Didiagnosis dengan persistent genital arousal disorder (PGAD) atau masalah kebangkitan berahi berulang-ulang, Kim Ramsey, seorang jururawat dikatakan terpaksa duduk di atas kampit kacang sejuk beku apabila mencapai klimaks tidak berhenti-henti untuk tempoh empat hari.
Media dan pembaca memberi reaksi terhadap masalah Ramsey ini dengan bermain kata-kata yang membawa dua maksud seperti, "Lagi?" New York Post pula seolah-olah mengeluh yang, "sesetengah perempuan dapat semua keseronokan."
Di sebalik keseronokan orang lain membuat lelucon, bagi Ramsey sendiri keadaannya itu bukanlah sesuatu yang boleh diketawakan.
"Orang yang tidak memahami masalah ini menganggap orgasma berganda suatu nikmat tetapi saya sepanjang masa dalam kesakitan.
"Malangnya tidak banyak yang boleh dilakukan dari segi perubatan buat masa ini bahkan kebanyakan doktor hanya menganggap situasi saya sebagai hiperseksualiti atau daya seksual terlampau," katanya.
Ahli ginekologi dan pengasas Institute for Women in Pain di Pennsylvania, Dr. Robert Echenberg berkata, wanita seperti Ramsey sering kali disalah diagnosis atau dipandang remeh oleh pakar sakit puan, yang akan meminta mereka bersyukur kerana lebih baik daripada perempuan yang gagal mencapai orgasma atau puncak syahwat.
"Doktor terbabit bukannya merawat pesakit," katanya.
Menurut Echenberg, PGAD perlu dimasukkan dalam konteks kesakitan pelvis kronik - isu yang dialami pada satu masa oleh 20 peratus wanita dalam umur produktif.
Fenomena ini diperkenalkan ke dalam dunia perubatan dalam satu kajian pada 2001 oleh Sandra Leiblum, pengasas terapi seks moden.
Waldinger dan pakar lain sejak itu merumuskan PGAD sebagai masalah neurologi berpunca daripada saraf pudendal, sel deria penting yang mencetuskan nafsu berahi.
Menurut Waldinger, PGAD berkembang apabila saraf tersebut termampat dan mula 'menembak' secara rambang, menyebabkan saraf dorsal pada clitoris (DNC) wanita itu terlebih pacu.
Akibatnya, wanita yang menderita dengan gangguan saraf ini sepanjang masa merasai berada di ambang berahi.
Dalam keadaan luar biasa, sedikit sentuhan atau pergerakan pada alat sulit dengan cepat membuatkan mereka terangsang.
Bukan sahaja ia akan menyebabkan mereka tidak selesa ketika di bilik mesyuarat atau di dalam kenderaan awam, ia menjejaskan kehidupan seks mereka: kerana orgasma yang sepatutnya puncak nikmat seks menjadi sumber derita.
"Kebangkitan nafsu syahwat yang berterusan tentu sahaja meresahkan dan menyakitkan bahkan membuatkan wanita itu naik angin," kata Waldinger.
Selain kacang sejuk beku, adakah penawar lain untuk wanita yang keletihan ini dan alat genital mereka yang haru-biru? Sesetengah ubat mungkin boleh mengurangkan sensasi tetapi buat masa ini, belum ada rawatan jangka panjang yang berkesan.
Bagi Ramsey, tidak ada apa yang boleh dilakukannya selain berdoa lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka mengalami PGAD tampil menemui doktor agar dunia perubatan dapat memberikan perhatian serius terhadap masalah ini.
- Terjemahan daripada Newsweek 10 September 2012.
No comments:
Post a Comment