Tuesday, November 25, 2008

Suplemen untuk lelaki


"SAYA seorang wanita berusia pertengahan 40-an. Sejak kebelakangan ini kehidupan hubungan intimasi saya dan suami kian merosot. Saya rasakan prestasi suami saya tidak sebaik dahulu. Adakah ia berkait rapat dengan umur (suami berusia lewat 50-an) dan tekanan di mana saya dapati dia keletihan dan tidak banyak bercakap? Ia merisaukan saya dan apakah yang boleh membantunya?"

Jawapan:
Kesihatan yang baik boleh dilihat melalui keceriaan wajah dan juga tingkah laku yang positif. Ia turut memberi impak kepada orang di sekelilingnya. Kesihatan seksual memerlukan penjagaan kesihatan fizikal, emosi dan mental yang baik. Masalah emosi seperti kemurungan dan tekanan boleh menyumbang antara sepuluh hingga dua puluh peratus kepada masalah kemerosotan fungsi syahwat.

Tanda-tanda kemerosotan kesihatan seksual adalah seperti tidak berminat memulakan hubungan intim, keinginan yang semakin berkurang, kurang berfikir dan tidak berminat untuk hubungan intim apabila tidak melakukan dalam satu-satu masa yang agak lama. Sekiranya seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung atau sedang mengambil ubat-ubatan dalam tempoh yang lama, kemerosotan fungsi seksual atau lemah syahwat adalah antara kesan sampingan yang lazim bagi mereka.

Tidak dapat dinafikan peranan hormon lelaki turut memainkan peranan kepada fungsi seksual. Penurunan paras hormon ini boleh dikaitkan dengan peningkatan usia. Tingkatkan kemesraan dan kasih sayang dengan orang tersayang. Tangani stres dengan baik. Amalan senaman secara berkala juga memberi impak besar kepada kecergasan dan stamina, melegakan tekanan dan memperbaiki peredaran darah yang berperanan besar kepada kesihatan seksual.

Amalan pengambilan suplemen boleh melengkapkan lagi regimen kesihatan. Suplemen yang mengandungi herba-herba terpilih seperti Horny goat weed, Ginseng, Puncture vine, Muira Puama, Withania, Damiana dan Ginkgo boleh diamalkan sebagai suplemen harian mungkin dapat membantu anda memperoleh kesihatan seksual yang lebih baik. Withania telah digunakan sejak dahulu sebagai tonik untuk menangani stres dan kepenatan. Horny goat weed pula dipercayai dapat meningkatkan libido.

Damiana juga turut berperanan dalam meningkatkan kepekaan saraf dan juga merangsang keinginan dan kualiti hubungan intim. Dengan itu, suplemen yang menggabungkan ketujuh-tujuh herba ini mungkin bermanfaat untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan prestasi seksual anda.

No comments: