Ini bagi membolehkan mereka membawa ahli keluarga yang terlibat membuat rawatan pengesanan pada peringkat awal.
Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan dengan ahli keluarga yang menghidap kanser, Sarimah berkata, adiknya mula mengetahui menghidap leukemia, sejenis kanser berkaitan darah, ketika usianya 18 tahun.
�Ketika itu dia sedang menunggu untuk melanjut pengajian di universiti. Bagaimanapun dia terpaksa memendamkan niat tersebut kerana kanser yang merebak dalam dirinya sudah berada pada peringkat berbahaya.
�Pada peringkat awal, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser sehinggalah beliau seringkali demam dan selesema yang tidak baik dalam tempoh yang lama. Selepas membuat ujian darah barulah diketahui bahawa dia menghidap kanser," katanya.
Menurut Sarimah, dalam tempoh tersebut, sokongan dan dorongan dari keluarga amat penting dalam usaha memulihkan pesakit kanser.
Katanya, pesakit kanser akan mudah rasa lemah dan hilang keyakinan diri terutama selepas menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkan keadaan fizikal berubah selain pergerakan juga terbatas.
�Sokongan keluarga yang kuat dan berterusan akan memberi semangat kepada pesakit kanser untuk menjalani kehidupan pada hari yang mendatang," ujarnya.
Sarimah berkata, tanggungjawab sebagai duta ini akan digalas sebaik mungkin untuk mendekati masyarakat dan berkongsi maklumat dengan mereka mengenai penyakit kanser payudara.
�Wanita perlu didedahkan dengan bahaya kanser payudara yang boleh membawa maut jika tidak dikesan pada peringkat awal lagi.
�Kanser payudara boleh dielakkan jika setiap wanita lebih prihatin dan peka terhadap perubahan pada bahagian tertentu payudara mereka.
�Tindakan seperti membuat pemeriksaan sendiri pada bahagian payudara dan mamogram atau MRI payudara pada peringkat awal boleh mengurangkan risiko kanser merebak," katanya.
Ujar Sarimah lagi, sebahagian masyarakat pada hari ini masih mempunyai stigma kurang senang untuk berbincang tentang kanser payudara secara terbuka.
�Mereka masih menganggap apabila bercerita mengenai payudara ia adalah sesuatu yang memalukan dan lebih kepada maksud seksualiti," katanya.
Tambahnya lagi, sempena kempen yang bakal diadakan pada Oktober ini, beliau berharap berpeluang menyampaikan maklumat berkaitan kanser payudara dan menanam kesedaran kepada wanita di luar sana.
�Selain itu, setiap sumbangan wang ringgit oleh orang ramai akan digunakan untuk merawat pesakit untuk mendapat rawatan kaunseling.
�Tambahan, bukan semua pesakit berkemampuan untuk membayar jumlah rawatan kaunseling kerana harganya yang agak mahal," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Hospital Pantai Klang, Maryati Legori Ibrahim berkata, mereka yakin Pink Charity Run adalah platform terbaik memberikan kesedaran tentang bahaya kanser dan menggalakkan wanita membuat pengesanan secara konsisten.
�Mungkin penglibatan dalam masyarkata dengan kempen seperti ini nampak kecil, tetapi peranan ini akan membuat satu perubahan besar kepada wanita," katanya.
Sementara itu, kutipan yang diperolehi daripada program Pink Charity Run 2012 akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) iaitu satu organisasi sukarela bebas yang memberikan sokongan dan kaunseling kepada penghidap barah.
Pengesanan mamogram secara percuma juga akan ditawarkan kepada peserta Pink Charity Run 2012 yang berumur 40 tahun ke atas. - SITI AISHAH YUSOFF
No comments:
Post a Comment