Kesihatan adalah antara nikmat hidup yang sangat perlu dihargai. Sebabnya dengan tubuh badan yang sihat, kita dapat melakukan pelbagai ibadat dan urusan harian. Bagaimanapun, dalam hidup tidak ada manusia yang bebas daripada ditimpa kesakitan. Ia adalah ujian Allah kepada kita sejauh mana kita beriman kepada-Nya.
Penyakit juga turut dikatakan sebagai kaffarah iaitu balasan dosa-dosa yang dilakukan sebelum dihitung oleh Allah di padang mahsyar kelak. Ia juga tanda kita disayangi oleh Allah.
Bagaimanapun, sebahagian besar kita apabila ditimpa penyakit dan terlantar di hospital, kurang memberi perhatian kepada ibadat solat. Sedangkan firman Allah yang bermaksud: Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mendirikan solat, sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang yang khusyuk. (al-Baqarah: 45).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment