Saturday, November 3, 2012

Lumpuh selepas lahirkan anak


Diam tak diam sudah enam tahun usia anak perempuan Suhaila. Dalam tempoh itu jugalah ibu muda berusia 21 tahun itu bergantung penuh pada kudrat kedua orang tuanya untuk menguruskan diri.
Suhaila (bukan nama sebenar) dahulu seorang remaja yang lincah dan periang sebelum diuji dengan dugaan cukup berat apabila sebahagian tubuhnya lumpuh akibat melahirkan anak.
Tiada siapa menduga, kerana keadaan yang menimpanya itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Sudahlah malu keluarganya terhadap cacian orang kampung masih berbekas, dia pula terpaksa menanggung kesakitan dan kecacatan seumur hidup.
Anak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan haram dengan teman lelakinya kini dijaga oleh ibunya. Biarpun kelahiran 'tidak dipinta', cucu perempuan itu ditatang bagai minyak yang penuh oleh nenek dan datuknya.

Friday, November 2, 2012

Pertanyaan

sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dihantar ke aristonshah@gmail.com

Baki susu bawa mudarat


Mengambil tahu tentang cara pengambilan susu yang betul penting terutamanya kepada pelajar sekolah.
PENGAMALAN tabiat ini bukanlah sekadar rekaan, namun dapat dilihat dengan ketara tatkala pembekalan susu ke sekolah-sekolah rendah kawasan luar bandar yang dilaksanakan menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M).
Menganggapnya sebagai minuman mahal, menyebabkan ada sesetengah murid mengamalkan tabiat berkenaan, tanpa menyedari bahawa perlakuan itu sebenarnya mendedahkan mereka kepada bahaya!
Tabiat minum sedikit dan simpan dalam tempoh penyimpanan agak panjang berpotensi mendedahkan susu kepada penyerangan bakteria.
Ini akan mengakibatkan kerosakan susu dan berupaya menyebabkan seseorang itu mengalami tanda-tanda klinikal seperti cirit-birit dan muntah.
"Apabila diberikan susu UHT (pek menggunakan kotak), kepada murid-murid, mereka seharusnya minum sehingga habis. Sekiranya mengalami kesukaran untuk menghabiskannya, mereka perlu buang dan tidak boleh simpan.

Tuesday, October 30, 2012

Pentingnya amalan berpantang


DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Nini, Kubang Pasu, Kedah.
JAWAPAN:
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

Rimasnya ada ketuat


KETUAT ialah sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti itu akan menjadi timbul dan keras.
Kawasan yang dijangkiti ketuat akan membentuk bonjolan kecil yang menggerutu dan kasar pada kulit. Kebiasaannya akan dijangkiti di bahagian tangan, jari atau kaki.
Ketuat disebarkan melalui sentuhan dan selalunya merebak melalui kulit yang pecah atau kulit yang lembap.
Ketuat tidak memilih mangsa, ia boleh dialami oleh lelaki dan perempuan.
Tahap umur yang sering mendapat ketuat ialah antara 12 dan 16 tahun kerana penjagaan kesihatan diri yang masih lemah.
Jika kamu ingin membuang ketuat, berhati-hati kerana darah yang keluar setelah kita mengeluarkan ketuat itu memang banyak.
Malah, ketuat juga boleh dijangkiti melalui darah yang dikeluarkan setelah mengeluarkan ketuat itu.

Wednesday, October 24, 2012

Rahsia kunci usia


KEPADA anda yang sudah membaca kisah ageLOC, pastikan usia anda menjadi misteri," ujar Ketua Pegawai Saintifik dan Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Produk Nu Skin, Dr. Joseph Chang.
Berbeza dengan produk lain, ageLOC dihasilkan kerana pembangunan teknologi sains dalam bidang kecantikan.
Dr. Joseph Chang berkata, ageLOC dihasilkan menggunakan kajian sains anti penuaan yang memberi tiga kejayaan.
"Pertama, kami berjaya mengenal pasti kumpulan gen yang berfungsi mengawal penuaan usia.
"Kedua, membolehkan kami menggunakan teknologi berlesen untuk mengukur proses penuaan pada peringkat molekul di dalam organ badan iaitu kulit.
"Ketiga, kami berupaya membaiki kumpulan gen ke tahap lebih muda, membolehkan kita menghasilkan produk ini yang berupaya mengekalkan dan mengurangkan rupa penuaan pada tahap genetik," katanya pada Majlis Tahunan Nu Skin Asia Tenggara di Singapura baru-baru ini.

Kanser usus punca sembelit kronik?


ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik?
Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.
Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.