Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak, memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.
Sajian yang paling sesuai d untuk sarapan adalah yang berbentuk bijirin.
Menjadi peneraju minuman nutrisi di Malaysia, Milo terpanggil untuk menganjurkan kempen Hari Sarapan Malaysia bagi menyemai tabiat mengambil sarapan pagi yang akan menjana gaya hidup sihat dan seimbang.
Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu Nestle Products Sdn. Bhd, Hou Hau Chieh berkata, Hari Sarapan Malaysia akan menjadi acara sarapan pagi terbesar pada tahun ini dan merupakan kemuncak kepada pelbagai siri inisiatif yang dilaksanakan melalui kempen Gerakan Nutrisi Milo.
"Sejak kempen tersebut diperkenalkan tahun lepas, rakyat Malaysia kini mula menyertai kami dalam menyampai dan memperkukuhkan mesej yang menggalakkan tabiat pengambilan sarapan pagi.
"Menjadi tanggungjawab kami untuk memaklumkan dan mendidik rakyat Malaysia mengenai pengambilan nutrisi yang betul sebelum memulakan hari mereka," ujarnya
Hau Chieh berkata, berikutan kejayaan kempen tersebut, pihaknya berazam untuk menyentuh dengan lebih mendalam lagi mengenai kepentingan pengambilan sarapan dan menyemai tabiat bersarapan di setiap rumah di Malaysia.
Katanya, kempen Hari Sarapan Malaysia akan disambut pada hari Ahad pertama pada bulan Mei setiap tahun.
"Milo membekalkan sumber tenaga yang bernutrisi dan sesuai untuk rakyat Malaysia memulakan hari mereka.
"Seeloknya pengambilan sarapan disertakan dengan makanan yang seimbang kerana kandungan Protomalt dan Actigen-E yang terdapat dalam Milo berupaya untuk membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari," jelasnya pada pelancaran Hari Sarapan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hadir sama dalam majlis pelancaran, Selebriti Master Chef, Chef Sabri Hassan dan Pakar Nutrisi Nestle, Nurul Illani Ahmad.
Chef Sabri turut menunjukkan cara-cara menyediakan sarapan yang mudah dan pantas tetapi berkhasiat.
Pada masa sama, Nurul Illani pula melengkapkan demonstrasi penyediaan resipi tersebut dengan menyampaikan maklumat mengenai kandungan nutrisi dan manfaat yang diperolehi daripada pengambilan sarapan yang bertenaga.
No comments:
Post a Comment