Kempen bersempena tahun 2012 ini bukan setakat melibatkan Raja Azura malah menggabungkan pendapat pakar wanita tentang terkucil atau Light Urinary Leakage (LUL) yang bertujuan memberi sokongan kepada wanita Malaysia yang mengalami masalah itu.
"Sejak 2009, kami telah membantu wanita Malaysia memahami bahawa LUL ialah masalah biasa yang boleh ditangani secara berkesan," kata Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Sumeet Parab.
Tambahnya, dalam kempen terdahulu mereka banyak menumpukan kepada peningkatan kesedaran tentang LUL dan pendidikan wanita untuk memahami bahawa terdapat penyelesaian untuk masalah tersebut.
"Tahun lalu, kami memaklumkan bahawa terdapat saluran untuk mereka berkongsi cerita mengenai LUL dan mereka boleh mengawal kehidupan mereka bila menangani masalah LUL dengan cara yang betul.
"Pengetahuan yang diperoleh akan digunakan untuk mengubah tanggapan terhadap LUL supaya mereka yang mengalaminya akan lebih terbuka untuk berbincang," ujarnya ketika sesi memperkenalkan duta baru Poise di Ritze Perdana 2, Damansara Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam satu kaji selidik yang dijalankan Inkontinens Sedunia 2010, Poise mendapati 30 peratus rakyat Malaysia mengalami LUL yang 70 peratus daripadanya adalah wanita, manakala satu daripada empat wanita berusia melebihi 35 tahun mengalami LUL sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Kaji selidik 2011 Poise itu juga mendapati 45 peratus daripada 158 responden segan untuk berbincang masalah mereka dan lebih dari 40 peratus menyembunyikan masalah mereka.
Kempen yang menarik
Sharifah Shahira, yang dilantik menjadi duta Poise sejak tahun lalu menjelaskan, masalah LUL tidak boleh ditangani hanya dengan membawa pakaian tambahan ke mana sahaja anda pergi atau mencari tandas yang terdekat setiap jam.
"Anda perlu mengawal kehidupan anda dengan mengambil tindakan seperti Senaman Kegel yang memang berkesan dan sebagai sokongan, liner dan pad Poise banyak membantu.
"Kebasahan dan bau yang hancing adalah kebimbangan utama bagi mereka yang mengalami LUL dan Poise menangani kedua-duanya pada masa yang sama," jelasnya.
Raja Azura yang menyertai SharifahShahira sebagai Duta baru Poise turut bersetuju bahawa LUL bukan satu masalah yang harus dirahsiakan.
"LUL bukan perkara kecil. Ia menjejaskan keyakinan diri, menjejaskan perancangan harian kita dan boleh mengganggu emosi. Ramai wanita yang terjejas kerana LUL. Inilah sebabnya kami berada di sini hari ini, untuk memberitahu wanita supaya yakin dan mengawal kehidupan mereka sendiri," ujar Raja Azura lagi.
Kempen Kami Juga Mengalaminya akan disebarkan melalui pelbagai saluran antaranya trak mobil di tempat-tempat kunjungan ramai bermula 24 Jun, aktiviti di tempat jualan dan online di mana anda dapat menonton video pendidikan yang menjawab soalan-soalan lazim mengenai LUL.
Terdapat juga buku mini untuk membantu wanita memahami lebih lanjut tentang LUL dan cara untuk menangani LUL dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment