APABILA memperkatakan tentang penjagaan diri, tumpuan sering diberi kepada wajah. Manakala kaki kurang diberi perhatian biar pun anggota badan itu amat penting untuk melengkapkan penampilan seseorang.
Oleh itu dalam tata rias diri, penjagaan kaki sepatutnya dimasukkan dalam senarai rutin harian yang mesti diberi perhatian. Sesekali apa kata manjakan kaki dengan rawatan yang dibuat sendiri di rumah.
# Rendam kaki dalam air suam yang dicampur garam galian kira-kira 10 minit. Letak juga guli di dalam mangkuk berisi air tersebut. Pijak guli-guli itu dengan pergerakan ke hadapan dan belakang serta tekan sedikit tapak kaki kerana ia memberi kesan urutan yang melegakan.
Gosok kaki dengan batu sungai untuk menanggalkan kulit mati pada kaki. Selepas direndam dan digosok, bersihkan kaki dan urut dengan krim pelembap.
# Sedikit jus lemon dalam air rendaman membantu menyegarkan kaki.
# Kelopak mawar bersama beberapa titik pati minyak lavender menjadikan rawatan kaki umpama spa di rumah.
# Untuk merawat kesan retak dan pecah pada tumit cuba kaedah ini. Sapu vaselin pada tumit dan sarung stokin. Dalam beberapa minggu, tumit menjadi lembut dan kesan rekahan akan hilang.
# Sapu campuran jus lemon yang segar, minyak castor dan pati ros pada tumit selepas membersihkan kaki. Gabungan bahan tersebut membantu melicinkan tumit.
# Sapu minyak zaitun dengan kerap untuk kulit kaki yang lembut dan menarik.
# Parut kulit lemon dan sapu pada kaki. Biarkan 15 minit sebelum dicuci. Amalkan setiap hari untuk kesan yang memuaskan.
# Rawatan panas dan sejuk turut membantu melancarkan peredaran darah. Mula-mula rendam kaki di dalam air suam, kemudian alih kepada air sejuk. Buat selama 5 hingga 10 minit. Akhiri proses tersebut dengan air sejuk.
# Elak pakai kasut bertumit. Tukar stokin setiap hari untuk elak masalah kaki berbau. v
# Didihkan tiga cawan air bersama tiga uncang teh. Campur dengan setengah baldi air sejuk dan rendam kaki untuk atasi masalah kaki berbau.
# Luangkan beberapa minit setiap hari untuk mengurut kaki anda dengan minyak kelapa.
# Setiap kali selepas mandi, lap kering celah-celah kaki untuk menghindari jangkitan kulat.
# Perah jus lemon, campurkan dengan sedikit gula dan gosok pada kaki secara lembut. Cuci dengan air sejuk. Campuran bahan tersebut mampu bertindak sebagai skrub kaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment