Saturday, March 2, 2013

Brakiterapi satu lagi rawatan kanser

Brakiterapi satu lagi rawatan kanser

Dr. Muhammad Azrif menunjukkan peralatan yang digunakan bagi rawatan brakiterapi.
SEBELUM ini rawatan kanser hanya dikaitkan dengan kemoterapi dan radioterapi - kaedah biasa rawatan.
Kini terdapat satu lagi rawatan yang menjurus kepada kawasan spesifik diserang sel kanser yang dapat mengurangkan kesan sampingan .
Pakar Runding Onkologi Klinikal, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar berkata, kini pesakit kanser mempunyai pilihan rawatan.
"Brakiterapi yang juga dikenali sebagai benih radioaktif adalah satu lagi rawatan radiasi yang digunakan dalam rawatan kanser," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, brakiterapi adalah satu rawatan yang paling berjaya bagi pelbagai jenis kanser termasuk prostat, pangkal rahim, payudara, kulit, kepala dan leher,endometrium dan tisu lembut sarkoma.

Kulit cantik tanpa parut


MENGUBAH penampilan sama ada melalui potongan rambut, cara pemakaian atau kulit yang lebih berseri, boleh meningkatkan keyakinan diri bagi membantu menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan tanpa berasa terpinggir atau hilang semangat.
Kulit berseri mungkin boleh dicapai melalui bantuan Bio-Oil, minyak penjagaan kulit yang menyihat dan mengembalikan keremajaan kulit dengan menggunakan khasiat ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Minyak ini mengandungi kombinasi vitamin A dan E serta ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti jalendula, kamomil, lavender dan Rosemary serta ramuan istimewa iaitu minyak PurCellin.
Minyak PurCellin menjadikan Bio-Oil tidak berminyak dan t melekit serta mudah diserap ke dalam kulit.
Ini membolehkan vitamin-vitamin dan ekstrak-ekstrak tumbuhan diserap jauh ke dalam lapisan kulit.

Bau badan, atasi segera!


TIDAK kira lelaki mahupun perempuan, apabila rakan-rakan di sekeliling mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa apabila berdekatan kamu atau ada antara mereka yang mula menjauhkan diri secara tiba-tiba, mungkin sudah sampai masanya untuk kamu menilai diri sendiri terutama dari segi penampilan diri.
Mungkin tanpa sedar, tubuh kamu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan yang biasanya dikatakan berpunca daripada bahagian ketiak. Namun ramai yang tidak menyedari bahawa bakteria turut menghasilkan bau di bahagian celah paha, kemaluan dan kaki.
Kekuatan bau yang dihasilkan bergantung pada jumlah peluh yang dikeluarkan kelenjar dan bilangan bakteria pada kulit.
Selain itu, bau badan juga mungkin terhasil daripada bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat pencernaan tidak sempurna.

Tuesday, February 19, 2013

Segarkan mata di spa


MEMILIKI sepasang mata yang cantik adalah anugerah kepada seseorang kerana mata yang bersinar mempunyai tarikan yang tersendiri.
Namun, seiring dengan peningkatan umur selain keadaan persekitaran yang tercemar, menyebabkan wujudnya lingkaran gelap di bawah mata.
Pengurus Gsue Beauty Spa, Maziah Aziz berkata, kesan lingkaran hitam yang terdapat di sekitar bawah mata menjadikan mata nampak layu dan tidak segar.
"Antara faktor wujudnya lingkaran bawah mata adalah waktu tidur yang tidak mencukupi, mengambil makanan yang tidak seimbang dan tidak sihat, selain persekitaran yang tercemar," katanya.
Tambahnya, spanya yang beroperasi di, Tok Yem's Street Mall Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, turut menyediakan rawatan kesegaran mata menggunakan mesin Ultra Sonic.

Suplemen dalam kehidupan


Suplemen selalu diamalkan oleh atlet sukan untuk stamina mereka. - Gambar hiasan
Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari.
Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini.
Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.
Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.
Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Saturday, February 9, 2013

Separuh penduduk dunia gemuk


Pengambilan makanan yang tidak sihat antara punca obesiti.
Obesiti atau berat badan berlebihan bukan lagi masalah individu. Sebaliknya telah menjadi wabak di peringkat global apabila diramalkan lebih daripada separuh penduduk dewasa di dunia mengalaminya dalam tempoh dua dekad akan datang.
Pendedahan terbaru oleh kumpulan pakar dalam bidang kesihatan, nutrisi dan kecergasan mendorong isu itu turut di bincangkan ketika Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland baru-baru ini.
Kumpulan pakar tersebut mengesa agar langkah-langkah segera diambil, bukan hanya sekadar menyalahkan individu-individu terbabit yang tidak bersungguh-sungguh untuk menangani masalah ini.
Mereka berkata, krisis obesiti yang semakin meningkat dan membawa maut perlu ditangani dengan kesungguhan di peringkat pembuat dasar sebagaimana mereka memerangi gejala merokok selama ini.

Lompat tali cara mudah bakar kalori

 

UNTUK kelihatan langsing, pasti ada antara kamu sanggup berhabis untuk membeli pelbagai peralatan sukan menurunkan berat badan.
Tahukah kamu, dengan hanya melakukan lompat tali boleh membakar kalori dengan pantas dan mudah berbanding senaman lain.
Senaman menggunakan tali itu adalah sejenis latihan kardio sederhana yang memberi tindak balas besar kepada tubuh selain dapat menjimatkan wang dan masa.
Dengan hanya melompat tali tanpa henti selama 10 minit, kira-kira 132 kalori dalam tubuh dapat disingkirkan.