Wednesday, March 21, 2012

Masalah ketumbuhan sistem peranakan wanita


SISTEM peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta saluran peranakan.

Namun, ovari dan rahim

merupakan dua bahagian dalam sistem tersebut yang paling selalu mengalami gangguan seperti fibroid, 'cyst' atau sista ovari dan adenomiosis.

Sakit senggugut yang melampau boleh dikatakan antara tanda seorang wanita mempunyai masalah serius pada sistem peranakan mereka.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Ampang, Dr. Suhaimi Isa berkata, ada juga kes mereka yang mempunyai sista ovari atau fibroid tidak didatangi sebarang tanda ketara.

Kebanyakan pesakit hanya menyedari berlaku sesuatu yang abnormal terhadap sistem peranakan selepas melakukan ujian kesihatan seperti pap smear.

Menurut Dr. Suhaimi, gangguan sebegitu ada yang tidak memudaratkan seperti sista ovari yang bersaiz kecil setakat tiga sentimeter sahaja dan tidak memerlukan pembedahan.

Saturday, March 17, 2012

Kekalkan tahap kesihatan


Memasuki usia 30, ramai yang mula mengambil berat tentang isu-isu kesihatan. Mereka akan mula menyedari bahawa diet serta gaya hidup bakal menentukan tahap kesihatan mereka untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.

Sebagai contoh, jika seseorang itu berhenti merokok pada usia 35 tahun, mungkin jangka hayatnya tidak jauh beza dengan mereka yang tidak merokok.

Ramai yang mencapai umur 30 tahun akan mula mengambil makanan tambahan (suplemen) seperti multivitamin, minyak ikan dan vitamin C.

Bagaimanapun dengan tanggungjawab yang bertambah, diet yang tidak menentu dan gaya hidup yang sibuk, suplemen yang diambil sebenarnya belum mencukupi.

Keletihan dan kekurangan tenaga akan terus mempengaruhi kualiti kehidupan seharian mereka.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan penurunan Coenzyme 10 (CoQ10) iaitu vitamin dalam tubuh yang membantu meningkatkan tenaga.

Anemia halangoksigen ke sel badan



Keadaan ginjal yang mengalami kerosakan kronik.


MENURUT pakar-pakar nefrologi, apabila tahap kegagalan pada buah pinggang menjadi semakin teruk, organ itu akan kehilangan fungsi normal. Situasi itu dikenali sebagai Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRF) atau ringkasnya, kegagalan buah pinggang.

Terdapat banyak komplikasi ESRF (dikenali juga sebagai ESRD). Antaranya anemia, hipertensi dan osteoporosis.

Anemia terjadi bila badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup bagi menampung keperluan oksigen untuk semua sel.

Sel-sel dalam badan menggunakan oksigen bagi menukar glukos daripada makanan kepada tenaga.

Bila kekurangan sel darah merah, maka kuranglah kandungan oksigen untuk dihantar ke sel-sel yang memerlukannya.

Tanpa oksigen yang cukup, tisu dan organ badan akan mempunyai tenaga yang kurang bagi menjalankan tugas masing-masing.

Rawatan katarak lebih selamat



Prosedur pembuangan katarak kini memberikan hasil lebih baik dan proses penyembuhan yang cepat kepada pesakit.


Katarak merupakan antara masalah mata yang begitu lazim sehingga setiap orang pasti pernah mengalaminya atau mengenali seseorang yang telah atau sedang mengalami katarak.

Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun. Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata.

Dengan hasil kajian yang berterusan, kini masalah itu lebih difahami iaitu ia sebenarnya kesan dari pelbagai faktor seperti proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, ubat dan sebagainya.

Pada masa dahulu, prosedur rawatan katarak biasanya melibatkan kaedah yang agak menyakitkan dan menggerunkan.

Monday, March 12, 2012

Coklat, tiram, asparagus rangsang seks


SOALAN
SAYA telah berkahwin selama tiga bulan. Masalah saya ialah setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?

- Lulu.

Johor

JAWAPAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas soalan saudari mengenai masalah hubungan seksual suami isteri. Tempoh tiga bulan berkahwin masih muda dan banyak lagi yang saudari dan suami belum ketahui berkenaan hubungan seks. Anda berdua masih dianggap 'Pengantin Baru'. Mungkin masih tidak lambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua yang baharu menjalani gerbang berumah tangga. Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan seks. Klimaks atau rasa seronok ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai orgasma ('orgasm'). Jangan gusar dan yakinlah pada diri sendiri bahawa saudari adalah seorang wanita yang normal. Saudari sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami. Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengar juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan seks suami isteri. Tanamkan semangat yang kental dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Tangani tingkah laku agresif



faktor persekitaran juga boleh membawa kepada tingkah laku agresif. – Gambar hiasan.


TINGKAH laku agresif kerap kali dikaitkan dengan perasaan marah. Marah adalah sebahagian daripada tindak balas normal perasaan manusia tetapi apabila tidak terkawal boleh mengakibatkan kemudaratan serius.

Walaupun perlakuan agresif selalu dikaitkan dengan individu yang mengalami penyakit mental tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan manusia normal.

Dari sudut perubatan psikiatri, agresif adalah sebarang perlakuan yang boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada tubuh badan atau perasaan seseorang mangsa.

Perlakuan ini boleh berlaku dalam bentuk tindakan ganas atau butiran perkataan yang berunsur ugutan jenayah.

Punca

Mereka yang menunjukkan tingkah laku agresif ini biasanya mengalami kecacatan bahagian otak yang dipanggil prefrontal cortex.

Kembalikan deria bau


Hilang deria bau boleh menyebabkan seseorang hilang selera makan. - Gambar hiasan


WANITA ini sangat tertekan apabila tidak dapat menikmati keenakan makanan kegemarannya, ayam belanda. Dia dapat merasakan kekurangan apabila tidak dapat menghidu aroma makanan tersebut.

"Mula-mula hidung saya berair, kedua-dua mata bertukar merah selain batuk tidak henti-henti. Beberapa hari kemudian, gejala tersebut hilang tetapi kemudiannya, saya hilang upaya untuk menghidu," kata Diana Appleyard pada akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Diana merupakan seorang penulis, penyiar dan wartawan bebas majalah dan suratkhabar di Britain.

Sejak dua tahun lalu, Diana menderita hilang deria bau akibat cuaca yang sangat sejuk di Britain.

"Saya tidak dapat makan makanan kegemaran malah mencium bau badan sendiri," katanya. Justeru, dia berjumpa dengan pakar hidung di Hospital Telinga, Hidung dan Tekak Diraja di London, Dr. Glenis Scadding.