Saturday, September 29, 2012

Sakit sendi jejas kualiti hidup


Rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi dan bengkak
LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah osteoarthritis (OA), artritis dan osteoporosis.
Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh manakala osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.
Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.
Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang.

Atasi parut jerawat


Pamela Tan (empat dari kanan) bersama para tetamu pada majlis pelancaran Hiruscar Post Acne di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Meningkat usia remaja, imej di kalangan rakan-rakan terutama dari segi penampilan diri menjadi semakin penting.
Namun usaha tersebut sering digagalkan dengan 'kemunculan' jerawat pada wajah akibat daripada beberapa faktor termasuk perubahan hormon.
Memburukkan keadaan apabila jerawat yang muncul meninggalkan kesan parut yang sudah tentunya menjejaskan penampilan.
Kerisauan tersebut mungkin reda dengan kehadiran gel Hiruscar Post Acne, yang merupakan produk rawatan parut jerawat pertama diperkenalkan di Malaysia.
Pengarah Pemasaran Medinova AG Regional OTC, Pamela Tan, berkata, rumusan tiga dalam satu Hiruscar Post Acne telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.

Hidroterapi ais


Rawatan turut disertakan dengan urutan bagi membantu melancarkan peredaran darah.
pelbagai bentuk rawatan spa diperkenalkan bagi membantu orang ramai memperoleh kesejahteraan tubuh secara holistik.
Antara yang turut mendapat perhatian ialah rendaman ais atau lebih dikenali sebagai hidroterapi ais iaitu salah satu kaedah rawatan alternatif Terapi Getaran Warna (CVT) bagi membantu menguatkan tulang, otot dan saraf pada badan.
Pengasas perubatan alternatif ini, Prof. Emeritus Dr. Norhisham Wahab, percaya bahawa penyakit terjadi akibat berlaku ketidakseimbangan pada sel organ-organ tertentu dalam tubuh.
"Manusia sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit jika ia tidak dikawal dengan baik.
"Punca pelbagai penyakit yang melanda diri seperti lesu, sedih dan murung adalah petanda awal bahawa sistem dalam badan menghadapi masalah

Kemurungan boleh dirawat


Soalan:
SAYA mempunyai seorang rakan yang boleh dikategorikan menghidap kemurungan. Masalah yang dihidapinya bukan sahaja menjejaskan hubungannya dengan keluarga seperti menguruskan suami dan anak-anak, malah merebak kepada rakan-rakan sekerja. Dia menjadi pendiam dan sering syak wasangka pada orang sekeliling. Apakah yang menyebabkan seorang wanita menjadi murung dan apakah kesan kemurungan kepadanya? Adakah ubat antimurung boleh membantu rakan saya?
* Hajar, Kuala Lumpur
JAWAPAN:
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan seharian individu tersebut termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraan seseorang itu.

Mata di ambang 40-an


USIA tidak mampu dihindari. Semakin bertambah angka, pelbagai organ tubuh turut terjejas dan semakin menurun prestasinya.
Jantung, paru-paru dan buah pinggang antara yang terkesan akibat proses penuaan lalu menjejaskan kesihatan malah nyawa.
Bagusnya, orang kita semakin sedar kepentingan menjaga kesihatan dengan melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dan pelbagai lagi.
Namun, pemeriksaan mata kurang diberi penekanan. Tahukah anda, kebarangkalian untuk menjadi buta tanpa melihat sebarang simptom amat tinggi terutamanya mereka yang berusia 40 tahun ke atas?
Glaukoma iaitu kerosakan pada saraf optik antara punca kebutaan yang berlaku secara senyap tanpa menunjukkan sebarang simptom dan sebenarnya ia mampu dirawati jika melakukan pemeriksaan mata lebih awal.

Duta kanser payudara


Sarimah Ibrahim dan Maryati Legori Ibrahim ketika memperkatakan mengenai Pink Charity Run, di Hospital Pantai Klang, Selangor, baru-baru ini.
Fokus kempen tahun ini bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sebaliknya lelaki juga perlu mengetahui tentang penyakit ini pada peringkat awal.
Ini bagi membolehkan mereka membawa ahli keluarga yang terlibat membuat rawatan pengesanan pada peringkat awal.
Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan dengan ahli keluarga yang menghidap kanser, Sarimah berkata, adiknya mula mengetahui menghidap leukemia, sejenis kanser berkaitan darah, ketika usianya 18 tahun.
�Ketika itu dia sedang menunggu untuk melanjut pengajian di universiti. Bagaimanapun dia terpaksa memendamkan niat tersebut kerana kanser yang merebak dalam dirinya sudah berada pada peringkat berbahaya.

Saturday, September 22, 2012

Kembalikan kelangsingan badan selepas bersalin


Wanita yang baru bersalin akan melalui proses berpantang. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut dengan amalan pantang sama ada cara tradisional atau pun moden.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), berpantang atau lebih dikenali dengan post-partum dan puerperium dalam bidang perubatan ialah satu proses yang berlaku selepas seseorang wanita bersalin.Biasanya tempoh yang disarankan adalah 42 hari atau enam minggu. Waktu ini tubuh wanita berada dalam perubahan hormon dan ia amat senang dijangkiti kuman jika tidak dijaga. Selain itu, berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.

"Berpantang memang digalakkan. Cara moden atau tradisional terserah kepada anda. Dalam tempoh enam minggu itu, ibu yang baru bersalin perlu disiplin supaya proses penyembuhan dan juga bentuk dan paksi badan boleh kembali kepada asal.

"Cara moden dan tradisional boleh digabungkan asalkan menitik beratkan soal kebersihan dan tidak memudaratkan kesihatan anda dan bayi. Malah wanita di luar negara turut menjadikan wanita-wanita Asia sebagai rujukan mereka apabila berpantang,"katanya kepada Mingguan Wanita.

Manakala bagi wanita yang bersalin dengan kaedah pembedahan caesarean, gunakan Surgical Binders sebagai bengkung. Alat ini juga boleh dipakai ketika mengandung kerana ia mempunyai fungsi menyokong bahagian belakang anda. Di negara barat, amalan berurut dikenali sebagai 'spa terapi'. Berurut dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Malah, proses berbengkung juga ada kelebihan yang tersendiri.

Selain mendapatkan bentuk badan yang ideal, berbengkung juga dapat mengembalikan struktur asal badan dan sendi yang berubah semasa proses mengandung dan melahirkan anak. Apa yang penting, wanita dalam pantang haruslah menjaga kebersihan supaya kesihatan diri dan anak yang disusukan terjaga.

Penjagaan Dalam Pantang

Sementara itu, Pengamal perubatan tradisional berkata, rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas bersalin untuk kesihatan jangka panjang.

Rawatan berpantang boleh dilakukan sama ada di salon khusus, mengambil pakej rawatan lepas bersalin oleh bidan profesional atau melakukannya sendiri di rumah. Ini kerana, tidak semua orang masih mempunyai ibu untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil ''confinement lady'' ke rumah.

Urutan yang dilakukan sendiri di rumah dengan bantuan suami dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, suami akan lebih memahami keperluan penjagaan isteri semasa berpantang.

Rawatan Pantang Cara Tradisional

1. Langkah pertama adalah mandian herba yang mana air direbus dengan beberapa herba seperti serai wangi, halia, limau purut bagi membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan mood, memberi kesegaran dan membuang angin daripada badan ibu.

2. Urut poin detoks yang boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan suami. Tujuh pusat urutan diurut bertujuan untuk menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah. Lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur dalam tempoh masa lebih kurang 15 minit. Guna minyak urut untuk nyahtoksik/minyak detox (halia)/minyak kelapa dara. Antara poin terbabit adalah belakang leher, bawah ketiak, hulu hati, belakang pinggang, celah kelengkang, pelipat kaki (belakang lutut) dan juga buku lali.

3. Setelah itu lakukan urutan penyusuan susu. Urutan di bahagian belakang payu dara ini memfokuskan untuk melancarkan pengaliran susu ibu. Dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari tetapi sebaiknya beberapa kali sehari. Lakukan dalam masa 10 minit. Urut dalam bentuk pusingan jam di atas payu dara untuk mengurangkan bengkak susu.

4. Langkah seterusnya adalah bertungku. Amalan menggunakan tungku herba membantu menghangatkan badan ibu kerana urat mengembang selepas bersalin. Jika ibu berasa sejuk itu tandanya urat mengembang dan angin mudah masuk. Lakukan selepas mandi pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.

5. Kemudian rawatan tapel perut dilakukan. Tapel adalah campuran kapur dan perahan limau untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisiplin selepas tamat tempoh berpantang, perut ibu beransur kempis. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.

6. Seterusnya berbengkung bertujuan untuk membentuk semula bahagian pinggang dan perut. Ia juga dapat mengawal pemakanan ibu semasa berpantang. Pakai bengkung dua kali sehari, minimum empat jam setiap kali pakai.

7. Akhir sekali adalah rawatan bertangas untuk menghilangkan masalah keputihan, menyahkan bau kurang menyenangkan dan mengetatkan kembali rahim dan vagina. Dalam masa yang sama, bakar arang bersama manjakani dan daun sireh. Proses rawatan bertangas ini dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit minimum sekali sehari.