Tuesday, February 19, 2013

Segarkan mata di spa


MEMILIKI sepasang mata yang cantik adalah anugerah kepada seseorang kerana mata yang bersinar mempunyai tarikan yang tersendiri.
Namun, seiring dengan peningkatan umur selain keadaan persekitaran yang tercemar, menyebabkan wujudnya lingkaran gelap di bawah mata.
Pengurus Gsue Beauty Spa, Maziah Aziz berkata, kesan lingkaran hitam yang terdapat di sekitar bawah mata menjadikan mata nampak layu dan tidak segar.
"Antara faktor wujudnya lingkaran bawah mata adalah waktu tidur yang tidak mencukupi, mengambil makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat, selain persekitaran yang tercemar," katanya.
Tambahnya, spanya yang beroperasi di, Tok Yem's Street Mall Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, turut menyediakan rawatan kesegaran mata menggunakan mesin Ultra Sonic.

Suplemen dalam kehidupan


Suplemen selalu diamalkan oleh atlet sukan untuk stamina mereka. - Gambar hiasan
Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.
Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.
Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Saturday, February 9, 2013

Separuh penduduk dunia gemuk


Pengambilan makanan yang tidak sihat antara punca obesiti.
Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.
Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.
Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil, bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.
Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.

Lompat tali cara mudah bakar kalori

 

UNTUK kelihatan langsing, pasti ada antara kamu sanggup berhabis untuk membeli pelbagai peralatan sukan menurunkan berat badan.
Tahukah kamu, dengan hanya melakukan lompat tali boleh membakar kalori dengan pantas dan mudah berbanding senaman lain.
Senaman menggunakan tali itu adalah sejenis latihan kardio sederhana yang memberi tindak balas besar kepada tubuh selain dapat menjimatkan wang dan masa.
Dengan hanya melompat tali tanpa henti selama 10 minit, kira-kira 132 kalori dalam tubuh dapat disingkirkan.