KESIHATAN sendi dan tulang adalah sesuatu yang merisaukan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.
Dua penyakit paling biasa dialami berkaitan dengan penuaan ialah Osteoarthritis dan Osteoporosis (oste/osteo bermakna tulang) dalam bahasa Yunani.
Tulang yang rapuh akibat osteoporosis telah lama dianggap sebagai suatu faktor risiko kepada penyakit Osteoarthritis.
Jika Osteoarthritis ada kaitan dengan radang serta artritis haus dan lusuh, Osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.
Kita memerlukan tulang yang berfungsi seperti biasa untuk menjalankan kegiatan harian. Osteoarthritis (OA) berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus.
Dikenali sebagai arthritis haus dan lusuh, OA menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Anda mungkin menyedari tentang tanda-tanda OA seperti kekejangan pada waktu pagi, sendi sedikit membengkak dan rasa sakit.
Ia merangkumi setiap sendi termasuk leher dan belakang. Jika teruk, OA boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan dan juga hilang upaya (bergerak).
* Sokongan Nutrisi untuk Osteoatritis
Glukosamina dan kondroitin merupakan komponen semula jadi yang hadir di dalam tisu sendi yang sihat.
Tugasnya ialah untuk membekalkan bahan mentah semula jadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula strukturnya dan menumpaskan enzim semula jadi yang boleh merosakkan rawan.
Mengambil suplemen Glukosamina dan Kondroitin membantu:
* Membina dan membaiki rawan
* Memperlahankan perkembangan OA
* Melincirkan sendi-sendi
* Mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan kekakuan
* Meningkatkan keselesaan pergerakan
Kebelakangan ini, suplemen Glukosamina dan Kondroitin telah mempunyai ramai pengikut sehingga mendorong pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menjalankan kajian klinikal terbesar pernah dilakukan terhadap Glukosamina dan Kondroitin untuk menguji keberkesanannya.
Maklumat terperinci ujian (GAIT) telah pun diterbitkan dalam New England Medical Journal pada 23 Februari 2006.
Ujian GAIT disifatkan sebagai 'ujian paling ketat dan rapi sehingga kini' dalam menilai keberkesanan Glukosamina dan Kondroitin terhadap sakit lutut yang berkaitan dengan Osteoathritis (OA).
Ujian GAIT telah membuktikan bahawa gabungan dua suplemen ini (Glukosamina + Kondroitin) lebih berkesan untuk merawat sakit lutut OA di peringkat sederhana sehingga teruk berbanding Celecoxib, sejenis perencat COX-2 (ubat anti inflamasi).
* Pencegahan Osteoporosis
Osteoporosis ialah keadaan kekurangan khasiat dikenali 'tulang rapuh'. Keadaan ini, terutamanya pada tulang belakang, berlaku apabila tulang pergelangan tangan dan pinggul menjadi nipis dan menjadikan struktur tulang lemah dan mudah retak.
Tulang sebenarnya adalah tisu hidup dan selalunya mempunyai tindak balas biokimia di mana ianya bergantung kepada nutrien mikro dan sistem enzim yang berbeza-beza.
Seperti mana tisu hidup yang lain, tulang juga memerlukan pelbagai bekalan khasiat untuk mengekalkan kekuatan, jisim dan strukturnya.
Pemakanan moden hari ini seperti roti putih, gula putih dan lemak yang tinggi adalah tersangat kurang khasiatnya untuk tulang.
Pengambilan daging dan air berkarbonat yang banyak turut menyumbang kepada penurunan kadar penyerapan kalsium oleh badan.
Kekurangan pengambilan khasiat yang diperlukan oleh tulang seterusnya boleh menyumbang kepada osteoporosis.
Sekiranya osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan bertambah teruk secara perlahan-lahan, tanpa rasa sakit, sehinggalah salah satu daripada tulang yang rapuh itu mengalami keretakan atau patah.
* Panduan Membeli Suplemen
Apabila anda mencari suplemen untuk kesihatan sendi dan tulang, pilihlah suplemen Ostepakej 3 dalam 1 yang baik yang menggabungkan Glukosamina dengan Kondroitin bersama Kalsium, serta manfaat- manfaat tambahan daripada Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Zink dan Kuprum.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment