Sunday, April 8, 2012

Ibu kesuburan



Kim Fong menerangkan pentingnya penjagaan kebersihan di bahagian feminin.


MENURUT Pengarah Urusan Microviva Marketing (M) Sdn Bhd, Kim Fong, penjagaan kebersihan di bahagian feminin sama pentingnya dengan penjagaan kebersihan mulut yang kedua-duanya memerlukan rutin penjagaan harian tetap.

“Basuhan harian secara luaran saja di bahagian berkenaan tidak mencukupi kerana rawatan juga perlu dilakukan secara dalaman.

“Ramai wanita beranggapan kaedah sembur cuci (douching) vagina adalah perkara terbaik boleh dilakukan bagi menghilangkan bauan tidak disenangi atau mengurangkan lebihan rembesan yang dikeluarkan, tetapi ia boleh mendatangkan keburukan,” ujarnya.

Ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan kadar pH di kawasan berkenaan serta menyingkirkan bakteria baik dan buruk sekali gus menjadikan ia makin teruk.

Bukan penyakit orang tua



Sakit sendi lutut


ARTRITIS sentiasa dikaitkan dengan mereka yang sudah berumur. Tetapi, ramai yang tidak sedar artritis boleh menyerang pada semua peringkat umur termasuk golongan muda dan kanak-kanak.

Tanda-tanda awal biasanya menunjukkan sendi jari yang kaku dan bengkok, kekejangan pada sendi kaki atau bengkak serta benjolan pada sendi tangan.

Namun, orang ramai sering mengabaikan simptom tersebut.

Ini kerana sakit sendi sering dikaitkan dengan proses penuaan.

Hakikatnya, tanggapan ini harus diperbetulkan.

Pakar Ortopedik dan Pembedahan Tulang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, artritis boleh berlaku pada segenap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

“Artritis adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada keradangan pada bahagian sendi. Sendi boleh menjadi merah, bengkak, kejang, panas, sangat sakit dan tidak boleh bergerak,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang, Selangor baru-baru ini.

Kenali keguguran berulang


SOALAN

Dr, saya ingin mengetahui apakah punca keguguran berulang? Adakah seseorang yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan khusus. Sekiranya dia berjaya mengandung, adakah dia perlu berehat atau memerlukan penjagaan rapi.

- Madam G, Johor

Jawapan:

Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku. Ia berlaku dalam lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan kehamilan. Sekiranya seseorang wanita mengalami keguguran, bukan bermakna mereka tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan. Namun begitu, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi sesetengah wanita. Ada dalam kalangan wanita yang berjaya mengandung tetapi mengalami keguguran yang berulang kali.

Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya lumrah hidup. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut maka keguguran ini dikenal sebagai keguguran 'habitual'. Setiap kali wanita ini hamil, pengalaman keguguran yang lepas akan sentiasa menghantui pemikiran mereka. Masalah sebegini sudah tentu memberi impak yang negatif, khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat.

Sunday, April 1, 2012

Masalah mengawal air kencing


Soalan
APAKAH punca seorang wanita sukar mengawal air kencing? Adakah masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah? Saya juga ada mendengar ia berpunca daripada kehamilan, melahirkan bayi, berat badan berlebihan, usia tua dan tabiat merokok. Saya mohon penjelasan lanjut daripada doktor.

- Su, Pahang.

Terima kasih Su, atas soalan yang diutarakan. Masalah untuk mengawal air kencing ini juga dikenal sebagai inkontinens. Masalah ini kerap dialami wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita terlalu malu untuk berkongsi masalah sebegini dengan sesiapa pun, termasuklah dengan doktor. Mereka beranggapan tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebenarnya masalah ini tidak boleh dianggap remeh dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diatasi segera.

Otot lantai pelvis lemah

Makan di luar secara bijak


Pernahkah anda mengira berapa kali anda makan di luar bersama dengan keluarga dalam seminggu? Setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat, kanak-kanak makan di kantin sekolah, manakala pelajar-pelajar kolej melepak dan makan di kafeteria.

Golongan dewasa yang bekerja pula makan tengah hari di restoran dan kedai kopi.

Pada hujung minggu, ramai yang menyertai "fenomena gerai mamak" dengan rakan-rakan dan keluarga. Kadang-kadang mereka akan duduk di gerai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak sehingga awal pagi.

Sibuk

Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong, kebanyakan penduduk di kawasan bandar menjalani rentak kehidupan yang pantas dan sibuk lalu mengalami kekurangan atau tiada masa untuk menyediakan hidangan yang sihat di rumah.

Dua gelas sehari


Kajian Pemakanan Dewasa Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati penduduk negara ini mengambil tidak sampai suku gelas susu pun sehari.

Secara tepatnya mengikut laporan yang disediakan dan diketuai Pengerusi Pusat Kajian Sains Jagaan Kesihatan dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof. Dr. Norimah A. Karim, jumlah yang diambil oleh rakyat Malaysia adalah purata 1/5 gelas susu sehari.

"Ini amat kurang jika dibandingkan dengan Saranan Panduan Diet yang memerlukan individu dewasa minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari.

"Malah satu kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum susu dan hanya 20 peratus yang meminumnya setiap hari," katanya.

Mengapa tidak minum susu? Macam-macam alasan diberikan. Ada yang tidak gemar rasanya, ada pula tidak suka baunya. Paling tidak munasabah, ada yang beranggapan minum susu hanya untuk bayi.

Sunday, March 25, 2012

Waspada turun naik darah



Tekanan darah tinggi yang berlaku pada usia bawah 40 tahun mungkin disebabkan tekanan kerja, makanan tidak seimbang atau gaya hidup yang tidak sihat.


Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada arteri atau pembuluh darah ketika ia dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan.

Ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan bagi tekanan darah normal adalah 120/80 mmHg.

Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik.

Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik.

Masa paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa berehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa tinggi daripada kadar biasa secara berlarutan, seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.