ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya selalu mendengar
sesi temubual Tuan Haji melalui program Melayu di Radio SBS (Special
Broadcasting Services). Dalam program minggu lalu, Tuan Haji ada
menceritakan berkenaan perubatan al-Quran dalam merawati penyakit
kanser dan saya tertarik dengan kenyataan Tuan Haji bagaimana stress
salah satu penyebab kanser. Saya mengidap kanser paru-paru, tahap
empat, sejak tiga tahun lepas. Saya telah menjalani kimoterapi sebanyak
18 kali. Bolehkah Tuan Haji terangkan bagaimana seseorang itu boleh
mendapat kanser? Saya ingin tahu apa kaitan antara stres dengan kanser.
Apa ayat yang boleh saya amal untuk mengurangkan stress dan juga
mengubati penyakit kanser saya. Terima kasih.
n
Puan Lily, Sydney, Australia
Jawapan:
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya, saya dapat
menyebarkan mukjizat al-Quran kepada penduduk Islam di Australia,
melalui program Melayu di Radio SBS setiap Rabu petang. Program ini
khas untuk masyarakat Melayu di Australia. Program wawancara ini
dikendalikan oleh pengacara dan juga penerbitnya, Zaini Ahmad dari ibu
pejabat stesen Radio SBS di Melbourne, Australia.
Seminggu sekali Zaini akan menemubual saya secara lintas lansung
melalui telefon dari Melbourne dalam isu berkaitan perubatan Islam. Ada
masanya pendengar sendiri menelefon melalui program ini dan
mengemukakan soalan kepada saya. Mereka yang menelefon bukan sahaja
masyarakat Melayu menetap di Melbourne atau Sydney, malah dari seluruh
Australia. Soalan yang dikemukakan selalunya mengenai gangguan seperti
saka dan sihir. Kesimpulannya gangguan bukan sahaja berleluasa di
Malaysia tetapi ia popular di Australia.
Merujuk kembali kepada SMS yang saya terima dari Puan Lily, dengan
rezeki Allah beri, saya dijemput oleh Puan Lily untuk datang ke Sydney
pada hari Ahad lalu untuk membuat rawatan. Tiba di Sydney, cuaca sangat
sejuk sebab musim sejuk di benua selatan. Walaupun sudah banyak kali
saya ke Sydney atas urusan kerja semasa saya bertugas dengan Syarikat
Shell dan dengan badan berkanun Suruhanjaya Sekuriti dahulu, ini kali
pertama saya ke sana atas undangan pesakit. Ramai masyarakat Melayu di
Sydney yang terdiri daripada pelajar dan penduduk yang berhijrah.
Saya tidak berhenti bersyukur kepada Illahi atas undangan yang Allah
beri. Kali ini saya datang bukan atas urusan duniawi tetapi untuk
berdakwah berkenaan mukjizat al-Quran dalam aspek perubatan dan
menolong merawat pesakit Islam di benua
Down Under.
Sesungguhnya menyampaikan mukjizat al-Quran adalah satu bentuk dakwah,
hukumnya fardu kifayah. Dari Abdullah bin Amr r.a. bahawa Nabi Muhammad
SAW bersabda: "
Sampaikan dari ku walau hanya satu ayat". (Hadith Riwayat Bukhari)
Berbalik kepada penyakit yang dihadapi Puan Lily, beliau menghadapi sejenis penyakit kanser paru-paru -
Non Small Cell Lung Cancer.
Terdapat ketumbuhan sebesar 19 mm di sebelah kanan paru-parunya. Sakit
kanser paru-paru jenis ini tidak menunjukkan simtom kanser paru-paru
biasa seperti batuk perpanjangan, batuk berdarah, sesak nafas, sakit
dada, cepat letih, hilang selera makan dan penurunan berat badan
mendadak. Beliau mendapat tahu mengenai kanser ini apabila beliau
merasa kelenjar pada leher bengkak. Selepas membuat pemeriksaan doktor
dan imbas CT, didapati kanser itu telah merebak ke bahagian kelenjar
pada dada sebelah kiri dan kanan.
Puan Lily telah menjalani proses kimoterapi sebanyak 20 kali di
hospital Sydney bermula awal tahun 2011. Tetapi sel kanser dalam tubuh
beliau tidak memberi tindak balas positif kepada kimoterapi walaupun
doktor telah menukar ubat kimoterapi sebanyak empat kali. Malah sejak
dua bulan lalu, sel kanser itu telah merebak ke bahagian tulang rusuk
dan tulang belakang. Beliau sekarang sedang menjalani rawatan
radioterapi untuk mengawal sel-sel kanser di bahagian tulang belakang
daripada merebak ke tempat lain.
Ramai pesakit beranggapan proses kimoterapi dan radioterapi boleh
menyembuhkan kanser. Anggapan ini tidak benar terutama jika tahap
kanser sudah sampai tahap tiga dan empat. Dalam pengalaman saya
mengubati kanser, ada pesakit kanser tahap satu, setelah menjalani
proses pembedahan seperti
mastectomy atau
lumpectomy, dan selepas menjalani rawatan kimoterapi dan selang beberapa tahun, mereka mendapat
relapse
atau kanser berulang. Ini membuktikan proses kimoterapi dan radioterapi
hanya boleh melambatkan sel kanser daripada merebak, dan bukan
mematikannya.
Saya sering ditanya oleh pesakit kenapa mereka dapat kanser dan
kenapa ahli keluarga mereka yang lain tidak dapat. Ada yang bertanya
kenapa pesakit lain boleh sembuh tetapi diri mereka masih bertarung
dengan kanser. Memang benar kita kena patuh dengan takdir Illahi.
Segala musibah yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita kena bersabar
atas segala ujian yang Allah beri. Sebab Allah sayang kepada kita sebab
itulah dia menguji kita. Sekiranya kita sabar dan lulus ujian Allah,
mungkin Dia akan naikkan darjat kita di akhirat nanti.
Untuk pengetahuan semua, setiap tubuh badan manusia mempunyai sel
kanser. Sel kanser ini adalakanya hanya diam dan tidak merbahaya kepada
tubuh seseorang. Tetapi kadang-kala sel kanser itu akan menjadi
abnormal dan membiak menjadi satu ketumbuhan yang dipanggil tumour.
Sel-sel tadi perlu membiak berjuta-juta sel untuk menjadi satu tumor
yang besar.
Proses pembesaran tumor ini memakan masa lama, kadang-kala
bertahun-tahun. Ramai di antara pesakit tidak tahu ada ketumbuhan dalam
badan mereka sehinggalah ketumbuhan itu sudah menjadi kanser.
Kadang-kadang tumour itu hanya tumour benign iaitu tidak berbahaya dan
tidak merebak ke anggota badan lain. Tumour yang merebak ke lokasi
anggota lain dipanggil tumour malignan. Ia sangat berbahaya dan
dipanggil kanser.
Stres dan anxietySekiranya tubuh seseorang itu sihat dan mempunyai sistem daya pertahanan diri (
immune system)
yang kuat dengan sendirinya sel kanser yang abnormal dan membiak itu,
akan dimatikan oleh antibodi sistem pertahanan dalam tubuh seseorang.
Ini akan berlaku tanpa kita sedari. Kanser akan terjadi apabila sistem
pertahanan seseorang lemah dan gagal mengawal pembiakan sel kanser
dalam tubuh.
Sistem pertahanan diri akan menjadi lemah jika kita tidak menjaga
kesihatan dengan baik. Untuk menjadikan tubuh badan sihat, kita mesti
melakukan gaya hidup sihat seperti:
n Makan makanan seimbang
n Cukup rehat dan cukup tidur
n Selalu melakukan aktiviti senaman
n Hidup dalam persekitaran udara bersih dan segar
n Tidak terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan kanser
n Tidak merokok
n Tidak minum alkohol
n Kurangkan stres
Yang paling penting kita sebagai umat Islam melakukan apa yang Allah
suruh dan meninggalkan apa yang Allah pinta. Perbanyakkan solat dan
selalu berzikir mengingati Allah. Semua ini ada ditulis di dalam
al-Quran dan hadis. Jika kita lakukan apa yang Allah suruh, Insya-Allah
tubuh badan kita akan sihat dan stres boleh dikawal dan sistem imun
kita jadi kuat. Insya-Allah kita boleh mencegah diri kita daripada
kanser.
Stres dan
anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres
adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi
emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada
stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga,
persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil
peperiksaan, suami curang dan sebagainya.
Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan
memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang
berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk
mendapat penyakit kanser.
Bila kita stres atau mempunyai
anxiety yang tinggi,
metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung
akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan
sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam
darah. Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita
lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh
berasid.
Apa yang mustahak ialah kita mesti tahu bagaimana untuk mengawal dan
mengurus stres. Banyak kaedah moden yang kita tahu untuk mengawal stres
tapi kaedah dalam Islam sungguh mudah. Lakukan solat, berzikir, baca
al-Quran dan berdoa pada Allah. Insya-Allah ini adalah terapi mengawal
stres paling berkesan.
Surah untuk mengawal stres dan mententeramkan jiwa:
l Surah Muhammad dari ayat 21 hingga 32
l Surah Toha dari ayat 120 hingga 135
Surah permulaan untuk menangani masalah kanser:
l Surah Al Mukminun dari ayat 91 hingga 100
l Surah Al Hajj dari ayat 31 hingga 55
l Surah Hud dari ayat 60 hingga 80
l Surah An Nahli dari ayat 90 hingga 110
Ada sebanyak 60 lebih rangkaian ayat yang saya telah kenalpasti
untuk mengubati pelbagai jenis kanser. Semua ini terdapat di dalam buku
saya yang bertajuk "
Perubatan Al Quran Rawatan Kanser" terbitan
Must Read Publication yang ada di dalam pasaran sejak bulan Mac 2013.
Buku ini boleh dibeli di klinik saya di Setiawangsa atau di kedai-kedai
buku utama.
Ingin juga saya berkongsi cerita semasa saya mengubat di Sydney
minggu lepas. Semasa saya di rumah Puan Lily, saya terpandang beberapa
keratan artikel saya di akhbar
Mingguan Malaysia yang dikirim
oleh keluarga Puan Lily dari Malaysia. Alhamdulillah syukur kepada
Allah, rupa-rupanya artikel saya jauh menjelajahi bumi Allah ini.
Terima kasih kepada pihak
Utusan Malaysia kerana memberi peluang untuk saya berdakwah melalui media ini.