Makanan segera dilihat merajai citarasa kanak-kanak malah sehingga orang dewasa yang menjadikannya kegemaran.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008, 25 peratus pelajar sekolah rendah mempunyai berat badan berlebihan dan obes.
Kajian tersebut turut menunjukkan hampir 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi kira-kira dua hingga tiga kali seminggu.
Prihatin dengan keadaan ini, Kempen Makanan Sihat Lady's Choice dilancarkan dengan sasaran mengajar kanak-kanak sekolah rendah akan kepentingan makanan yang berkhasiat.
Menurut Pengurus Kanan Jenama, Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Lenny Chuah, aktiviti utama yang dijalankan adalah Cabaran Resipi Lady's Choice yang mengutamakan hidangan menyihatkan.
Bakal berakhir pada 30 September ini, pertandingan tersebut membuka penyertaan kepada ibu bapa menghantar resipi yang menggunakan produk jenama itu ke laman Facebook Lady's Choice.
Seramai lima finalis yang terpilih akan bertanding memasak secara langsung pada Oktober ini dan pemenang akan memenangi pakej ubah suai dapur yang bernilai RM20,000.
"Kami berharap menerusi cabaran resipi itu, ibu bapa dapat memikirkan resipi istimewa yang cepat dibuat, sedap dan menarik terutama kepada anak-anak mereka.
"Apa yang penting tiada kompromi terhadap kandungan makanan yang menyihatkan," ujarnya ketika ditemui di Dapur Unilever, Menara TM, Bangsar, baru-baru ini.
Terangnya, finalis dipilih berdasarkan kandungan nutrisi, rupa, rasa, keaslian, tempoh penyediaan dan jumlah undian dalam laman Facebook.
Untuk keterangan lanjut, layari www.facebook.com/ladyschoicemalaysia.
No comments:
Post a Comment