|
|
BETAPA mudahnya para muslimah di negara ini untuk mendapatkan kesejahteraan mental dan fizikal.
Di Santai Suri yang terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor ini menyediakan kemudahan untuk para muslimah mengadakan aerobik dan pelbagai lagi senaman asas yang terbukti baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Bukan itu sahaja manfaat senaman secara umumnya memang telah diketahui begitu banyak dan bagi yang ingin menurunkan berat badan, bersenam adalah salah satu dari caranya.
Instruktor senaman Santai Suri, Juliana Niza, 38 berkata, pelbagai jenis senaman dan aerobik yang ditawarkan di studionya dan semuanya telah diatur mengikut jadualnya di sini.
"Kami mempunyai ahli dari sekitar Bandar Baru Bangi ini yang kebanyakannya terdiri dari wanita bekerja dan suri rumah.
"Menjelang petang dan selepas pulang dari pejabat, mereka terus meluangkan masa kira-kira sejam setengah dua kali seminggu di sini.
"Kebanyakan ahli studio ini mengakui mendapat otot lebih pejal, tidur lebih lena dan memperoleh stamina selepas bersenam secara rutin," jelasnya.
Sempat berkongsi satu teknik senaman menggunakan bola keseimbangan ( stability ball), Juliana berkata, ia adalah satu senaman yang sesuai untuk menguatkan otot, regangan, kekuatan dan membentuk tubuh kepada bentuk yang lebih menarik.
"Ia adalah satu senaman berimpak rendah dan bukan kardio, jadi amat sesuai untuk wanita yang ingin mendapatkan kesihatan dengan cara yang tidak begitu memenatkan," ujarnya.
Antara cara senaman yang dikongsi ialah seperti di bawah.
1) Regangan sisi secara duduk. Senaman ini boleh juga dibuat secara berdiri. Tujuannya untuk menguatkan otot di bahagian tepi badan. Ia amat sesuai dilakukan oleh wanita yang duduk dalam kedudukan yang lama. Tempoh ulangan ialah sebanyak empat kali dengan satu regangan mengambil masa selama cukup satu pernafasan.
2) Untuk membentuk perut dan juga membuang lemak paha. Caranya dengan berbaring dan letak kaki atas bola. Bengkokkan kaki dan golekan bola ke kiri dan kanan beberapa kali. Ini untuk membentuk bahagian badan terutama di kaki dan perut. Ulang langkah sebanyak 12 hingga 15 kali.
3) Plank atas bola yang bertujuan untuk menguatkan otot tangan. Khasiatnya umpama tekan tubi tapi impak lebih rendah.
4) Membuang lemak di perut
Tolak badan ke hadapan, angkat dada, luruskan kaki dan angkat tangan ke paras telinga
5) Menguatkan otot di kaki
Baring di lantai, letakkan bola di celah kaki dan angkat manakala tangan lurus di sisi dan ulangi langkah selama 12 kali.
6) Bangkit tubi yang baik untuk mengempiskan perut. Letakkan bola di atas lantai. Letakkan kaki di atas bola, letakkan tangan di kepala dan angkat kepala dan bahu ke paras dada serta membakar lemak di bahagian bawah perut.
No comments:
Post a Comment