Sunday, April 8, 2012

Ibu kesuburan



Kim Fong menerangkan pentingnya penjagaan kebersihan di bahagian feminin.


MENURUT Pengarah Urusan Microviva Marketing (M) Sdn Bhd, Kim Fong, penjagaan kebersihan di bahagian feminin sama pentingnya dengan penjagaan kebersihan mulut yang kedua-duanya memerlukan rutin penjagaan harian tetap.

“Basuhan harian secara luaran saja di bahagian berkenaan tidak mencukupi kerana rawatan juga perlu dilakukan secara dalaman.

“Ramai wanita beranggapan kaedah sembur cuci (douching) vagina adalah perkara terbaik boleh dilakukan bagi menghilangkan bauan tidak disenangi atau mengurangkan lebihan rembesan yang dikeluarkan, tetapi ia boleh mendatangkan keburukan,” ujarnya.

Ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan kadar pH di kawasan berkenaan serta menyingkirkan bakteria baik dan buruk sekali gus menjadikan ia makin teruk.

Dirumus dengan penggunaan sinergi ekstrak semula jadi dan teknologi mikrobisid (agen yang memusnahkan mikrob) Gaea menggalakkan keseimbangan, pensterilan dan pembersihan saluran pembiakan tanpa kesan memudaratkan.

Gel ‘pelincir’ Gaea ini mengandungi bahan semula jadi aktif seperti ekstrak minyak kelapa , Carrageenan iaitu nutrien ekstrak daripada alga merah, memiliki gabungan asid hyaluronic dan vitamin E .

“Penggunaan produk ini pada mulanya bertujuan meniru pelincir semula jadi badan di bahagian berkenaan bagi membolehkan badan menghasilkan semula bahan ini secara semula jadi,” katanya yang telah menggunakan produk ini sejak 18 tahun.

No comments: