Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.
Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.
�Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas . Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.
�Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.
��Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul," jelas Rose Hanizan.
Tambah Rose Hanizan lagi, sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya.
�Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.
��Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.
�Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan," katanya.
Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.
Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.
Senaman juga penting
Rose Hanizan turut mengingatkan bahawa senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.
�Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut.
�Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang
tiada tambahan bahan kimia selain halal.
�Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah.
�Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.
� Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan," tegas Rose Hanizan lagi.
Beliau juga menasihatkan pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.
Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun - tahun penggunaan tetap ada.
Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
�Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut.
�Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment