Bosan apabila memakai baju dan malu apabila melihat perut anda kedepan?
Tiada peluang untuk memakai baju mengikut bentuk badan? Cemburu dengan
mereka yang memiliki perut yang tegap dan cantik seperti model di iklan
televisyen?
Jangan merasa begitu lagi kerana di sini terdapat 6 tips segar untuk
anda kembali ramping dan memiliki perut yang sama rata baik untuk
lelaki ataupun perempuan.
Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.
Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik
beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh
badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana
dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian
perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat
kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun
hijau.
Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari
kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada
waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang
tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan
kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang
menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba
tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya
hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set
makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak
500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba
bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan
wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada
sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan
anda terjamin.
Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu
tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak
berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti.
Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk
merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan
kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu,
perut anda akan kelihatan semakin besar.
Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam
mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula
berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral
sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.
Jangan berulam air ketika makan Seelok-eloknya, jauhi
makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan
perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita
meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses
penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan
mengakibatkan perut kita senang buncit.
Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan
perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding
senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia
rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis
malahan memberikan tubuh badan yang sihat.