pelajaran elak ketagih


Walaupun onani tidak memberi kesan kepada kitaran haid, remaja perlu mengelak daripada melakukannya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan berfikiran positif. - Gambar hiasan.
SALAM doktor, saya remaja berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya, adakah apabila kita beronani haid kita akan terganggu? Apakah keburukan beronani selain haid terganggu? Ini kerana kitaran haid saya tidak teratur, saya takut kesannya pada masa akan datang. Saya harap doktor sudi bantu.
* Remaja ingin tahu.
Jawapan:
Terima kasih kepada adik yang sudi mengutarakan soalan yang menarik ini. Sangkaan berkaitan onani menyebabkan kitaran haid terganggu adalah tidak tepat.
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kedua-duanya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.