Antara herba yang dikaji yang memberi kesan positif dalam pengawalan gula dalam darah termasuklah Gymnema, Fenugreek (halba), Holy basil dan Bitter melon (peria).
Gymnema membantu mengurangkan penyerapan gula dalam tubuh dan menghalang pengangkutan glukosa. Kajian menunjukkan gymnema juga membantu mempertingkatkan penghasilan insulin.
Fenugreek (Trigonella foenum-graecum) merupakan herba yang tumbuh di kawasan Mediterranean dan Asia yang mempunyai biji yang beraroma.
Fenugreek digunakan secara meluas sebagai rempah dalam masakan yang juga diperakui boleh mengawal paras gula dalam darah. Kajian mengenai keberkesanannya telah diterbitkan dalam European Journal of Clinical Nutrition.
Herba Bitter melon (Momordica charantia) membantu menurunkan kadar penyerapan glukosa dalam saluran usus. Banyak kajian termasuk kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Health-System Pharmacy pada tahun 2003, menunjukkan herba ini mempunyai kesan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah).
Holy basil (Ocimum sanctum) membantu memperbaiki penggunaan glukosa periferal dan meningkatkan pengeluaran insulin. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Pharmacy and Therapeutics menunjukkan Holy Basil menurunkan paras gula darah.
Pengambilan gabungan herba-herba ini memberi kesan sinergistik dalam pengawalan paras gula darah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment