Saturday, October 2, 2010

Isolaz rawat jerawat bisul

FAZLI benar-benar risau. Jerawat di wajahnya semakin hari semakin bertambah. Jerawat tumbuh melata dan bernanah. Kulit mukanya terasa pedih dan sakit. Apabila dipicit nanah dan darah mula keluar menyebabkan dia malu ditegur kawan-kawannya.

Seingat Fazli sejak di bangku sekolah lagi masalah jerawat telah mula mengganggunya. Semasa itu jerawat itu hanya kecil-kecil sahaja. Namun kini saiz jerawat semakin besar dan sangat hodoh tampaknya.

Fazli sudah pun mencuba pelbagai cara untuk mengubatinya. Malahan dia sudah mencuba ubat yang disarankan oleh doktor dan juga pakar kulit. Jerawat reda seketika namun selepas itu muncul kembali. Dia juga banyak mencuba pelbagai produk kosmetik dan ubat ubatan tradisional namun tiada hasil. Jerawat bagaikan tidak mahu surut dan dia hampir berputus asa dengan keadaan tersebut.

Setelah membaca kaedah terkini merawat jerawat menggunakan laser, Fazli datang bertemu saya.

"Boleh doktor jelaskan kepada saya dengan terperinci apakah maksud laser dan adakah ia sesuai bagi mengatasi masalah seperti yang saya hadapi?" tanya beliau.

Saya menjelaskan tentang laser iaitu satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu dan tindakannya jauh ke dalam kulit. Ia mampu mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat.

"Saya banyak mendengar mengenai laser. Di sana sini orang memperkatakan mengenai laser. Adakah semuanya sama?" tanya beliau lagi.

Semua laser adalah tidak sama. Tindakan laser amat spesifik. Jenis laser pun begitu. Ada laser yang sesuai bagi mencerah kulit namun tidak sesuai bagi jerawat kerana ia mengaktifkan sel-sel jerawat pada kulit. Jenis-jenis laser juga ada pelbagai dan penggunaannya haruslah berasas. Para doktor yang mengikuti kursus-kursus laser yang ditauliahkan pasti akan memilih laser terbaik buat pelanggan mereka.

"Laser bagaimana yang sesuai bagi saya?" Tanya Fazli.

Bagi mengatasi masalah jerawat saya menggunakan laser Isolaz yang telah lulus FDA (Food and Drug Administration) bagi rawatan jerawat di pelbagai peringkat. Di Marissa Esthetic penggunaan laser dipilih dengan berhati hati berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami.

Teknologi yang digunakan oleh pengeluar Isolaz dikenali sebagai photopneumatic. Ia menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Tidak ada satu pun laser lain yang mampu menjalankan tugas sebagaimana yang mampu dilakukan oleh teknologi seumpama ini. Sedutannya amat bertenaga dan mampu mengeluarkan semua nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna.

Oleh kerana sifat vakum nya yang handal dan unik, sel kulit langsung tidak terjejas dan kulit tidak rosak sebaliknya kembali pulih dengan cepat. Ini amat bersesuaian sekali bagi rawatan jerawat.

Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Sesetengah krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.

Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga mula pecah akibat daripada cahaya laser. Tindakan laser seumpama ini amat spesifik. Ia mematikan kuman yang tidak mudah dibunuh dengan ubat-ubatan antibiotik semata-mata. Gandingan laser dan antibiotik pasti memberikan kesan yang jauh lebih baik berbanding jika hanya mengamalkan antibiotik.

"Apakah perbezaan antara rawatan laser dan rawatan chemical peeling? Yang manakah yang lebih baik?" tanya Fazli lagi.

Rawatan laser sangat berbeza dengan rawatan chemical peeling yang menggunakan asid lembut atau asid buah-buahan bagi mengupas kulit dan sekali gus memudahkan kuman jerawat dan nanah dikeluarkan. Ia juga membolehkan jerawat cepat sembuh dan merangsang sel-sel kulit kita. Kedua-duanya merupakan rawatan yang baik kerana ia membuat kulit kita menjadi lebih muda dan cantik. Bagi saya, saya akan mencadangkan chemical peeling bagi sesi pertama pertemuan dan diikuti dengan laser selepas dua minggu peeling dibuat. Ini kerana proses peeling memudahkan laser menembusi dengan lebih efektif lagi.

Biasanya selepas chemical peeling cystic nodules yang mengandungi nanah akan mula pecah dan menjadi nipis. Jadi pancaran laser dapat menembusi dan memusnahkan kesemua kuman yang bersembunyi di dalamnya.

Laser juga mengecutkan kelenjar sebum dan mengurangkan radang akibat jangkitan kuman. Selepas laser pelanggan berasa lebih selesa kerana kulit muka tidak berasa sakit. Masalah kesakitan dan keperitan pada kulit amat mengganggu terutamanya remaja yang masih bersekolah. Jerawat yang teruk ibarat bisul kecil pada muka dan kesakitan yang ditanggung akibat bisul-bisul ini amatlah menyiksakan.

Kelebihan yang lain ialah tidak sakit, cepat dan berkesan untuk semua jenis kulit. Berbeza dengan laser jenis lain yang rata-ratanya merengsakan, laser ini tidak menyakitkan. Ia sesuai digunakan oleh remaja dan semua lapisan usia. Ia juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan sangat universal.

Satu lagi kelebihannya ialah ia mencantikkan kulit dengan mengecilkan pori pori. Apabila pancaran laser terkena kulit ia meningkatkan kandungan kolagen dan merangsang sel-sel yang lebih baru dan cantik untuk lebih segar lagi.

4 comments:

Allah Servant said...

assalamualaikum..
saya nak tanya,berapa bayaran utk buat rawatan isolaz?
di melaka ada tak disediakan rawatan isolaz?
utk pengetahuan doktor,saya start ada jerawat dari form 4 and sampai skrg masih tak baik2.saya buntu sgt2..

AristonS said...

berapa umur anda sekarang....dah berkahwin ke belum....

TulipsLover said...

Assalam,

Berapa kos bg rwtn isolaz nie???
Saya mengalami jerawat bisul beserta parut yg agak serius.
Keadaan ini membuat saya rendah diri dan malu dgn rakan2.Untuk makluman saya telah berumur 33 tahun tetapi jerawat yang timbul aktif sangat...sedih saya dengan keadaan ini. Bantulah saya...suami saya juga malu nak keluar jalan2 dengan saya...sedih betul saya dibuatnya...zaman sekarang paras rupa lebih penting...

Ajlaa Hashim said...

Assalamualaikum,
Saya mengalami masalah jerawat seawal 12 tahun. Kini saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya kini berusia 27 tahun. Masalah jerawat saya semakin pulih semenjak menjalani rawatan micro-needling. Jerawat sudah kurang cuma saya mempunyai masalah parut yang agak dalam. Any suggestion on which treatment that is suitable for me?