Wanita yang baru bersalin akan melalui proses
berpantang. Di Malaysia amnya, wanita akan melalui proses tersebut
dengan amalan pantang sama ada cara tradisional atau pun moden.
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), berpantang atau lebih dikenali dengan post-partum dan puerperium dalam bidang perubatan ialah satu proses yang berlaku selepas seseorang wanita bersalin.Biasanya tempoh yang disarankan adalah 42 hari atau enam minggu. Waktu ini tubuh wanita berada dalam perubahan hormon dan ia amat senang dijangkiti kuman jika tidak dijaga. Selain itu, berpantang juga dapat mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum hamil.
"Berpantang memang digalakkan. Cara moden atau tradisional terserah kepada anda. Dalam tempoh enam minggu itu, ibu yang baru bersalin perlu disiplin supaya proses penyembuhan dan juga bentuk dan paksi badan boleh kembali kepada asal.
"Cara moden dan tradisional boleh digabungkan asalkan menitik beratkan soal kebersihan dan tidak memudaratkan kesihatan anda dan bayi. Malah wanita di luar negara turut menjadikan wanita-wanita Asia sebagai rujukan mereka apabila berpantang,"katanya kepada Mingguan Wanita.
Manakala bagi wanita yang bersalin dengan kaedah pembedahan caesarean, gunakan Surgical Binders sebagai bengkung. Alat ini juga boleh dipakai ketika mengandung kerana ia mempunyai fungsi menyokong bahagian belakang anda. Di negara barat, amalan berurut dikenali sebagai 'spa terapi'. Berurut dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Malah, proses berbengkung juga ada kelebihan yang tersendiri.
Selain mendapatkan bentuk badan yang ideal, berbengkung juga dapat mengembalikan struktur asal badan dan sendi yang berubah semasa proses mengandung dan melahirkan anak. Apa yang penting, wanita dalam pantang haruslah menjaga kebersihan supaya kesihatan diri dan anak yang disusukan terjaga.
Penjagaan Dalam Pantang
Sementara itu, Pengamal perubatan tradisional berkata, rawatan berpantang mesti diamalkan oleh ibu selepas bersalin untuk kesihatan jangka panjang.
Rawatan berpantang boleh dilakukan sama ada di salon khusus, mengambil pakej rawatan lepas bersalin oleh bidan profesional atau melakukannya sendiri di rumah. Ini kerana, tidak semua orang masih mempunyai ibu untuk menolong penjagaan semasa dalam pantang atau mampu mengambil ''confinement lady'' ke rumah.
Urutan yang dilakukan sendiri di rumah dengan bantuan suami dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, suami akan lebih memahami keperluan penjagaan isteri semasa berpantang.
Rawatan Pantang Cara Tradisional
1. Langkah pertama adalah mandian herba yang mana air direbus dengan beberapa herba seperti serai wangi, halia, limau purut bagi membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan mood, memberi kesegaran dan membuang angin daripada badan ibu.
2. Urut poin detoks yang boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan suami. Tujuh pusat urutan diurut bertujuan untuk menyahtoksik dan melancarkan peredaran darah. Lakukan sebelum tidur dan selepas bangun tidur dalam tempoh masa lebih kurang 15 minit. Guna minyak urut untuk nyahtoksik/minyak detox (halia)/minyak kelapa dara. Antara poin terbabit adalah belakang leher, bawah ketiak, hulu hati, belakang pinggang, celah kelengkang, pelipat kaki (belakang lutut) dan juga buku lali.
3. Setelah itu lakukan urutan penyusuan susu. Urutan di bahagian belakang payu dara ini memfokuskan untuk melancarkan pengaliran susu ibu. Dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari tetapi sebaiknya beberapa kali sehari. Lakukan dalam masa 10 minit. Urut dalam bentuk pusingan jam di atas payu dara untuk mengurangkan bengkak susu.
4. Langkah seterusnya adalah bertungku. Amalan menggunakan tungku herba membantu menghangatkan badan ibu kerana urat mengembang selepas bersalin. Jika ibu berasa sejuk itu tandanya urat mengembang dan angin mudah masuk. Lakukan selepas mandi pada waktu pagi, petang dan sebelum tidur.
5. Kemudian rawatan tapel perut dilakukan. Tapel adalah campuran kapur dan perahan limau untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisiplin selepas tamat tempoh berpantang, perut ibu beransur kempis. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.
6. Seterusnya berbengkung bertujuan untuk membentuk semula bahagian pinggang dan perut. Ia juga dapat mengawal pemakanan ibu semasa berpantang. Pakai bengkung dua kali sehari, minimum empat jam setiap kali pakai.
7. Akhir sekali adalah rawatan bertangas untuk menghilangkan masalah keputihan, menyahkan bau kurang menyenangkan dan mengetatkan kembali rahim dan vagina. Dalam masa yang sama, bakar arang bersama manjakani dan daun sireh. Proses rawatan bertangas ini dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit minimum sekali sehari.

No comments:
Post a Comment