Ini menunjukkan peranan dan tanggungjawab bapa zaman kini semakin mencabar.
Mereka mempunyai peranan besar untuk membina keluarga bahagia dan secara tidak langsung anak-anak yang berjaya.
Itulah cabaran utama membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman serba moden dan dikelilingi teknologi maklumat yang tiada batasnya.
Bagi yang baru bergelar bapa, mereka akan seboleh mungkin meluangkan masa bersama anak. Persoalannya, adakah bapa-bapa pada hari ini boleh melakukannya?
Bagi pelakon dan pelawak, Harith Iskandar, setiap masa yang dihabiskan bersama anak merupakan waktu terbaik berbanding masa dahulu,
"Apabila dia membesar, saya mahu menghabiskan masa bersamanya dengan bermain bola sepak, menonton perlawanan bola yang terbaik dan melakukan aktiviti yang menarik. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, menjadi selebriti dan bergelar bapa amat sukar bagi saya. Saya mencari nama anak saya dalam Google selama tiga hari. Tetapi selepas saya menamakan bayi saya, orang lain di jaringan Internet lebih dahulu menguar-uarkan daripada saya. Sekarang anak saya adalah selebriti dan saya dan ibunya akan berada di belakangnya. Bahkan, dia jugalah pelakon komedi terbaik di rumah kerana dia sentiasa menghiburkan saya setiap hari," ujarnya pada majlis pelancaran kempen Oreo 'Ucapkan untuk Ayah' baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Smart Reader Worldwide Sdn Bhd, Dr. Richard Ong yang memiliki dua anak lelaki berusia 19 dan 23 tahun percaya, komunikasi antara bapa dan anak-anak sangat penting.
"Saya sangat percaya motivasi daripada ibu bapa menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk berjaya apa yang mereka lakukan," katanya.
Pakar Psikologi, Dr. Goh Chee Leong, memberitahu, dengan mengimbangi waktu kerja dan masa untuk keluarga dan aktiviti kegemaran anak-anak, ia dapat membantu mengeratkan hubungan kasih sayang bapa bersama anak.
"Fakta ini dikenalpasti sebagai kebimbangan utama para bapa zaman moden ini. Bapa pada hari ini memainkan peranan penting untuk membantu dan membina keyakinan diri anak-anak. Tetapi saya melihat wujudnya perkembangan baik apabila bapa pada zaman sekarang sudah mula membantu isteri dalam hal menjaga anak-anak. Sebagai bapa, sudah pasti anda tidak boleh menyerahkan tugas menjaga anak seratus peratus kepada ibu mereka. Ini kerana anda juga penentu kebahagiaan dan kejayaan keluarga," katanya.
Dalam pada itu, Oreo ingin mengajak orang ramai menyertai kempen Oreo 'Ucapkan untuk Ayah' dari 4 Jun hingga 31 Julai depan. 100 ucapan paling menyentuh hati akan memenangi hadiah menarik bersama keluarga termasuk percutian istimewa ke Disney World Amerika Syarikat dan New York dan Disneyland Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, layari www.oreo.com.my
No comments:
Post a Comment