Tuesday, March 26, 2013

Faedah memakan buah prun


24 Mac – Dari segi luaran, ianya tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan pemakanan buah prun memberikan banyak faedah kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang terkandung, membuatkannya sebagai salah satu makanan paling berkhasiat di dunia.

Vitamin K yang banyak terkandung dalam buah tersebut mampu membantu menguatkan tulang serta membekukan darah. Di samping itu, serat terlarut dalam prun juga berupaya melambatkan proses penyerapan glukosa dan menstabilkan tahap gula dalam darah.

Disebabkan oleh sifatnya yang kaya dengan bahan anti-oksida yang jarang didapati dalam kebanyakan makanan lain, buah prun berupaya menghindari pengoksidaan kolestrol dalam badan, lantas mencegah plak dari berkumpul di bahagian arteri. Zat kalium di dalamnya juga membantu merendahkan tekanan darah.

Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan buah prun. Serat yang banyak terdapat boleh memberikan rasa kenyang yang membuatkan anda menghindari tabiat memakan terlalu banyak.

Thursday, March 21, 2013

Melebatkan bulu mata secara semula jadi



Bulu mata yang tebal dan lentik memberikan nilai tambah terhadap penampilan seseorang wanita.  Namun tidak semua wanita bertuah untuk memilikinya, kerana keadaan bulu mata dipengaruhi faktor genetik.  Jika bulu mata kita berada dalam kategori ‘biasa-biasa’ sahaja, apa yang dapat dilakukan hanyalah menjaga bulu mata agar ia kelihatan lebih cantik.

"Untuk memiliki bulu mata yang sihat, apa yang paling penting ialah memberi perhatian terhadap pemakanan.  Sebaik-baiknya, makanlah makanan yang mengandungi vitamin E kerana ia bagus untuk kulit selain memperkuatkan rambut," kata Setiausaha Persatuan Pakar Kecantikan dan Pengusaha Salun Indonesia Tiara Kusuma DPD-DIY, Ayu Vembryanto.

Untuk mencantikkan bulu mata, gunakanlah maskara. "Celak atau penggaris mata pula boleh digunakan untuk memperjelaskan bentuk mata," ujar wanita yang juga aktif dalam Persatuan Perias Pengantin Indonesia (HARPI) itu.

Bagaimanakah pula cara menangani masalah bulu mata gugur?

Doktor Antipenuaan dari Universiti Udayana Bali yang juga alumni FK Universiti YARSI, Dr. Merry menjelaskan, pada dasarnya bulu mata juga boleh mengalami kerosakan seperti mana rambut.

"Punca kegugurannya juga sama iaitu sama ada disebabkan oleh faktor radang seperti jangkitan kuman dan kulat, atau pun kerana faktor trauma seperti trauma stres atau trauma mekanik akibat sering terdedah kepada suhu panas. Trauma kerana penggunaan kosmetik seperti memakai maskara yang kurang sesuai juga boleh menjadi penyebabnya," jelas Dr. Merry.

Bulu mata juga boleh gugur akibat faktor retrogresif dan progresif iaitu apabila seseorang terlebih atau kekurangan diet makanan tertentu. Menurut Dr. Merry, masalah keguguran bulu mata ini boleh menjadi semakin parah jika puncanya tidak ditangani.

Sekiranya seseorang mengalami keguguran bulu mata yang teruk,  Dr.Merry menyarankan agar pesakit menjalani rawatan bulu mata retin A atau tretinoin. "Namun, rawatan ini harus dijalankan secara berhati-hati kerana ia berisiko mengakibatkan trauma pada mata.   Sebagai pilihan, kita juga boleh menggunakan vitamin E, lidah buaya (aloe vera), kacang hazel bakar dan minyak zaitun untuk menyihatkan bulu mata," jelas pemilik Spa Kecantikan Terapi Griya itu lagi.

Jelas beliau lagi, bulu mata sememangnya memerlukan penjagaan. Justeru terdapat banyak produk tambahan khusus untuk menebalkan bulu mata seperti zink, selenium, dan vitamin E.

"Untuk melentikkan bulu mata, terlebih dahulu kita harus menjaga kebersihan mata. Jika berlaku jangkitan atau pun gangguan lain, rawatilah ia segera, dan amalkan pemakanan yang mengandungi selenium, zink mahu pun vitamin E," ujar Dr. Merry.

Wednesday, March 20, 2013

Kenapa hidung sering berdarah?



Soalan:
Sejak berusia 5 tahun, hidung saya sering sangat berdarah. Keadaan itu berlaku secara tiba-tiba. Kadang-kadang darah tiba-tiba keluar dari hidung ketika saya mandi. Perkara yang sama berlaku ketika saya berasa sejuk atau terlalu letih dan biasanya saya juga akan sakit kepala. Saya bingung kerana keadaan ini berlaku sejak saya kecil hinggalah sekarang. Saya pernah menjalani pemeriksaan pada ketika usia remaja dan doktor mengatakan tidak ada sebarang masalah serius. Namun bagi saya keadaan ini adalah suatu perkara ganjil. Mohon penjelasan.

Frances, 20 tahun.

Jawapan:

Helo, Frances.

Dalam istilah perubatan, keadaan yang anda alami ini dikenali sebagai Epistaksis.  Tahap keseriusannya boleh jadi ringan hinggalah berat.  Namun 90 peratus kes dapat berhenti dengan sendirinya. Epistaksis bukanlah penyakit, tetapi ia adalah gejala daripada suatu kelainan. Sebanyak 95 peratus pendarahan didapati berasal dari rongga hidung di bahagian depan.

Berikut beberapa punca terjadinya Epistaksis:

Kelainan Setempat Pada Hidung
1.  Kelainan bawaan sejak lahir (penyakit Osler).
2.  Ia disebabkan oleh:
-  Trauma akibat membuang hingus terlalu kuat, mengorek hidung, benda asing, bersin, patah tulang hidung, pascapembedahan dan iritasi bahan kimia.
-  Jangkitan pada hidung dan sinus.
-  Keganasan seperti Hemangioma, Karsinoma.
-  Idiopatik / tidak diketahui puncanya.

Kelainan Sistemik
1.  Tekanan darah tinggi dan kelainan pembuluh darah.
2.  Kelainan darah seperti trombosit terlalu rendah, kelainan pembekuan darah / hemofilia, leukimia.
3.  Jangkitan: Demam denggi berdarah.
4.  Ubat antipembekuan darah.
5.  Perubahan tekanan atmosfera.

Dalam kes anda, terlebih dahulu perlulah diketahui ‘sering’ yang anda maksudkan itu, sebenarnya berapa kalikah dalam sebulan?

Biasanya pada usia anda, hidung berdarah  adalah disebabkan oleh  trauma.

Namun oleh kerana dalam kes anda ini hidung berdarah berlaku secara tiba-tiba, maka penyebab yang lain harus dikenal pasti.  Ia mungkin disebabkan oleh kelainan pembekuan darah atau kelainan pada pembuluh darah pada hidung yang mengakibatkan ia lebih mudah pecah.

Justeru saya mengesyorkan anda menjalani pemeriksaan lanjut bersama doktor pakar telinga, hidung dan tekak (TNT).

Semoga membantu.

Thursday, March 14, 2013

Sarapan jana kesihatan


Ho Hau Chieh (dua dari kanan) bersama Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle, Ng Su Yen (dua dari kiri), Nurul Iliani Ahmad (kiri) dan Pengurus Kanan Penjenamaan Nestle, Ivy Tan Link Cheh (kanan) melakukan pelancaran Hari Sarapan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PENGAMBILAN sarapan pagi bukan saja mustahak, malah pemilihan sajian juga akan mempengaruhi kecerdasan individu.
Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak, memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.
Sajian yang paling sesuai d untuk sarapan adalah yang berbentuk bijirin.
Menjadi peneraju minuman nutrisi di Malaysia, Milo terpanggil untuk menganjurkan kempen Hari Sarapan Malaysia bagi menyemai tabiat mengambil sarapan pagi yang akan menjana gaya hidup sihat dan seimbang.

Wanita banyak sakit mental?


�INI merupakan satu trend yang membimbangkan dan daripada senarai penyakit serius di negara ini, penyakit mental dalam kalangan wanita mencakupi 12.1 peratus berbanding hanya 10.4 peratus yang dihadapi kaum lelaki," jelasnya dalam ceramah bertajuk Perbezaan Gender dan Penyakit Mental, baru-baru ini.
Ceramah tersebut telah dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Wanita Hospital Gleneagles yang dikenali sebagai Women To Women Well-Being Tea Talk yang diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Nor Hamidah berkata, wanita hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan.
Wanita mampu memikul semua tanggung jawab dengan baik dan pada masa yang sama boleh menyeimbangkan tuntutan sebagai isteri, ibu dan ahli kepada masyarakat.
Beliau turut mengambil contoh situasi balu yang suami masing-masing terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

5 horrible things couples do after making love

Many people complain about how they feel unwanted because of their partner's not-so-fun activities after a steaming lovemaking session. But, what exactly is it that they fume about? What is it that turns them off and blows the night into pieces? Are you one of those committing such mistakes and fanning the flames of rage in your partner? Let us take a look.
 
Sleep
Making love can leave you exhausted, and unlike women, men find it challenging to stay awake after a night of passion. But, think twice before you close your eyes and sail away to your dream world. You going off to sleep can make your partner feel unwanted. This will be the biggest goof-up even if you give the best in bed. The safest thing to do is to hold on to your 'we-want-to-sleep' horses and cuddle for a while.


Mad rush to the washroom
Your mad rush to the washroom to clean-up after a crazy love making session is totally understood, especially if you want to stick to your rules of hygiene. However, have you ever thought how your partner would feel, or how you would react if they did the same to you? Your partner might just be secretly wishing for another touch-and-tell session. So, will you gauge before you leap out?


Raiding the kitchen
Raiding the refrigerator while your partner is still in bed is not courteous at all. Not only you ruin your 'it' moment, but also snub your partner's desire to fancy you. In fact, your craving for food seems like you had been thinking about food all the while, even during the time you were making love! Tell us the truth, were you?


Getting the kids in bed
If your kids are sleeping sound in their room, let them. Why dive in to their room and spoil your moment by getting them to sleep with you? Enjoy the post-sex time and just stay in each others' arms. You do enough already by taking care of kids all day long. There is some time you have got to keep for you and your partner whereby you get to role-play and become kids yourself.


Getting back to wearing clothes
You did not take a second either to drop/unzip your pants or unhook your lacy inner wear, did you? So, why make haste in covering up after? Why can't you indulge in the moment and hold each other or sleep in others' arms? The implied meaning of your hastily wearing clothes is that you are done with the night and want some time out. Well, it is better to lie down with your partner discover each others' bodies; you may be on your way to making love again!

Saturday, March 2, 2013

Kahwin kurangkan risiko sakit jantung?

 

SATU kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu, menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun wanita tidak kira berapa usia mereka.
Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin.
Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital juga rendah.
Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002.
Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.