Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai
banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan
epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat
badan.
Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium,
soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber
serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan
kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah
kulitnya.
Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,
kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum
sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid
dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau
merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal
hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian
letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan
kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Baccarat - The most trusted card game - Worrione
Baccarat worrione is one of the most played card games. The game is played with 3 people and deccasino is played with 2 players. The object of 샌즈카지노 the game is to score a
Post a Comment