Saturday, September 10, 2011

Langsing dengan Enzim Booster HCG

SETIAP insan terutama wanita ingin tampil langsing bukan semata-mata untuk kecantikan tetapi juga memastikan kesihatan terjaga. Biar pun langsing tidak bermakna bebas daripada penyakit, namun kegemukan atau obes umpama sengaja menempah penyakit.

Namun tidak semua bertuah dikurniakan tubuh yang langsing. Malah ada wanita berhadapan dengan masalah sukar menurunkan berat badan walaupun telah mencuba pelbagai kaedah.

Dr. Rushmini Maris Ismail yang banyak membuat penyelidikan mengenai metabolisme, enzim, hormon, obesiti dan penyakit tampil dengan formula Marissa Scientific. Dengan kerjasama sebuah syarikat yang turut mengeluarkan produk bertaraf antarabangsa, Marissa Scientific menawarkan keperluan terkini bagi membantu menyelesaikan masalah obesiti yang degil.

Tumpuan produk yang dinamakan Enzim Booster HCG ini adalah kepada lelaki dan wanita yang berusaha mengamalkan diet untuk jangka panjang namun tidak berjaya mendapatkan berat badan ideal.

Pengambilan produk itu sebagai gentian makanan mampu meningkatkan kadar metabolik dan dapat membendung rasa lapar. Apatah lagi rasa lapar yang keterlaluan atau food craving merupakan satu fenomena disebabkan ketidakseimbangan hormon insulin dalam badan. Tubuh seseorang yang obes mempunyai paras insulin yang tinggi. Ini mendorong kepada pengambilan makanan berlebihan. Pengambilan makanan gantian Enzim Booster HCG mengurangkan kadar lapar dan membantu seseorang meningkatkan kadar metabolik.

Enzim Booster HCG mengandungi protein yang terbaik daripada tumbuh tumbuhan, ekstrak beras perang, trigliseride yang diperlukan tubuh, lechitin, L carnitine dan pelbagai vitamin memberi nilai terbaik kepada tubuh. Kesemua komponen ini sangat diperlukan bagi meningkatkan metabolik dan memastikan kesegaran tubuh semasa berdiet.

Produk ini sesuai bagi mereka yang ingin memperbaiki sistem metabolik dan menurunkan berat badan. Ia mudah digunakan sebagai gantian makanan dengan hanya membancuh dengan air suam.

Berminat, kunjungi kami di facebook marissa.aesthetic atau laman web www.marissa-esthetic.com Anda juga boleh hubungi 03- 8723 4808 atau 013- 244 8484.

No comments: