adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto FAIRUZ IZYANA AYUB">
Kes 1
SAYA seorang gadis berusia 21 tahun. Saya sering berasa gatal-gatal pada bahagian bibir dalam dan luar vagina dan setiap kali ia gatal, saya akan menggaru bahagian tersebut sehingga keluar pepejal putih seperti daki dengan banyaknya jika saya menggaru untuk kali pertama.
Kadangkala, bau keputihan saya menjadi lebih teruk kerana salah memilih pencuci sulit wanita.
Kes 2
Saya sudah berumah tangga dan mengalami lelehan cecair putih pada faraj yang menyebabkan ketidakselesaan ketika melakukan hubungan intim.
“Masalah berkaitan dalam wanita sebenarnya sangat penting untuk dibincangkan. Namun, ramai yang menganggap ia sebagai sesuatu yang tabu,” ujar pelakon, Haliza Misbun.
Haliza mahu membuka minda wanita bahawa kesihatan bahagian dalaman wanita merupakan kunci kesihatan dan kecantikan,
Adakah ini rahsia kenapa Haliza masih kelihatan muda walaupun berusia lewat 30-an.
“Sepuluh tahun dulu, saya suka makan. Ketika itu, saya percaya dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berlari dapat menurunkan berat badan dan mengekalkan kecantikan.
Namun, selepas saya diperkenalkan dengan produk reproduktif wanita ini, saya percaya kunci utama kecantikan wanita adalah penjagaan bahagian dalaman wanita,” ujarnya.
Cerita Haliza tentang pengalamannya menggunakan produk penjagaan dalaman wanita yang dikenali sebagai Gaea yang dikeluarkan di Amerika Syarikat itu.
Optimis produk penjagaan dalaman itu bakal menjadi keperluan setiap wanita, tegasnya, sebagai kunci utama kesihatan, ia dapat memastikan sistem imunisasi fokus seratus peratus untuk menjaga bahagian lain kepada tubuh seseorang.
“Jika anda bertanya apakah rahsia kecantikan saya, sudah tentu saya menjawabnya kesihatan bahagian dalaman wanita,” ujarnya sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment