24 Mac – Dari segi luaran, ianya
tidak nampak begitu menyelerakan tetapi amalan pemakanan buah prun
memberikan banyak faedah kesihatan disebabkan oleh nutrisi yang
terkandung, membuatkannya sebagai salah satu makanan paling berkhasiat
di dunia.
Vitamin K yang banyak terkandung dalam buah tersebut mampu membantu menguatkan tulang serta membekukan darah. Di samping itu, serat terlarut dalam prun juga berupaya melambatkan proses penyerapan glukosa dan menstabilkan tahap gula dalam darah.
Disebabkan oleh sifatnya yang kaya dengan bahan anti-oksida yang jarang didapati dalam kebanyakan makanan lain, buah prun berupaya menghindari pengoksidaan kolestrol dalam badan, lantas mencegah plak dari berkumpul di bahagian arteri. Zat kalium di dalamnya juga membantu merendahkan tekanan darah.
Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan buah prun. Serat yang banyak terdapat boleh memberikan rasa kenyang yang membuatkan anda menghindari tabiat memakan terlalu banyak.

No comments:
Post a Comment