SAYA mengalami rasa tegang dan kejang sendi di jari tangan terutama pada waktu pagi. Sekali sekala saya dapat merasai sendi bengkak dan berasa sakit lebih ketara sejak enam bulan kebelakangan ini. Selepas pemeriksaan, doktor menyarankan untuk memulakan rawatan untuk artritis rheumatoid. Apa yang dapat membantu untuk masalah saya ini?
Jawapan:
Artritis reumatoid (RA) merupakan salah satu daripada penyakit autoimun, di mana sistem pertahanan badan menyerang sel-sel normal pada sendi dan kadangkala bahagian badan yang lain juga. Secara perbandingan, ianya lebih kerap dialami oleh kaum wanita berbanding lelaki.
Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis.
Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kekurangan sesetengah asid lemak perlu.
Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet dan pengambilan suplemen.
Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien yang penting dan mempunyai agen anti keradangan.
Kebolehan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam mengurangkan tindak balas keradangan merupakan mekanisme utama bagi mengurangkan simptom-simptom pelbagai jenis artritis.
Penyelidikan membuktikan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose dapat melegakan ketegangan sendi pada waktu pagi dan bengkak sendi dengan berkesan.
Asid lemak omega-6 dan omega-3 dengan nisbah yang seimbang iaitu 4:1 baik untuk pesakit artritis. Dr. Joseph Pepping dari Honolulu, Hawaii menjelaskan bahawa keseimbangan 4:1 adalah penting kerana omega-6 yang berlebihan boleh menjurus kepada pembekuan darah, alahan dan masalah keradangan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet mencadangkan kemerosotan sendi yang berkaitan dengan artritis boleh diperlahankan dengan pengambilan suplemen.
Ia menjelaskan kenapa suplemen seperti gabungan minyak evening primrose dan minyak ikan dalam nisbah 4:1 bermanfaat untuk merawat artritis.
Selain RA, kajian juga menyokong pengambilan asid lemak ini untuk kesihatan jantung. Kebaikan minyak ikan termasuk menurunkan tekanan darah dan paras trigliserida serta mengurangkan risiko aterosklerosis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment