Wednesday, December 19, 2012

Makan coklat pun boleh cantik!


18 Dis - Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.

2. Kulit sentiasa lembap dan segar.

3. Menegang dan menghaluskan kulit.

4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.

5. Mencegah kedutan pada wajah.

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu:

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Oleh itu, usahlah berasa takut untuk menikmati makanan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ini!

No comments: