Saturday, April 28, 2012

Daya tahan kardiovaskular


Peralatan cross training antara mesin yang dikategorikan sebagai peralatan asas dan kardio.
NAMPAKNYA berat badan saya semakin berkurang selepas melakukan senaman kardiovaskular," ujar seorang wanita kepada rakannya sebaik sahaja melangkah keluar pintu gimnasium.
Adakah keadaan ini bersifat kekal?
Mungkin ramai yang kurang faham tentang perbezaan serta keberkesanan senaman kardiovaskular (kardio) atau senaman otot.
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga yang diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan.
Secara teorinya, anda akan mendapati berat badan anda menurun selepas melakukan senaman kardio.
Masalahnya, anda tidak tahu adakah keadaan ini disebabkan kehilangan lemak, otot atau air.
Jika berat badan anda menurun disebabkan kehilangan otot atau air, ini bermakna , anda 'tertipu' kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara.
Sekiranya anda berhenti melakukan aktiviti senaman ini, berat badan anda akan meningkat naik dengan cepat.
Justeru, sebelum melakukan sesuatu senaman, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar kecergasan bertauliah. Dengan ini, anda boleh menyesuaikan matlamat anda bersenam mengikut jenis senaman yang tepat.
KecergasanSecara amnya, kecergasan kardio berkait dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori dan aerobik. Ia adalah aspek kecergasan dan asas kepada sebarang aktiviti fizikal. Senaman ini juga boleh mengurangkan risiko individu daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, hipokinetik atau kematian awal.
Komponen dalam kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, salur darah, darah dan otot. Apabila anda mempunyai sistem kardiovaskular yang cergas, anda boleh meningkatkan daya tahan dan produktiviti dalam melakukan sebarang tugas.

No comments: