Tuesday, December 16, 2008

Cantik tanpa pembedahan

CANTIK selalu menjadi penilaian masyarakat pada hari ini yang sebenarnya terlalu subjektif untuk ditafsir. Kecantikan bukan sahaja meliputi wajah yang memikat tetapi lebih kepada keperibadian yang menawan termasuk aspek kebersihan diri serta sikap yang baik. Sebaliknya pada hari ini, ramai di kalangan wanita tidak menghiraukan penjagaan keseluruhan badan yang sepatutnya meliputi hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Apabila ini berlaku maka wanita hanya memberi tumpuan kepada penjagaan wajah semata-mata sehingga masalah kesihatan badan langsung tidak dihiraukan.

Dalam pada itu, ramai pula wanita yang mangambil cara singkat untuk nampak lebih muda dengan melakukan pembedahan plastik sehingga memberi kesan yang negatif kepada kesihatan diri.

Jika diteliti, wanita yang bijak tidak hanya menjaga kecantikan wajah tetapi turut memberi perhatian serius kepada penjagaan seluruh badan seperti yang disediakan di spa.

Terdapat pelbagai jenis spa yang boleh dikunjungi mengikut keperluan diri. Spa harian menawarkan pelbagai perkhidmatan spa seperti urutan, rawatan kecantikan muka dan rawatan tubuh yang dijalankan dalam sehari.

No comments: