WANITA ini sangat tertekan apabila tidak dapat menikmati keenakan makanan kegemarannya, ayam belanda. Dia dapat merasakan kekurangan apabila tidak dapat menghidu aroma makanan tersebut.
"Mula-mula hidung saya berair, kedua-dua mata bertukar merah selain batuk tidak henti-henti. Beberapa hari kemudian, gejala tersebut hilang tetapi kemudiannya, saya hilang upaya untuk menghidu," kata Diana Appleyard pada akhbar Daily Mail baru-baru ini.
Diana merupakan seorang penulis, penyiar dan wartawan bebas majalah dan suratkhabar di Britain.
Sejak dua tahun lalu, Diana menderita hilang deria bau akibat cuaca yang sangat sejuk di Britain.
"Saya tidak dapat makan makanan kegemaran malah mencium bau badan sendiri," katanya. Justeru, dia berjumpa dengan pakar hidung di Hospital Telinga, Hidung dan Tekak Diraja di London, Dr. Glenis Scadding.
Selepas beberapa ujian, wanita itu sebenarnya didapati menghidap masalah hilang deria bau iaitu persepsi bau yang lain daripada sumber sebenar.
"Saya diminta menghidu bau kopi serta herba yang kuat bagi merangsang deria bau," katanya.
Namun, Diana bertuah kerana derita itu hanya dilalui selama dua tahun sebelum dia dapat menikmati semula bau masakan ayam belanda kegemarannya.
Masalah yang dialami Diana bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil. Mungkin ada antara ahli keluarga atau rakan-rakan kita yang mengalami masalah yang sama.
Mereka tidak dapat menghidu bau makanan dan mungkin berada dalam keadaan bahaya kerana tidak dapat menghidu bau kebakaran atau gas dari dapur.
Beliau menjelaskan, dalam hidung manusia terdapat banyak reseptor yang berperanan mengesan bau.
"Reseptor ini akan diaktifkan apabila terdapat rangsangan yang dibawa oleh udara yang disedut. Impuls elektrik ini akan terus bersambung sehingga ke bahagian otak bagi mentafsirkan dan menterjemah apakah jenis bau yang dihidu," katanya.
Menurut Dr. Raymond, deria bau terletak di bahagian bumbung rongga hidung.
Ia diselaputi oleh mukosa hidung yang sangat nipis. "Selalunya aroma yang dihidu dapat menyeberangi selaput ini dan sampai ke kawasan deria bau.
Selepas aroma itu dikesan oleh penghujung deria, mesej tentang aroma ini akan dihantar ke otak melalui saraf olfaktori iaitu saraf deria khusus bagi pembauan," katanya.
Selain anosmia, hiposmia dan parosmia merupakan masalah deria bau yang kerap berlaku.
Hiposmia ialah keadaan seseorang masih boleh menghidu tetapi berdasarkan sumber bau yang kuat seperti durian.
Parosmia pula persepsi bau yang lain daripada sumber sebenar, iaitu seseorang menghidu sesuatu yang majoriti orang lain tidak mempunyai persepsi sedemikian.
Ia boleh disebabkan ketumbuhan polip, kerosakan saraf olfaktori disebabkan oleh kemalangan, barah otak atau barah di kawasan bumbung hidung, infeksi di rongga hidung atau sinusitis.
Selain itu, kekurangan zink dalam badan dan keracunan kadmium daripada telefon bimbit juga boleh menyebabkan penyakit berkenaan.
"Kemalangan yang melibatkan bahagian hidung, tulang pipi dan bahagian tengah muka juga boleh menyebabkan kerosakan saraf bau.
Ia menyebabkan kerosakan struktur dalam hidung seperti bengkok tulang septum (tulang tengah hidung) ataupun saraf olfaktori (mengesan bau)," ujarnya.
Kehilangan deria bau akibat kemalangan kekal selamanya jika jenis dan tahap kecederaan serius kepada bahagian badan tersebut.
Sinus juga boleh menyebabkan mukosa yang menyelaputi deria bau di rongga hidung menjadi bengkak.
Ini akan menghindarkan aroma yang dihidu tidak sampai ke deria tersebut, justeru mengurangkan rasa aroma yang dihidu.
Jika penyakit ini agak kronik, separuh deria bau akan hilang oleh kerana mukosa ini tidak dapat pulih ke keadaan asal atau akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Proses pemulihan mungkin dapat dipercepatkan lagi dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu selepas pemeriksaan yang teliti dilakukan ke dalam rongga hidung dan sinus.
"Ujian itu bersifat subjektif dengan meminta pesakit memberitahu sama ada dia dapat menghidu sumber bau tertentu. Misalnya seseorang diminta menghidu lima jenis bau seperti kopi, campuran cengkih dan kayu manis atau herba-herba," jelasnya.
Tidak seperti ujian penyakit lain, ia sangat mudah dan tidak menyakitkan.
Ujian ini hanya memerlukan bukti adakah aduan bau itu wujud untuk tindakan selanjutnya.
Tambah Dr. Raymond, pemeriksaan endoskop (alat untuk memeriksa bahagian dalam organ yang berongga) dilakukan untuk melihat masalah hidung dengan jelas melalui monitor.
"Satu kamera kecil akan dimasukkan dalam rongga hidung untuk melihat sama ada polip dan sebagainya. Jika tiada sebarang penemuan diperolehi, pakar akan melakukan imbasan berkomputer atau Imbasan Resonan Magnetik (MRI) lebih berkesan," ujarnya.
Mengulas tentang rawatan penyakit ini, ia bergantung kepada punca penyakit.
Kebiasaannya, pakar akan mengkaji sejarah pesakit termasuk sejarah kemalangan, masalah alahan pada diri dan keluarga, serta sakit tulang pipi, dahi dan dalam hidung.
"Jika terdapat polip atau resdung pada hidung, kita boleh melakukan pembedahan. Pada hari ini terdapat kesan pembedahan minimum yang sangat mudah dan tiada kesan panjang untuk pesakit," ujarnya.
Dalam kebanyakan kes, masalah deria bau mungkin bersifat sementara. Rawatan akan diberikan setelah punca sebenar dikesan.
Ia tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain.
Apa yang penting ialah kita dapat mengesan apa yang berlaku pada diri kita dan berjumpa dengan pakar jika mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan deria bau kita.
8 comments:
saya salah seorang yang menderita ketiaadaan deria bau :(
saya hilang deria bau 2 bulan yang lalu.
saya rasa punca adalah daripada kemalangan kecil dan saya juga minum minuman keras.
saya sudah berjumpa pakar namun tidak ada perubahan.
saya takut bila membaca artikel diatas mungkin kehilangan deria bau akan kekal.
sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk berubat....dengarlah nasihat doktor pakar selanjutnya....ini adalah ujian kesabaran...
Sya pun sekarang kehilangan deria bau jgk niii
sy dh lama Hilang deria bau,semenjak gigi depan sy Bermslh.. & selalu bengkak dibahagian Ats Gusi bwah hidung,tmpt yg bengkak Tu sperti ada Nanah..sjak dr ari tu deria Bau sy bermasalah..adakah Mgkin dr Tunjang Gg @ mslah lain?sb Gg depan sy,ad 1 yg caler nya agak lain..contoh syg tergigit makanan dgn gg tu.. esk Nya Msti akan rsa sakit berdenyut & bengkak..mohon pencerahan ..apakah harus sy Lakukan..
Salam... Srkarang dah pulih ke belum tiada deria bau tu.. Di sebab kan apa ya terjadi mcm tu.. Sinus ke
Saya dah 2minggu hilang deria bau..risau sgt2..bile masak ataw menumis xde bau pape...Allahu...seksa nye..mula start dari hidung sprti ade blocking..mcm ade lendir..pg2 mst bersin..
Adik saya pun hilang deria bau sbb excident, sebab tempurung kepala dia Ada darah beku jadi kena operation, slps itu dia hilang deria bau mungkin sbb kesan dari kemalangan tue, doc pun xada jwpn, mungkin dia hilang deria bau kekal atau kuasa Allah suatu hari mungkin dpt bau lagi walaupun agak mustahil kesian juga tengok dia yg risau ASAP rokok atau kebakaran dia tak dpt hidu, dulu dia suka masak tp lps tiada deria bau dia dah tak masak cita-cita dia nak jadi chef pun terpaksa dilupakan.
Post a Comment