Sunday, June 26, 2011

Buang lemak

MASALAH perut buncit dan sembelit adalah kesan daripada cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Ia merupakan satu kesilapan sekiranya anda membiarkan perkara ini terjadi.

Ini kerana perut buncit tidak akan hilang dengan sendirinya malah saiznya akan bertambah sekiranya tidak diberikan rawatan. Perut buncit dan sembelit juga boleh mencacatkan penampilan malah boleh memudaratkan kesihatan.

Oleh itu, pelbagai cara dicuba bagi menyisihkan lemak didalam badan. Masalah lemak banyak terkumpul pada seseorang kerana faktor pemakanan. Ramai yang mengalami masalah perut buncit bukan saja bagi wanita yang telah melahirkan anak malah remaja juga. Ini kerana sistem penghadaman yang tidak betul, sukar membuang air besar dan banyak mengambil makanan yang berlemak.

Dalam pada itu, wanita yang pernah melahirkan anak sering berhadapan masalah perut buncit kerana lemak yang terkumpul semasa proses kehamilan bertambah setelah bersalin. Jika tidak dijaga, perut yang membuncit akan bertambah besar dari hari ke hari. Lebih memalukan jika ada yang tidak secara sengaja bertanya adakah anda hamil. Ada juga yang cuba menutupi perut yang buncit dengan memakai baju yang besar saiz ukurannya. Bagaimanapun, setiap orang pasti akan selesa serta penuh keyakinan dan gembira jika perut yang buncit dapat dikempiskan.

Bagi menyingkirkan lemak berlebihan di bahagian perut, anda boleh mencuba minuman fiber untuk menyahkan toksin dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Hasilnya lemak badan dapat dibakar dengan lebih berkesan agar anda tampil langsing sihat dalam masa yang diinginkan.

Antaranya, sejenis minuman IZ Fiber yerbentuk minuman campuran Organic Apple Fiber. IZ Fiber adalah sejenis minuman yang bertindak membuang lemak berlebihan dan melawaskan pembuangan serta membantu merawat sembelit tanpa cirit-birit.

Pengambilan produk IZ Fiber boleh membantu anda mendapatkan badan yang langsing dan masalah perut buncit tiada lagi kelihatan. Iabegitu efektif didalam mengatasi masalah lemak yang berlebihan.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan dan produk ini boleh hubungi kami di 012-2215942 / 019-3135942 / 03-40225942 atau layari laman web di www.izfiber.com

Guna 'cahaya' rawat luka

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Foto MOHD. NOOR AMIN

Sinaran cahaya Bioptron dipancarkan pada luka.

PERINGKAT awal luka berhampiran buku lalinya kelihatan seperti luka biasa. Namun ada rasa gatal di situ menyebabkan Mustafa Mansor, 60, menggaru luka tersebut. Siapa sangka, luka kecil merebak menjadi besar. Sakitnya tidak terhingga dan berdenyut-denyut menyebabkan dia tidak mampu melelapkan mata.

Bukan setakat merebak, luka yang dialami Mustafa mula bernanah dan mengeluarkan bau - akibat jangkitan kuman. Tentunya sebagai pesakit kencing manis, luka yang semakin merebak dan sakit yang tidak mampu ditanggung menimbulkan kerisauan.

Enggan ke hospital, pada mulanya dia membiarkan masalah tersebut. Namun tidak tahan menanggung kesakitan, dia mula mencari alternatif. Kebetulan seorang sahabat memberitahu tentang kaedah Bioptron bagi merawat luka. Mustafa pantas mencuba. Dia hadir ke Klinik Penawar untuk mengetahui tentang kaedah merawat luka menggunakan 'cahaya' .

Merawat luka di kalangan pesakit kencing manis atau pun mereka yang terlibat dalam kemalangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ada kalanya rawatan mengambil masa berbulan-bulan. Bagi pesakit diabetes, mengalami luka adalah perkara yang paling dielakkan. Ini kerana sekali terluka sukar untuk dirawat. Malah tidak mustahil sampai ke satu peringkat bahagian yang luka terpaksa dipotong lantaran tidak lagi boleh diselamatkan.

Keadaan itu menyebabkan ramai pesakit kencing manis terutama warga emas enggan ke hospital apabila luka menjadi makin parah. Ini kerana bimbang kaki mereka dipotong. Maka hiduplah mereka menanggung kesakitan selain bau akibat luka yang bercampur darah dan nanah. daging yang semakin rosak serta sel-sel mati akhirnya menyebabkan gangren.

Untuk ke klinik swasta, kos membersihkan luka secara asas sahaja boleh dikategorikan sebagai agak tinggi. Membersihkan luka terutama yang telah dijangkiti juga mesti dilakukan setiap hari. Masalah kos, pengangkutan dan masa menyebabkan rawatan luka tidak begitu popular. Ramai pesakit terpaksa membiarkan keadaan menjadi semakin parah, sementara tidak kurang juga yang mencuba rawatan tradisional.

Teknologi perubatan memperkenalkan pelbagai kaedah merawat luka bagi meringankan pesakit selain memastikan kos yang ditanggung tidak terlalu membebankan. Kaedah laser Bioptron Light adalah salah satu daripada kecanggihan dunia perubatan. Kaedah ini mampu menggantikan teknik mencuci luka menggunakan bahan kimia seperti povidone iodin, flavin, dan hidrogen peroxide. Menurut Dr. Mery Menaga, penggunaan bahan kimia semasa proses mencuci luka akan mematikan sel.

''Bukan saja sel kuman dimatikan tetapi sel-sel yang muda dan baru tumbuh (granulation tissue) turut mati,'' katanya ketika ditemui di Klinik Penawar baru-baru ini.

Keadaan itu, menurut Dr. Mery, hanya membersihkan luka pesakit dan bukan merawat atau menyembuhkannya.

Kelebihan Bioptron adalah ia mematikan kuman dengan memecahkan dinding bakteria. Bioptron turut mematikan virus membuatkan luka bersih dan tidak berbau. Pada masa yang sama ia meningkatkan penghasilan granulation tissue yang mempunyai salur darah baru. Selepas tiga hari rawatan, luka mula menjadi merah dan berdarah semula. Ini adalah tanda-tanda bahawa pengaliran darah mula berlaku.

Mustafa yang baru enam kali menjalani rawatan mula mengalami perubahan. Malah rawatan kali pertama berjaya mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

''Saya mampu tidur nyenyak selepas kali pertama menjalani rawatan,'' katanya.

Menurut Dr. Mery, rawatan luka di kaki Mustafa bermula dengan suntikan antibiotik, kemudian sel-sel mati digunting serta dibersihkan. Selepas itu cahaya laser Bioptron ditumpukan kepada bahagian luka selama 45 minit.

Hasilnya, bengkak di kaki Mustafa semakin susut, luka mula mengering dan bau akibat jangkitan kuman juga hilang. Isi di bahagian yang luka mula kemerahan menunjukkan aliran darah di kawasan tersebut mula berfungsi.

Bioptron bukan saja untuk merawat luka akibat diabetes, kesan kemalangan mahu pun ruam selain beberapa masalah kulit termasuk ruam kanak-kanak sesuai dirawat menggunakan kaedah tersebut.

Untuk menjadikan rawatan lebih sempurna, satu lagi kaedah iaitu Negative Pressure Pump juga berkesan untuk merawat pesakit. Menurut Pakar Produk dari Avromedical Sdn. Bhd., John M. Tusam, menggunakan kaedah itu, luka disedut oleh mesin dengan tekanan negatif 25 mmhg. Tekanan yang konsisten dikenal pasti boleh menarik semua kekotoran daripada luka. Menerusi kaedah ini proses pembentukan granulation tissue dapat ditingkatkan membolehkan luka sembuh tiga kali lebih pantas daripada biasa. Ini bermakna luka yang mengambil masa tiga bulan untuk sembuh dicepatkan kepada sebulan sahaja.

Menariknya tentang kaedah ini, peralatan yang digunakan boleh dibawa ke mana-mana dan dipasang di bahagian yang ingin dirawat. kaedah tersebut semakin digunakan secara meluas terutama untuk merawat mangsa kemalangan.

Untuk keterangan lanjut hubungi Poliklinik Penawar di talian 03-87231719 dan 03-31413719.

Senget bila senyum

SEKALI pandang wajah Nur Hanisah tidak ada cacat-cela. Dia seorang gadis yang manis dan periang sesuai dengan statusnya sebagai seorang pegawai di sebuah bank. Gadis ini memiliki sifat ramah dan bijak dalam mengendalikan suasana.

Meskipun baru pertama kali datang ke klinik namun dia mudah mesra dan santai. Dia duduk mengadap lap top sementara menunggu saya .

Dalam pertemuan itu kami berbual mengenai banyak perkara. Dia menceritakan kepada saya keresahan hatinya. Apabila dia ketawa atau tersenyum lebar, dengan tidak semena-mena wajahnya menjadi senget. Atas sebab itu dia terpaksa mengawal keadaan. Senyumnya hanya sedikit dan ketawanya sangat sukar didengar. Dia terpaksa melakukan begitu demi menutup masalah yang dihadapinya. Dia juga mengelak dari bergaul dengan rakan-rakan selepas waktu kerja. Dia juga membataskan aktiviti hujung minggu dan jarang muncul di majlis keraian menjadikan pergaulannya terbatas selain segala aktiviti terhad di tempat kerja.

Baru baru ini dia dikunjungi oleh seorang lelaki yang ingin menjalin persahabatan secara serius. Lelaki itu merupakan teman sekolahnya dulu. Oleh kerana malu dengan keadaan dirinya, maka dia mendiamkan diri dan membiarkan lelaki itu dalam persoalan.

"Bolehkah saya dirawat. Mengapa hal ini terjadi. Mengapa wajah saya terutama bibir menjadi senget apabila saya senyum atau ketawa?" soal Nur Hanisah bertalu-talu.

Pada wajah kita terdapat otot muka yang dikawal oleh saraf muka atau facial nerve. Dalam kes Nur Hanisah, dia mengalami masalah hemifacial spasm iaitu satu keadaan di mana otot dan saraf pada satu belah muka menjadi lebih sensitif dan lebih mudah teruja apabila dirangsang. Impuls elektrik yang melalui otot dan saraf sangat laju dan kuat berbanding sebelah lagi menjadikan satu rangsangan yang tidak seimbang. Apabila ini berlaku maka otot pada sebelah yang dirangsang kuat akan ditarik dengan lebih kuat menjadikan keadaan wajah tidak sama simetrinya.

Suntikan BTA boleh memulihkan masalah ini. BTA atau Botulinum toksin type A merupakan satu jenis toksid yang membanyu merehatkan otot. Apabila suntikan BTA dibuat otot akan direhatkan. Ini membantu aktiviti otot yang berlebihan dikawal. Sejak dahulu lagi BTA digunakan di hospital bagi merehatkan otot. Antara penyakit yang memerlukan otot direhatkan adalah masalah otot spastik yang berlaku kepada mereka yang mengidap cerebral palsy. Stimulasi saraf yang kuat membuatkan otot menjadi tegang dan keras. Ia tidak boleh dibengkokkan sehingga sukar untuk menseimbangkan badan. Dengan BTA otot menjadi longgar dan boleh direhatkan semula.

Dalam perubatan estetik aplikasi BTA bukan sahaja untuk rawatan penegangan otot tidak terkawal namun ia juga penting bagi merehatkan meseter iaitu otot pada pipi. Mereka yang tidak suka dengan bentuk muka kembang pada pipi boleh mengubahnya menjadi kecil dan tirus. Otot pada kening juga boleh direhatkan dan hasilnya kedutan pada kening akan hilang. Begitu juga kedutan pada tepi mata yang sering disebabkan oleh pengecutan otot. BTA juga mampu menghilangkan kedutan di situ.

Dewasa ini terdapat pelbagai jenama BTA seperti Dysport, Botox dan Neuronox. Di luar negara juga terdapat pelbagai jenama BTA yang bagus dan mudah digunakan.

Suntikan BTA mampu bertahan selama enam sehingga lapan bulan, bagi sesetengah orang ia mampu bertahan selama lebih setahun. Ini bermakna kekerapan suntikan dapat dikurangkan dan dibuat mengikiut keperluan sahaja.

Biasanya BTA tidak mempunyai banyak komplikasi dan mudah diatasi oleh doktor yang berpengalaman. Malah pengalaman merupakan sesuatu yang paling penting apabila seorang doktor menyuntik BTA. Ini kerana tidak ada dos yang tepat melainkan daripada pengamatan dan pengalaman seseorang.

Biasanya dos yang rendah dipilih bagi suntikan kali pertama dan menambah dos pada pertemuan kedua, dua minggu selepas suntikan pertama. Pertemuan kedua dinamakan revision atau touch up. Perjumpaan penting bagi mengurangkan komplikasi dan memastikan hasil yang tampak sempurna. Ada doktor menggunakan ais semasa suntikan bagi menyejukkan kawasan yang mahu disuntik. Penggunaan ais kebiasaannya disukai oleh pesakit kerana mereka berasa selesa dan kesan lebam juga akan berkurangan dengan cepat.

Bagi yang sudah melakukan BTA tentu berpuas hati dengan hasilnya. Kedut-kedut yang tidak diingini di dahi akan hilang dan mata juga akan terbuka lebih luas. Sudah tentu wajah tampak lebih muda dan segar. BTA sesuai dilakukan oleh semua golongan usia.

Penulis boleh dihubungi di 03-87234808 dan 0132448484.

Bell’s palsy bukan strok

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto SITI ASMAD MAMAT (Pelatih Unimas)

Belum ada kajian khusus mengenai rawatan akupuntur dalam merawat Bell’s palsy, namun pesakit boleh mencuba andai bersesuaian dengan diri.

SUATU petang sekitar penghujung tahun lalu, Azman Anas, 49, tiba-tiba terasa sebahagian mukanya kebas. Keadaan itu berterusan hingga ke malam. Namun disebabkan tiada perkara serius yang berlaku pada wajahnya, lelaki itu tidak menghiraukan.

Sehingga dia bangun keesokan paginya, alangkah terkejut Azman apabila mendapati kelainan pada sebelah wajahnya.

“Saya terperanjat apabila bangun mendapati wajah sebelah kiri seperti terjatuh. Bibir terjuih, begitu juga dengan pipi dan mata pula sukar dikerdip atau ditutup rapat,” kata beliau.

Risau dengan apa yang berlaku, tanpa berlengah dia terus berjumpa doktor pada pagi itu juga. Setahu Azman, sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang penyakit sama ada tekanan darah tinggi mahu pun diabetes. Dia mula menyangka itu mungkin petanda serangan penyakit tersebut.

Mungkin kurang terdedah dengan keadaan sebegitu, doktor yang beliau temui terus merujuk kepada pakar saraf kerana menyangka ia petanda serangan strok.

Azman agak kesal kerana doktor tersebut tidak menjalankan sebarang ujian untuk mengesahkan jenis penyakit sebaliknya terus merujuk kepada pakar.

“Mungkin benda sudah hendak jadi, pakar pula bercuti ketika itu menyebabkan kes saya tertangguh hingga hampir dua minggu. Dalam pada menanti keputusan, saya mencuba pelbagai jenis rawatan alternatif dan kemudian barulah saya disahkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.

Sebelum disahkan mengalami penyakit itu, salah seorang saudaranya yang merupakan doktor merasakan beliau mengalami Bell’s palsy.

Sehari selepas mukanya menjadi herot dia terus menjalani rawatan bekam kerana merasakan ia berkaitan dengan saraf. Namun dia tidak mampu bertahan dengan rawatan tersebut yang katanya sangat menyakitkan. Dia juga menganggap itu antara kesilapan besar menyebabkan tempoh pemulihan menjadi lebih sukar.

Baginya, pengamal bekam mungkin kurang pengalaman dan pengetahuan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Disebabkan ingin cepat sembuh dia mengikuti saranan demi saranan namun semuanya hanya memburukkan keadaan. Dalam pada itu, dia terus mengambil steroid yang diberi doktor namun dia mengalami sakit di bahagian perut yang teruk.

“Saya tidak ada pilihan, terpaksa juga meneruskan pengambilan steroid kerana ia menunjukkan sedikit peningkatan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Azman turut menjalani fisioterapi. Terapi menggunakan kuasa elektrik itu katanya walaupun secara perlahan, namun menunjukkan peningkatan.

“Saya nasihatkan kepada mereka yang mengalami, jangan berlengah mendapatkan rawatan dan jangan cepat terpengaruh dengan pendekatan alternatif kerana ia belum tentu menyembuhkan,” katanya.

Apa itu Bell’s palsy?

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-

tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan petanda

Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.

“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.

Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Rawatan

Menurut Dr. Loganathan, hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi kata beliau, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.

Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas,” katanya.

Beliau menasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral, kata Dr. Loganathan.

Beliau turut menyarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

Pembedahan

Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejasPembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan alternatif

“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.

Namun Dr. Loganathan tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, beliau tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.

Lasik membetulkan masalah mata

Oleh ZUHAYATI YAZID

Dr. Lee Mun Wai mengetuai prosedur Lasik ke atas seorang pesakit.

BAGI Chan Wai Yin, 65, dunianya bagaikan kembali terang selepas hampir berpuluh tahun hidup dalam keadaan kelam.

Sebelum ini, kemana sahaja dia pergi, cermin mata adalah sahabat paling setia yang menemaninya ke mana sahaja.

Namun selepas mendapat tahu mengenai rawatan laser mata dia terus membuat pemeriksaan lanjut untuk melakukan rawatan tersebut.

Selepas dua jam, kehidupan terus berubah. Malah penglihatan juga semakin terang tanpa memakai kanta lagi.

Beliau merupakan antara pesakit terawal di Asia yang membuat rawatan laser mata menggunakan kaedah pembedahan Lasik (laser assisted in situ keratomileusis) terpantas di dunia, Wavelight Refractive Suite.

Menurut Pengarah Pusat Perubatan Mata Lee (LEC), Dr. Lee Mun Wai, rawatan Lasik adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh).

Tambah beliau lagi, teknologi moden dari Jerman itu berkesan dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada memakai cermin mata dan kanta mata lekap.

Katanya lagi, prosedur rawatan adalah cukup pantas dan diyakini selamat.

Malah ia tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik.

"Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit saja,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.

Dengan menggunakan kaedah ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah mereka.

"Lasik adalah pembedahan yang selamat. Mata seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata, kelengkungan kornea dan ketebalan kornea bagi memastikan ia layak menjalani pembedahan ini,'' jelas Dr. Lee.

Bagaimanapun, sebelum melakukan rawatan itu, satu gelang khas dimasukkan supaya menstabilkan kornea dan menyediakan mata untuk pembedahan.

"Dalam rawatan ini bentuk kornea dibetulkan supaya penglihatan pesakit menjadi lebih jelas. Sebab itu, rawatan ini dilakukan dalam keadaan pesakit sedar,''ujarnya lagi.

Sehingga kini, orang ramai masih lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur itu kini jauh lebih canggih tanpa perlu merasakan sakit dan pedih.

"Seseorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan selalunya bimbang tentang risiko yang perlu ditanggung tetapi melalui lasik Wavelight Reractive Suite bukan sahaja mengurangkan komplikasi serius tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah,'' terang Dr. Lee.

Katanya lagi, rawatan itu juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu.

Ini membolehkan doktor yang merawat memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.

Katanya lagi, antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza.

Selain itu, ia juga mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur, malah FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas dan mampu mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.

Dalam pada itu, EX500 ialah laser eksimer paling pantas dalam pasaran dan boleh merawat 1.0 diopter (100 darjah kuasa cermin mata) hanya dalam masa 1.4 saat.

"Menerusi teknologi terbaru dari Jerman ini, saya yakin bahwa hasil keputusan daripada prosedur pembedahan yang lebih efisien dan efektif ini, ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih prosedur rawatan penglihatan melalui Wavelight," ujar Dr. Lee.

Rawatan Apnea tidur

SOMNOGUARD sebelum dan selepas diubah suai mengikut saiz mulut pengguna .

BILA disebut mengenai tidur, pasti anda terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan serta membolehkan fungsi sistem badan diseimbangkan semula sebelum bermula hari baru keesokannya.

Tetapi sedarkah anda perkara sebaliknya yang berlaku dan waktu tidur mungkin menjadi tempoh paling berbahaya kepada badan anda.

Tidur dan dengkur kini makin menjadi kebiasaan dan diterima ramai sebagai satu perkara yang normal di kalangan lelaki dan wanita.

Tanpa mengira punca daripada berat badan berlebihan, diwarisi daripada ibu bapa atau masalah struktur salur pernafasan, terlalu ramai yang mengambil ringan masalah dengkur dan tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Masalah dengkur hadir dalam dua bentuk iaitu dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara dan tidak berbahaya.

Jenis kedua adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya.

Dalam pada itu, kajian menunjukkan statistik dengkur di kalangan lelaki mencecah 32 peratus dan 14 peratus di kalangan wanita.Menurut Persatuan Dengkur dan Apnea British, berjuta pasangan yang mengalami masalah dengkur terbangun setiap dua jam setiap malam.

Nafas terhenti

Dengkur kuat bermakna anda berisiko tinggi menghidap apnea tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA).

Penghidap OSA akan mengalami nafas terhenti antara 10 hingga 60 saat setiap kali, sehingga 400 kali setiap malam.

Penghidap OSA juga mungkin akan beberapa kali terjaga secara tidak sedar setiap malam akibat tidak dapat bernafas.

Mereka juga selalunya berada dalam keadaan separa sedar dan biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.

Bunyi dengkur ini akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup).

Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain.

Menurut Bekas Setiausaha dan Bendahari Kehormat Persatuan Farmasi Malaysia, Yap Ming Tian, mereka yang menghidap OSA juga akan berasa letih selepas bangun tidur, berasa sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.

"Kekurangan oksigen, terutamanya ke otak bukan sahaja boleh membawa kepada masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan.

"Oleh itu, anda perlu faham bahawa kitaran tidur, dengkur dan OSA ini amat berbahaya dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Selain OSA, terdapat juga jenis apnea lain seperti apnea tengah di mana otot dada dan diafram berhenti bergerak seterusnya menyebabkan nafas terhenti serta apnea campuran yang juga dikenali sebagai Apnea kompleks di mana penghidap mengalami kedua-dua OSA dan juga apnea tengah.

Bilangan kes OSA adalah yang paling tinggi iaitu lebih 84 peratus, 0.4 peratus untuk apnea tengah dan 15 peratus lagi adalah kes apnea campuran.

Selain itu, masalah hypopnea adalah satu lagi masalah berkait rapat dengan apnea iaitu keadaan di mana terdapat penurunan sehingga 50 peratus jumlah udara yang masuk ke paru-paru dalam setiap nafas.

Mengimbas kembali, Ming Tian menceritakan bagaimana dirinya menderita bertahun-tahun lamanya akibat OSA.

"Saya berdengkur dengan kuat akibat OSA sehinggakan pernah berlaku saya langsung tidak boleh bernafas, terjaga daripada tidur dan terpaksa mengejutkan isteri untuk membantu.

"Rasa mengantuk yang amat sangat ketika memandu pula menjadi satu kebiasaan akibat tidur yang terganggu, sehinggakan pernah tertidur untuk beberapa saat di dalam kereta," katanya.

Beliau cuba mengamalkan meditasi pagi untuk mengatasi rasa letih dan mengantuk ini tetapi itu tetap tidak membantu masalah OSA yang dihadapinya.

"Pernah terjadi saya merasakan seperti terapung selepas terjaga dari tidur. Saya juga selalu merasakan tekanan pada bebola mata dan amat letih selepas bangun tidur," ujarnya.

Hasil penyelidikannya, Ming Tian mendapati ramai tidak menyedari masalah apnea tidur kini telah menjadi kebiasaan dan jumlahnya mungkin sama banyak dengan diabetes golongan dewasa.

Rawatan terkini OSA

Masalah OSA Ming Tian berlanjutan sehingga beliau melawat anaknya yang merupakan seorang doktor di London pada awal 2007.

Ketika tertidur, beliau mula berdengkur dengan kuat dan tidak lama kemudian tiba-tiba terjaga secara menyentak.

Anaknya yang terkejut membuat diagnosis beliau menghidap OSA dan memperkenalkannya kepada sejenis alat baru yang mungkin dapat membantu dikenali sebagai SomnoGuard.

SomnoGuard merupakan sejenis alat menggerakkan mandibular (MAD) iaitu sekumpulan alat-alat untuk menggerakkan tulang rahang bawah ke depan supaya selari dengan rahang atas.

Ini akan menggerakkan tisu dan lidah yang sering menghalang salur pernafasan ke depan dan membuka semula laluan udara ketika tidur.

Pertama kali menggunakannya, Ming Tian mula berasa lebih segar selepas bangun dari tidur dan dapat membiasakan diri memakai alat ini selepas seminggu.

"Saya kini berasa lebih segar selepas tidur untuk lima atau enam jam. Alat bantuan seperti MAD sangat popular di Eropah kini sebagai rawatan alternatif untuk masalah OSA.

"Dengan membuka semula laluan udara dan mengelakkan halangan terbentuk semula ketika tidur, pengguna MAD juga kurang atau tidak lagi berdengkur," jelasnya.

Alat terbaru MAD, SomnoGuard AP juga boleh digerakkan ke sisi bagi membolehkan pengguna berbaring di sisi atau bagi mereka yang mengeritkan gigi sewaktu tidur.

Alat ini juga meninggalkan ruang di belakang lidah bagi membolehkan udara keluar masuk secara semula jadi dan tanpa paksaan sepanjang malam.

Tambahnya, terdapat banyak cara rawatan tetapi adalah lebih baik untuk memilih cara yang merawat punca masalah halangan salur pernafasan berlaku.

Untuk maklumat lanjut mengenai alat MAD atau SomnoGuard, sila layari laman web www. panmedic .com.my atau hubungi PanMedic Sdn. Bhd. di talian 03-79543622.

Saturday, June 18, 2011

Tubuh badan langsing

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

RAMAI di kalangan masyarakat Malaysia kini berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Sesetengah masyarakat pula membuat tafsiran salah tentang kegemukan ataupun masalah berat badan akibat lemak berlebihan.

Lemak sebenarnya diperlukan untuk ditukarkan kepada tenaga bagi memastikan anda kekal bertenaga untuk kerja seharian.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang mempunyai berat 85 kilogram yang mempunyai 10 peratus lemak di dalam badan hanya memerlukan 7 peratus daripada jumlah lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Lemak tersebut mempunyai berat sebanyak 5500 gram dan kalori sebanyak 49,500 kalori, di mana sembilan kalori per gram sudah pun mencukupi untuk berlari sejauh 100 batu.

“Seseorang yang mahu kurus tidak semestinya perlu mengikat perut semata-mata mahu membuang lemak dalam badan. Secara teorinya, semakin sedikit jumlah lemak dan karbohidrat yang diserap maka semakin kurang jumlah kalori yang perlu dibakar. Jika tubuh mempunyai kalori yang rendah bermakna tidak wujud peningkatan berat badan.

Malah, apabila wujudnya pengambilan kalori yang rendah, tubuh akan mula membakar simpanan lemak bagi memperoleh lebihan kalori yang diperlukan. Bermakna, seseorang itu akan mula turun berat badannya. Lebih menarik, kesan sesuatu produk seperti Body B'utee keluaran Sun Fabulous akan lebih ketara apabila individu itu melakukan senaman,” jelas Pakar Runding Produk Perubatan dan Estetik Sun Fabulous, Dr. Aidil Azry Mokhtar.

Menurut Dr. Aidil, Body B’utee mengandungi lima bahan makanan yang diperlukan oleh badan.

Antaranya, strawberi yang mengawal kandungan gula dalam darah, sumber Vitamin C, membantu membanteras diabetis dan meningkatkan metabolisme badan.

Selain itu, soya yang tinggi protein dapat mengawal selera makan manakala spirulina membekalkan nutrisi ketika lapar.

Dr Aidil menambah, produk penjagaan berat badan ini mengandungi enzim buah-buahan yang bertindak sebagai anti oksida dan memberikan tenaga. Tidak ketinggalan kandungan oat yang tinggi fiber mampu memberikan tenaga.

Berbeza dengan produk lain di pasaran, Body B’utee tidak menghalang para penggunanya untuk mengurangkan atau menggantikan pemakanan seharian mereka.

Ini kerana produk formulasi Jepun ini akan bertindak secara automatik mengurangkan selera makan dan membantu membakar lemak daripada dalam. Namun, pihak Sun Fabulous sentiasa menasihati pelanggan supaya mengambil pemakanan seimbang dan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk gaya hidup sihat.

“Bukan itu sahaja, keputusan ujian yang kami lakukan amat mengagumkan dan walaupun tubuh badan manusia mempunyai kadar metabolisme berlainan, Body B’utee dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan anda, “ ujar Dr. Aidil.

Lebih yakin

Dalam pada itu, testimoni Body B’utee, Budiman Hamid, 34 tidak menyangka dengan mengambil produk ini, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 97.1 kilogram kepada 85 kilogram.

“Semuanya berlaku secara tidak sengaja kerana saya susah hendak mempercayai produk herba-herba kerana takut ada kesan sampingan. Sebelum berkahwin saya memang mempunyai berat badan yang seimbang tetapi faktor gaya hidup dan kesibukan bekerja, berat badan saya naik mendadak. Kebetulan saya jarang bersenam dan susah hendak membuang air besar,” ujarnya.

Suatu hari, seorang kawan Budiman mengajaknya ke syarikat Sun Fabulous untuk mencuba produk kesihatan yang baru.

Selepas mencubanya, dia merasakan perbezaan. Rasanya yang enak menarik perhatian Budiman mencubanya secara tetap sejak Februari lalu.

“Alhamdulillah, kesannya memuaskan kerana badan saya berasa lebih ringan dan perut saya tidak lagi keras. Kini saya lebih yakin kerana saya mampu mendapatkan tubuh badan yang diidamkan seperti remaja dahulu,” katanya yang mahu melindungi diri daripada penyakit kencing manis, darah tinggi dan ghaut.

Lelaki perlu jalani pemeriksaan prostat

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SEMPENA sambutan Hari Bapa hari ini, tentunya pelbagai cara tersendiri dipilih untuk meraikannya.

Apa kata pada hari istimewa ini kita mengajak bapa melakukan pemeriksaan kesihatan. Mungkin dalam usianya yang meningkat, dia mempunyai penyakit yang tidak diketahui.

Bagi anda yang tidak pernah dengar tentang prostat, hari ini anda perlu memberi kesedaran kepada insan yang bergelar bapa bahawa statistik penyakit tersebut kian meningkat.

Prostat sering dipandang remeh dengan alasan bahawa simptom-simptomnya hanya hanya berkaitan orang tua.

Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.

Manakala purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun.

Bagaimanapun, disebabkan kelenjar prostat mengalami pengembangan dan perubahan dari tahap baligh lagi, adalah digalakkan agar lelaki berumur 50 tahun ke atas menjalani pemeriksaan saringan kanser prostat setahun sekali.

Bagi kaum lelaki yang mempunyai sejarah kanser prostat di dalam keluarga, mereka dinasihatkan supaya membuat saringan tersebut pada usia 45 tahun.

Prostat merupakan kelenjar di pangkal pundi kencing lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai urethra.

Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat . Penyakit dan masalah yang utama adalah Benign Prostatic Hyperplasia - BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat ) dan kanser prostat .

Pembesaran Kelenjar Prostat

“BPH adalah pembesaran kelenjar prostat yang disebabkan oleh rangsangan hormon testosterone. Pertambahan saiz prostat sebegini dapat dilihat di kalangan lelaki berumur 50 tahun ke atas.

‘‘Mengikut perangkaan, kelaziman BPH adalah lebih daripada 50 peratus di kalangan lelaki pada umur 60 tahun sementara di kalangan lelaki berumur 85 tahun ke atas, kelaziman BPH adalah lebih daripada 90 peratus,” ujar Ketua Perkhidmatan Urologi dan Jabatan Urologi Hospital Selayang, Datuk Dr. Rohan Malek.

Tambah Dr. Rohan, bilangan kes BPH di Malaysia kian meningkat dengan bertambahnya bilangan warga emas.

Pada ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala ini.

Kebiasaannya, saiz kelenjar prostat yang besar daripada normal akan menyebabkan salur kencing yang melalui kelenjar tersebut sempit. Mereka yang mempunyai masalah ini akan kerap mengalami kesukaran membuang air kecil.

Tanda-tanda akibat BPH

* Aliran kencing yang kurang baik (poor stream)

* Kerap membuang air kencing (frequency),

* Tidak dapat mengosongkan pundi kencing selepas membuang air (incomplete emptying)

* Air kencing menitik dari kemaluan selepas selesai membuang air (terminal dribbling).

* Pesakit juga akan mengalami nokturia iaitu perlu bangun dari tidur pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Masalah BPH yang tidak dikawal, menurut Dr. Rohan akan menyebabkan salur kencing tersumbat dan pesakit tidak dapat membuang air kencing secara normal. Malah ia boleh menyebabkan risiko buah pinggang menjadi bengkak dan gagal berfungsi (renal failure). Penyakit lain yang sinonim akibat penyakit ini ialah pembentukan batu karang dan hernia.

Dr. Rohan berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan kajian epidemiologi cross-sectional untuk mengenal pasti kelaziman (BPH) dan pengesanan kanser prostat baru-baru ini.

Menyentuh tentang rawatan BPH, Dr. Rohan memberitahu, pengesahan penyakit memerlukan sejarah kesihatan pesakit dan tanda-tanda penyakit digunakan untuk mengkategorikan sama ada keadaan serius atau tidak.

Kebanyakan diagnosis penyakit boleh dilakukan menerusi ujian rektal digital (DRE) atau pemeriksaan darah dengan antigen khusus prostat (PSA).

“Kebanyakan kes BPH dapat dirawat dengan kaedah perubatan. Pembedahan diperlukan sekiranya tanda-tanda tidak dapat dikawal lagi dengan ubat atau sekiranya terdapat komplikasi seperti batu karang,’’ katanya.

Pembedahan yang biasa dijalankan adalah transurethral resection of prostate (TURP) di mana bahagian prostat yang menyebabkan salur kencing menjadi sempit dibedah untuk membolehkan air kencing mengalir dengan elok semula. Pembedahan ini dijalankan secara endoskopi di mana teropong khas (endoskop) dimasukkan ke dalam salur kencing dan membolehkan kelenjar prostat dibedah dengan hanya menggunakan alat endoskopi.

Terdapat komplikasi yang mungkin terjadi akibat pembedahan ini termasuk pendarahan, masalah pancutan air mani (retrograde ejaculation) serta mati pucuk.

Dalam pada itu wujud kaedah-kaedah baru rawatan termasuk penggunaan tenaga gelombang mikro untuk memusnahkan tisu prostat (transurethral microwave thermotherapy) serta laser protectonomy tetapi memerlukan kos yang tinggi.

Kanser prostat

Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Di Malaysia, barah prostat mewakili 7.4 peratus daripada kes-kes barah di kalangan lelaki . Terdapat sejumlah 735 kes yang dilaporkan dan didaftarkan, menjadikannya jenis barah keempat paling biasa di kalangan kaum lelaki. Lazimnya, barah prostat membesar dengan perlahan. Kajian bedah siasat menunjukkan bahawa ramai lelaki berumur (dan kadangkala lelaki muda juga) yang mati akibat penyakit-penyakit lain, juga menghidapi barah prostat yang tidak pernah mendatangkan masalah semasa hayat mereka .

“Kanser prostat dikesan melalui ujian saringan PSA Apabila saiz prostat bertambah, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang serupa dengan BPH seperti kesusahan keluar air kencing, aliran kencing yang lemah, kencing kerap serta nokturia. ‘‘Dalam pada itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar bersama air kencing pesakit. Pada ketika ini, kanser prostat boleh dikesan secara pemeriksaan dubur kerana ciri-ciri strukturnya yang berbiji-biji kasar serta keras,” ujar Presiden MUA dan Ketua Unit Urologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Azad Hassan Abdul Razack.

Pada peringkat akhir, sel-sel kanser prostat boleh merebak melalui aliran darah ke organ-organ lain seperti tulang, terutamanya tulang paha, serta ke paru-paru.

Seseorang pesakit akan mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas. Sekiranya tulang belakang juga terlibat, tekanan terhadap saraf tunjang akan menyebabkan seseorang itu lumpuh pada kedua-dua kaki.

Tambah Prof. Azad, kanser ini boleh dirawat secara pembedahan dengan mengeluarkan seluruh kelenjar tersebut (radical prostatectomy). Terbaru tentang rawatan ini, pembedahan juga boleh dijalankan dengan bantuan robot.

Berdasarkan prosedur ini, radioterapi (sinaran X) juga boleh digunakan untuk merawat kanser prostat dengan memusnahkan sel-sel kanser.

Ia juga digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai sel-sel kanser yang telah merebak ke tulang paha dan tulang belakang.

“Rawatan perlu dilakukan awal sebelum simptom menjadi parah. Justeru itu, pemeriksaan awal tentang kanser ini perlu dilakukan awal khususnya golongan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas,” katanya.

Kajian BPH dan barah prostat

Didorong oleh kekurangan data mengenai corak gejala saluran kencing bawahan (lower urinary tract symptoms - LUTS) di kalangan kaum lelaki di Malaysia, kajian tersebut telah dibentuk untuk mengumpul maklumat mengenai BPH dan barah prostat bagi memahami dengan lebih baik mengenai pesakit-pesakit yang mempunyai risiko mendapat penyakit-penyakit ini.

Kajian oleh MUA ini telah dilancarkan bagi mengenal pasti kelaziman BPH dan pengesanan barah prostat di kalangan kumpulan pengesanan sasaran dalam masyarakat di Lembah Klang.

Populasi sasaran tersebut terdiri daripada bukan sahaja penduduk di Lembah Klang, malah termasuk juga mereka yang berada di Selatan Perak, Pahang Barat dan Negeri Sembilan Utara.

Kajian ini akan menganalisis data yang diperoleh daripada lapan pusat pemeriksaan di sekitar Lembah Klang. MUA berharap untuk mendapatkan 3,000 peserta dari kedua-dua latar belakang kota dan luar bandar, serta daripada kumpulan etnik yang berbeza bagi kajian ini. Memandangkan kelaziman penyakit-penyakit prostat adalah lebih tinggi di kalangan lelaki yang lebih tua, kajian tersebut akan tertumpu kepada lelaki berumur 50 tahun ke atas.

Mereka yang menepati profil kelayakan digalakkan untuk mengunjungi pusat-pusat pemeriksaan yang berdekatan rumah mereka. Pemeriksaan percuma akan dijalankan setiap hujung minggu dalam bulan Julai di Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Serdang, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Sistem pertahanan badan

Saya kerap mendapat demam dan selsema berbanding rakan-rakan lain. Kawan mencadangkan saya agar mengambil vitamin C untuk membantu saya menguatkan sistem imun. Adakah ia memadai atau perlukah saya mengambil bersama vitamin lain untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh?

Jawapan: Sistem imun yang lemah bukan sahaja meningkatkan risiko mendapat demam, selsema tetapi juga pelbagai jangkitan serta masalah kesihatan. Proses penyembuhan daripada masalah kesihatan juga akan lebih perlahan. Demam, selsema, mudah jatuh sakit dan jangkitan, sering kelesuan, merupakan beberapa contoh lazim yang mungkin berkaitan kelemahan fungsi imun.

Sistem imun adalah kompleks dan penting untuk kesejahteraan hidup. Sistem imun yang kuat dan seimbang diperlukan untuk pengekalan kesihatan. Kemerosotan sistem imun boleh disabitkan oleh pelbagai faktor termasuk tekanan emosi dan fizikal, persekitaran, pendedahan terhadap radiasi dan pelbagai lagi. Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang juga turut memberi impak ke atas sistem imun.

Antara nutrien-nutrien penting yang bermanfaat kepada sistem imun adalah beta-karoten, vitamin C, E dan beberapa mineral seperti selenium dan zink. Tidak dapat dinafikan cara terbaik memperolehi nutrien-nutrien ini adalah melalui pengambilan pelbagai jenis makanan. Makanan berkhasiat seperti sayuran segar dan buah-buahan, bijirin penuh serta jumlah protein yang mencukupi adalah penting untuk memperolehi tubuh yang sihat. Namun akibat pengambilan makanan proses yang banyak serta tabiat pemakanan yang seringkali diabaikan dan ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat, pengambilan suplemen mungkin boleh membantu dan boleh dijadikan alternatif.

Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling banyak difahami. Fungsi asasnya adalah untuk membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu serta mengekalkan gusi, tulang dan gigi yang sihat. Ia penting untuk fungsi sistem imun yang optimum dan membantu tubuh melawan jangkitan.

Vitamin C merupakan salah satu nutrien radikal bebas yang utama. Bagaimanapun, ia tidak boleh disimpan dalam tubuh dan mudah termusnah oleh haba semasa memasak. Kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari untuk memperolehi bekalan yang berterusan.

Vitamin E pula perlu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, jantung, dinding kapilari, kulit dan mengurangkan keterukan keradangan. Ia juga memainkan peranan dalam melambatkan masalah degeneratif seperti penuaan pramatang. Zink dikenali sebagai nutrien mikro kerana diperlukan dalam jumlah kecil untuk kesihatan. Ia disahkan sebagai nutrien penting yang diperlukan untuk fungsi imun yang optimum, kesihatan kulit dan penyembuhan luka.

Mineral seperti selenium juga diperlukan untuk pembentukan enzim glutathione peroxidase, di mana enzim ini memainkan peranan penting dalam pertahanan daripada radikal bebas. Selain itu, selenium mengekalkan hati berfungsi secara optimal, merangsang sistem imun, selain untuk mata, kulit, rambut dan jantung.

Selain daripada menggalakkan sistem imun yang lebih baik, nutrien-

nutrien ini juga merupakan antioksida yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam tubuh. Dalam tubuh, radikal bebas ini terbentuk hasil daripada pengoksidaan. Bahaya akan timbul apabila lambakan berlebihan radikal bebas berada dalam tubuh. Dengan sebab itulah vitamin dan nutrien seringkali digabungkan bersama dalam satu formulasi untuk kesan sinergistik.

Dalam usaha memperkuatkan sistem imun, jangan abaikan aspek emosi iaitu tangani stres dengan baik serta sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta tekankan amalan gaya hidup sihat.

Stres burukkan ulser

FAKTA memang tidak berbohong: penyakit sistem penghadaman semakin meningkat saban hari dan kini menjadi 10 punca kematian paling tinggi di Malaysia. Ketahui lebih lanjut dari para pakar sistem penghadaman tentang bagaimana risiko dapat dikurangkan dan cara pengurusan kepada masalah penghadaman anda.

Panel pakar kami akan cuba menjawab persoalan atau menjelaskan segala keraguan tentang kesihatan penghadaman. Hantarkan soalan bersama dengan nama, jantina, umur, alamat dan nombor telefon ke emel: digestivehealth@versa-group.com dan faks ke: 03-5638 9909.

Kandungan artikel ini adalah sebagai panduan atau rujukan sahaja, dan tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan daripada doktor.

Soalan 1:Saya disahkan menghidap ulser peptik yang disebabkan oleh bakteria H.Pylori walaupun saya sentiasa menjaga kesihatan. Bagaimanakah saya mendapat penyakit ini? Adakah ia serius dan bolehkah ia disembuhkan?

Pembaca: Masitah Muhamad

Ulser peptik boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter Pylori (H. Pylori) dan juga kekerapan pengambilan ubat pelega kesakitan seperti aspirin atau ibuprofen serta ubat anti keradangan yang bukan steroid (NSAID). Mereka yang disahkan menghidap ulser peptik berpunca daripada H. Pylori mungkin mendapat penyakit ini daripada makanan atau air yang tercemar. Ia mungkin juga dijangkiti melalui mulut, seperti kucupan atau pendedahan kepada pesakit yang dijangkiti H. Pylori.

Gejala ini boleh menjadi serius seperti pendarahan ulser, tembusan atau kanser perut yang jarang berlaku.

Bagi menjawab soalan anda mengenai langkah untuk menyembuhkan penyakit ini, anda terlebih dahulu perlu mengenal pasti puncanya. Jika punca ulser adalah aspirin atau ubat artritis, rawatan tidak diperlukan. Ulser seharusnya tidak berulang jika anda berhenti mengambil ubat ini.

Bagaimanapun, jika punca ulser adalah H. Pylori, jangkitan ini biasanya tidak berulang jika dirawat dengan antibiotik. Kini, pakar perubatan bukan sahaja merawat ulser dengan ubat untuk mengurangkan asid, tetapi juga menangani punca ulser dengan menghapuskan jangkitan bakteria. Jika jangkitan ini tidak dirawat, ulser akan berulang. Terdapat beberapa program antibiotik untuk menentang H. pylori dan menyembuhkan ulser. Pakar perubatan akan bekerjasama dengan pesakit untuk memilih program rawatan yang terbaik. Terdapat beberapa ubat yang biasanya digunakan dalam rawatan untuk menentang H. Pylori. Terdapat dua ubat antibiotik untuk membantu membunuh bakteria. Ubatan lain adalah untuk mengurangkan pengeluaran asid; kerana tahap asid lebih rendah membantu menyembuhkan ulser.

Kebanyakan pesakit akan sembuh selepas menghabiskan ubat yang diberikan untuk rawatan selama satu hingga dua minggu. Sesetengah pesakit perlu mengambil ubat untuk dua minggu lagi. Semua ubat mesti dihabiskan untuk memastikan semua bakteria dibunuh. Ujian nafas atau najis biasanya dilakukan selepas pesakit menghabiskan ubat untuk memastikan tiada lagi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit berulang.

Soalan 2: Sejak saya disahkan mengalami Sindrom Iritasi Usus atau Irritable Bowel Syndrome (IBS), saya dapat merasakan perubahan ketara dalam kualiti hidup saya. Disebabkan ketidakselesaan perut, saya tidak dapat melancong ke luar negara atau memandu jauh. Adakah sebarang cara yang boleh saya lakukan untuk membaiki keadaan saya dan kualiti hidup saya?

Pembaca: Aziza Aizudin

Walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan IBS, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan gejala IBS dan melegakan anda. Ini termasuk:

* Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk (seperti merokok dan minum alkohol)

* Amalkan tabiat makan yang sihat: Makan secara sederhana & seimbang, pelbagaikan jenis makanan dan makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.

* Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan.

* Kawal tekanan: Cari cara untuk menguruskan tekanan, seperti dengan senaman atau meditasi.

IBS adalah masalah yang mungkin perlu ditanggung sepanjang hayat; tetapi ia tidak mengancam nyawa. Ia tidak akan menyebabkan kanser mahupun memerlukan pembedahan. Sebaliknya, anda dapat menjaga kesihatan sistem penghadaman dalam jangka panjang dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan tabiat makan yang lebih baik.

Profesor Madya Dr Sheikh Anwar Abdullah adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

"Ketakutan itu membunuh"

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL ARIPIN

BAGAIMANA perasaan anda andai suatu hari diberitahu doktor bahawa penyakit yang paling ditakuti sudah bersarang dalam tubuh? Gementar, cemas, takut dan pastinya soalan ini yang terbit dari bibir, "Mengapa saya?"

Soal sebanyak mana sekali pun, anda pasti tidak akan menemui jawapannya. Begitu yang dialami Lena Abdullah, saat disahkan bahawa ketulan kecil yang terdapat di bahagian pahanya adalah sel kanser yang sedang agresif.

Rasa takut dan putus asa menguasai diri. Berhari-hari beliau menangis dan memikirkan kenapa keadaan itu berlaku kepada dirinya.

"Saya tidak merokok, sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. Malah saya juga tidak ada sejarah keluarga yang menghidap kanser, namun kenapa ia berlaku?," katanya memulakan bicara.

Namun, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak mahu mengalah dan terus bersedih. Berbekalkan sokongan keluarga terutama bila memikirkan anak-anak yang sedang meningkat remaja, dia mengumpul sisa kekuatan untuk bangkit melawan penyakit tersebut.

Melalui Internet dan buku, dia memperoleh sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan. Tanpa menunggu lebih lama, Lena terus menjalani pembedahan membuang ketumbuhan.

Tidak mempedulikan kata-kata 'nakal' seperti kemoterapi menyakitkan, wanita berasal dari Pulau Pinang itu tabah melalui setiap satu rawatan yang diwajibkan untuknya.

"Alhamdulillah, walaupun menderita kanser, namun saya bersyukur kerana sepanjang melalui detik itu saya tidak pernah rasa sakit yang teramat sehingga selesai rawatan kemoterapi terakhir sekitar Julai 2009," katanya.

Walaupun terdapat kesan sampingan seperti keguguran rambut dan kening ketika itu, namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang melawan penyakit itu. Lena menjalani kehidupan seperti biasa. Katanya dia ke pasar dengan memakai rambut palsu dan selendang.

"Sebenarnya kesan daripada rawatan itu berbeza setiap individu. Ada yang mengalami reaksi teruk ada yang sederhana. Tapi yang penting kita kena bersedia," katanya yang banyak mengamalkan pemakanan sup, buah-buahan dan sayur-sayuran sepanjang rawatan tersebut.

Melalui seorang teman, Lena mengetahui kewujudan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dan berminat untuk terlibat dengannya. Sejak dua tahun lalu dia aktif terlibat dengan kerja-kerja kebajikan yang dianjurkan pertubuhan itu.

Selepas melalui detik-detik yang sukar, wanita yang sentiasa ceria itu percaya dirinya kini semakin tenang menjalani hidup. Bersama rakan-rakan di NCSM, dia berkongsi pengalaman demi meningkatkan kesedaran pesakit dan juga masyarakat bagi melawan penyakit gerun tersebut.

"Ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila mengetahui diri menderita kanser. Mereka bersedih dan menyerah kepada takdir semata-mata tanpa mahu berusaha. Bagi saya, kanser itu tidak membunuh, tapi ketakutan yang membunuh kita sebenarnya," katanya penuh yakin.

Lena menganggap kanser adalah rahmat yang diberi Tuhan hanya kepada insan terpilih sahaja. Penyakit itu katanya, mengajar tentang banyak perkara mengenai kehidupan yang hanya seketika cuma.

Relay for Life

Sementara itu, Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan berkata, pihaknya menganjurkan satu acara perhimpunan kesedaran mengenai kanser yang dinamakan Relay For Life (RFL).

"Ia telah diadakan di Melaka awal bulan Jun lalu. Selepas ini ia bakal dianjurkan pada 16 dan 17 Julai di Stadium UKM, Bangi pula," katanya.

RFL kata beliau merupakan acara antarabangsa yang diperkenalkan oleh Persatuan Kanser Amerika dan telah dianjurkan oleh 22 buah negara. Menurutnya, program selama 16 jam tanpa henti (bermula malam hingga ke pagi) itu merangkumi aktiviti perarakan di atas stadium yang melambangkan usaha berterusan melawan kanser.

"Selepas itu terdapat acara yang dipanggil luminaria bagi mengingati mangsa yang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut manakala keesokan harinya diadakan acara bersenam dan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat," katanya.

Maklumat lanjut mengenai RFL boleh didapati dengan melayari www.rflmalaysia.com.

Saturday, June 11, 2011

Sorafenib beri peluang kedua

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my

Pembedahan membuang tumor hati.

DUA lelaki ini berbeza bangsa dan latar, namun kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menghidap kanser hati. Positif dengan takdir yang tertulis namun mereka sesekali tidak mahu menyesali kerana percaya ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik dugaan yang dihadapi.

Seorang daripadanya, Ismail Zakri Md. Khalid berusia 62 tahun, bapa kepada tiga anak berusia antara antara 27 hingga 35 tahun. Wajahnya tenang tatkala menceritakan pengalaman bagaimana dia mula mengetahui dirinya menghidap kanser hati.

"Sebenarnya saya sudah disahkan menghidap penyakit Hepatitis B sejak tahun 1985 lagi namun saya tidak menjalani rawatan, tetapi kerap memantau keadaan diri dari masa ke semasa. Bagi mengelak keadaan lebih buruk, saya juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan berlari dan mengunjungi gimnasium setiap hari," katanya dalam satu majlis anjuran Bayer Healthcare baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut katanya, sekitar November tahun lalu, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Keluarga menjangka dia diserang sakit jantung. Bagaimanapun selepas menjalani pemeriksaan jantung, doktor menemui ketumbuhan besar berdekatan jantungnya.

Justeru beliau menjalani pembedahan jantung terbuka dan ketika itu baru mengetahui ia berasal daripada hati. Jelasnya, doktor menyatakan beliau tidak boleh menjalani pembedahan membuang tumor kerana ia sudah berada di tahap lanjutan (tahap 4) tetapi mencadangkan mengambil ubat terapi oral antikanser sorafenib.

Ismail memulakan rawatan jenis itu sekitar Februari lalu. Bagaimanapun dia mengalami pendarahan dalam perut (alahan akibat pengambilan ubat) ketika peringkat awal dan terpaksa menghentikannya.

Berdasarkan alahan itu juga, anak-anaknya tidak menggalakkan beliau meneruskan rawatan namun Ismail berasa jika tidak mengambil sorafenib mungkin kanser hati yang dihidapinya akan terus merebak dan dia akan menjadi semakin lemah.

Akhirnya dia percaya perlu berhadapan dengan kesan sampingan asalkan dia boleh mengatasi penyakit yang dihadapi serta menjalani hidup lebih bermakna dengan menghabiskan masa bersama insan tersayang.

"Sejak saya disahkan menghidap penyakit ini, hubungan antara saya dan anak-anak bertambah kukuh. Walaupun menderita kanser, saya sentiasa positif dan meyakinkan anak-anak bahawa ada perkara dalam hidup ini yang kita tidak boleh ubah, tetapi kita boleh menaruh harapan. "Setiap hari tambahan yang diberikan kepada saya untuk hidup adalah satu harapan dan saya mahu menjadikannya lebih bermakna," kata beliau yang bertugas sebagai penasihat perniagaan.

Seorang lagi bapa yang turut berkongsi pengalaman yang sama, Chong Yik Ing, merupakan pengurus sebuah syarikat dagangan kayu. Dia mempunyai tiga orang anak, menjalani gaya hidup sihat tanpa sebarang penyakit.

Namun langit tidak selalunya cerah. Pada November tahun lalu, dia mengalami sakit yang teruk di bahagian abdomen kanan. Dia dimasukkan ke hospital dan dipantau selama dua jam. Pada jangkaan mereka yang merawatnya ia mungkin berpunca daripada hempedu, lalu dia hanya diberi ubat tahan sakit dan dibenarkan keluar.

Namun lelaki ini sedar bahawa kesakitan yang dialaminya cukup luar biasa justeru beliau cuba mendapatkan pandangan kedua.

"Saya menjalani ujian darah dan ultrabunyi. Saya terperanjat apabila doktor memberitahu saya menghidap Hepatitis B dan kanser hati. Ia tidak boleh dibedah kerana berada pada tahap lanjutan dan doktor hanya memberi masa beberapa bulan untuk hidup," katanya.

Mendengar berita itu katanya, seluruh ahli keluarga terperanjat dan sedih malah salah seorang anaknya yang berkerja di United Kingdom mengambil keputusan melepaskan jawatan serta-merta dan pulang ke tanah air untuk menjaganya.

Yik Ing menjalani prosedur transertial chemoembolization (TACE) namun selepas 10 minggu dia mengalami demam dan kesakitan di bahagian abdomen yang teruk. Doktor mengesahkan ia disebabkan pendarahan dan jangkitan daripada tumor. Selepas itu dia perlu menjalani 10 sesi radioterapi untuk mengawal darah. Ini menjadikan dia semakin lemah.

Akhirnya doktor menyarankan agar beliau menjalani terapi sorafenib yang bukan hanya menyasarkan untuk memanjangkan kadar survival, tetapi meningkatkan kualiti hidup.

"Keluarga risau dengan kesan sampingan kerana saya pernah mengalami sejarah alahan pada kulit dan tangan. Namun setelah mempertimbangkan untuk berhadapan dengan kesan itu, kami sepakat untuk meneruskan rawatan sorafenib," kata beliau.

Kini walaupun tetap menghidap kanser, Yik Ing menjalani kehidupan yang lebih sihat dan mampu kembali berkerja seperti biasa.

Khasiat organik epal

RAMAI kalangan rakyat negara kita menghadapi masalah perut buncit dan obesiti. Penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut harus dicari sebelum ia menjadi bertambah serius. Seseorang yang obes akan berhadapan dengan masalah ketidakseimbangan tubuh badan. Kaki dan lutut menjadi sakit kerana berat gara-gara mahu menampung badan yang berat selain risiko penyakit jantung, kencing manis dan cepat letih.

Penyakit tersebut salah satunya disebabkan lemak berlebihan yang tidak terbuang sehingga menyaluti bahagian yang penting dalam badan. Baik lelaki atau wanita, salah satu bahagian badan yang menjadi perhatian adalah perut. Perut yang tidak 'dijaga' bukan sahaja memberi kesan besar terhadap penampilan bahkan menggambarkan tahap kesihatan seseorang.

Gabungan organik epal menerusi fiber kolagen dan stem sel dikatakan membantu pembuangan lemak berlebihan tanpa cirit birit.

Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi. Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan, mengawal paras glukos darah, menghalang naik turun glukos secara tiba-tiba, mengekalkan tekanan darah yang normal, mengelak sembelit, membuang toksin dari kolon dan menyelesaikan ketidakselesaan reumatik dengan meneutral asid kristal.

D'Apple Fiber mengandungi organik epal fiber dan kolagen yang tinggi membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti. Selain pengambilan makanan tambahan, organik epal fiber merupakan keperluan harian dalam pemakanan kita.

Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram fiber sehari untuk membantu detoksifikasi dalam badan.

Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

Fiber epal juga bertindak membuang toksin daripada dalam kolon dan mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan daripada sembelit.

Produk ini berbeza daripada produk lawas yang lain kerana ia tidak menyebabkan pengguna berasa sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.

Dalam pada itu, fungsi kolagen dalam D'Apple Fiber mengelakkan kulit berkedut dan menjaga kehalusan kulit.

Ini kerana kolagen mempertahankan elastisi kulit, memperbaiki sendi, tulang dan kulit menjadi licin.

Kajian menunjukkan stem sel epal pula meningkatkan pertumbuhan sel badan, melindungi sel daripada tekanan dan mengurangkan kulit berkedut.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang khasiat organik epal ini boleh menghubungi talian 019-2392240 dan 012-2215942.

Khasiat rawatan madu

oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Izham Jaafar

KHASIAT madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya sudah diketahui umum. Secara semula jadi, madu sangat berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat.Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Hari ini, madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Sehubungan itu, syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tempatan, Tasbih Emas Resources (Tasbih Emas) telah mengorak langkah dengan mengembangkan produk kesihatan berasaskan madu lebah.

Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, rangkaian produk keluaran Tasbih Emas yang diberi nama Aulia juga merupakan alternatif dan sebahagian pakej lengkap khususnya untuk mereka yang ingin memelihara kecantikan dalaman dan luaran dengan baik.

Menurut Perunding Produknya, Dr. Rosli Senafi, produk Aulia dihasilkan dengan pengawalan yang ketat bagi memastikan mutu dan kualiti produk mencapai piawai yang tinggi.

Katanya lagi, semua produk Aulia dihasilkan daripada campuran herba terbaik dan terpilih tanpa mengandungi bahan kimia.

Ia didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Dengan menggunakan formula daripada kitab karangan Imam Sayuti, akhirnya kami berjaya mengeluarkan enam produk kesihatan yang berasaskan madu lebah.

"Insya-Allah, produk yang menggunakan formula daripada kitab berkenaan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kerana ia diambil berdasarkan al-Quran dan Hadis bagaimanapun sebelum itu pelbagai kajian telah pun dilakukan.

"Seperti umum ketahui, madu lebah mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran," ujarnya ketika ditemui di premisnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk kesihatan Aulia yang terdapat di pasaran hari ini terdiri daripada madu asli, madu sawda, madu minta, madu langsing, madu yogurt dan kismis IQ.

Apa yang menarik mengenai produk-produk tersebut, jelas Dr. Rosli, terdapat dua produk baru yang diperkenalkan di pasaran iaitu madu slim dan madu yogurt.

Kedua-dua produk itu bukan sahaja mampu membantu menurunkan berat badan dan tekanan darah tetapi ia juga mampu membantu mengempiskan perut, membantu memecah dan menghilangkan lemak-lemak, menghilangkan lendir-lendir dalam badan, melancarkan perjalanan darah serta menambahkan tenaga tubuh badan.

Tambah Dr. Rosli lagi, kesemua produk keluaran Tasbih Emas diproses di kilang yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Tasbih Emas turut giat mencari rakan niaga di seluruh negara sama ada pengedar atau stokis.

"Buat masa sekarang kami akan memberi tumpuan terhadap pasaran dalam negeri tetapi dalam masa yang sama kami menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi bidang perniagaan sama ada sebagai pengedar atau stokis.

"Kami juga dalam perancangan untuk mempelbagaikan lagi produk kesihatan pada masa hadapan.

"Produk Aulia dijual bermula dari harga RM2.50 untuk kismis sehingga RM99.00 untuk produk berasaskan madu," katanya.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut bolehlah layari www.aulia2u.com.my atau hubungi talian hotline 013-3309095.

Kanser kolorektal boleh dirawat

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit.

Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan.

Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum.

Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari pelbagai aspek.

"Simptom awal bermula dengan gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa hingga sebulan.

"Kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda," kata Dr. Jonah ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Tambahnya, kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan kadar yang agak banyak.

Sakit perut merupakan peringkat terakhir kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran.

"Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan," katanya.

Menurut Dr. Jonah, ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu simptom kanser kolorektal.

Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi.

Diagnosis awal

selamatkan nyawa

"Jangan risau dengan ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan rawatan sebaiknya," ujar Dr. Jonah.

Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di bahagian dubur dan rektum.

"Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di bahagian tersebut.

"Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian di makmal.

"Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan scoop dan tidak perlu dibedah," jelasnya.

Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser.

"Hanya apabila ujian makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser, barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu.

"Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis akibat pendarahan dalam usus besar.

"Jika hospital yang merawat tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk dirujuk ke hospital lain," ujarnya.

Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal?

Biasanya ia berpunca daripada keturunan atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang mengalaminya.

"Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat juga berpotensi menghidap kanser kolorektal," katanya.

Dr. Jonah menasihati agar mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang pedas.

Usah lengah rawat strok

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. ZAKI JILAN

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok.

Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya akan membawa kesan lebih buruk.

Perkara ini mungkin pernah berlaku kepada orang tua yang biasanya mahu menunggu anak pulang dahulu dari tempat kerja sebelum membawa mereka menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital.

''Rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan angin ahmar,'' kata Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican.

Sehubungan itu, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan angin ahmar yang kini menjadi pembunuh nombor empat di Malaysia.

Dr. Julia memberitahu, setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.

''Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,'' katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

''Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,'' katanya.

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

''Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,'' katanya.

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an.

Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

''Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,'' katanya.

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

''Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,'' katanya.

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

''Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.

Sehubungan itu, kata Cecilia, terapi yang membantu kepada pertuturan juga akan membantu proses untuk menelan makanan kepada pesakit.

Tambahnya, ahli keluarga tidak perlu bercakap dengan nada yang kuat dengan pesakit sebaliknya gunakan perkataan yang senang dan mudah supaya dapat difahami dengan jelas oleh mereka.

Wednesday, June 8, 2011

Hotel Raudah

Located in Kota Bharu Kelantan Center, Hotel Raudah is a 15-minute drive from Sultan Ismail Petra Airport. It features a restaurant, rooms with a private bathroom and free Wi-Fi.

Guest rooms at Raudah Hotel are air conditioned. Amenities include a minibar and tea/coffee maker. Hot shower facilities and toiletries are also provided.

The hotel has a 24-hour front desk and provides photocopying services. Ironing services are also available upon request.

Guests can enjoy their meals at the on-site restaurant. A variety of local and Western dishes are offered.

The Raudah is a 5-minute drive from the State Museum and a 10-minute drive from Kota Bahru Trade Center.

Saturday, June 4, 2011

Menggerutu berubah jadi licin

Cantik dan sihat bersama
Dr. Rushmini Maris Ismail
marissaesthetic@gmail.com

Kulit wajah yang licin dan bebas jerawat menjadi idaman setiap wanita.

HARI ini suasana agak santai di Marissa Esthetic. Selepas mengadakan senam pagi saya menyelesaikan beberapa tugasan untuk universiti. Pada tengahari saya didatangi oleh seorang wanita muda berusia 24 tahun. Wanita ini memakai tudung hampir menutupi keseluruhan mukanya. Mula-mula saya menyangkakan bahawa dia adalah seorang ustazah memandangkan cara dia berpakaian. Namun selepas berbual beberapa ketika saya dapati ada sesuatu yang tak kena dengan diri wanita itu.

Apabila bercakap dia menundukkan muka tanpa memandang wajah saya. Bahunya membongkok seolah-olah dia cuba mengecilkan tubuhnya yang memang kecil. Pendek kata cara dia bercakap dan duduk menunjukkan dia seorang yang hilang keyakinan dirinya.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Huda bertugas sebagai guru sekolah rendah.

“Masalah saya adalah jerawat yang teruk. Sejak saya di bangku sekolah lagi jerawat ini bagaikan tak pernah surut. Saya dah jumpa pakar kulit, dah pergi ke macam-macam salon, dah pakai pelbagai produk namun hasilnya tak nampak pun. Saya rasa amat kecewa,” ujarnya.

Apabila dia membuka tutup mukanya saya lihat memang benar apa yang diceritakan kepada saya. Jerawatnya benar-benar teruk. Jerawat batu besar besar merebak ke seluruh muka dan kesan parut yang menghodohkan membuatkan wajah guru muda itu kelihatan bengkak, merah menyala dan menggerutu.

Saya memandang sayu ke arah wanita cekal itu. Nampak air matanya bergenang. Ternyata cikgu muda itu sudah hilang keyakinan diri gara-gara jerawat yang mencacatkan wajahnya.

“Sekarang Huda tak perlu risau lagi. Saya akan bantu Huda atasi masalah ini. Saya tahu Huda seorang yang cekal dan kita sama-sama berusaha memastikan masalah jerawat ini sembuh,’’ kata saya cuba menenangkan hatinya.

“Bolehkah doktor bantu saya? Selama ini saya sudah cuba macam-macam tapi tak ada pun yang sesuai,’’ kata Huda menunjukkan keraguan terhadap janji saya. Menurutnya dia telah pun mencuba pelbagai cara dan berbelanja banyak namun masalah jerawat tak pernah selesai.

“Insya Allah setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya yakin dan saya minta Huda juga menanam keyakinan kepada saya. Teknik yang saya gunakan pasti berbeza daripada teknik yang Huda pernah lakukan namun kita harus mencuba,’’ katanya.

Kami memulakan sesi rawatan dengan laser isolaz, antibiotik serta pemeriksaan darah menilai tahap hormon Huda. Saya menerangkan kepadanya jerawat terhasil akibat daripada sejenis kuman bernama corynebacterium. Kuman ini menyerang kulit yang lembap dan berminyak. Mungkin faktor hormon yang tak seimbang menjadi penyebab.

Pertemuan kamiI setiap dua minggu selepas itu semakin hari menambahkan lagi kemesraan antara seorang doktor dan pesakitnya. Huda dengan tenang dan sabar mematuhi setiap nasihat dan panduan yang saya berikan. Semakin hari saya semakin kagum dengan semangat Huda.

Pada bula pertama perubahan yang saya lihat amat sedikit. Hati saya sedikit bimbang namun saya cuba bersikap setenang-tenangnya apabila berjumpa Huda. Saya tidak mahu mengalah. Mustahil kami tidak berjaya melawan gejala ini. Semangat Huda yang tinggi membuat saya semakin membara dan berazam memberikan khidmat yang terbaik buatnya.

Selepas enam minggu berlalu jerawat mula mengecut dan mengering. Yang tinggal hanya parut-parut kecil. Kami meneruskan sesi rawatan dengan tekun dan sabar.

Selepas tiga bulan rawatan Huda mula menunjukkan keputusan yang baik. Wajahnya semakin cerah dan cantik. Dia mula berani menggunakan gaya tudung terkini yang meriah dan berwarna warni. Bila dia berbicara, suaranya semakin jelas dan yakin. Matanya menentang mata saya dengan berani.

“Doktor saya rasa seperti mati hidup semula. Dulu saya sangka jerawat ini tak akan hilang-hilang lagi tapi sekarang keadaan muka saya dah jauh lebih baik,’’ katanya gembira.

Selama hampir sembilan bulan sesi rawatan berlalu kini kulit wajah Huda sudah bersih dan licin. Dia masih lagi mengunjungi saya sekali sekala bagi mendapatkan bekalan pencuci muka di klinik yang amat disukainya. Pencuci muka yang saya berikan kepadanya ialah jenis yang mengandungi glycolic asid. Glycoloc adalah asid lembut yang terhasil daripada buah-buahan dan memberi kesan pengelupasan yang sangat minimum serta berupaya menghalang pertumbuhan jerawat.

Saya memberitahunya bahawa tempoh kritikal telah pun berlalu. Kini Huda bebas menggunakan jenama apa sekali pun. Kulit wajahnya yang licin dan bebas jerawat kelihatan cantik sekali .

“Terima kasih doktor kerana amat bersabar merawat saya selama ini. Doktor telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih yakin selepas jerawat saya pulih,’’ katanya.

Air mata saya menitis terharu. Betapa gembira melihat wajah Huda yang semakin cantik hari demi hari. Alhamdulillah.

Khasiat buah acai beri

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui kewujudan buah ini. Buah kecil berwarna hitam-ungu kemerahan ini tidak banyak bezanya dengan anggur dan bersaiz kira-kira satu inci.

Pokoknya merupakan keluarga tumbuhan palma dan ia banyak ditemui di bahagian tengah dan selatan Amerika terutama di lembangan Amazon.

Acai beri terdapat dalam pelbagai jenis. Ia mempunyai biji yang besar kira-kira tujuh hingga 10 milimeter. Biji ini memenuh 80 peratus buah.

Di Brazil buah ini dijadikan perasa ais krim atau jus, juga dikeringkan.

Pada 2008, akhbar Los Angeles Times melaporkan buah acai adalah sumber penjanaan wang tanpa merosakkan hutan Amazon. Ia diketahui bermanfaat dan kaya protein dan dipercayai membantu mengekalkan kesihatan sejak dahulu lagi.

Kajian tentang khasiat buah ini memfokus kepada aktiviti antioksidan yang dimilikinya. Secara teori, aktiviti ini membantu menghalang penyakit yang berpunca daripada tekanan seperti penyakit jantung dan kanser.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti of Florida mendapati, buah acai beri boleh dianggap salah satu buah-buahan yang kaya dengan sumber anti pengoksidaan paling tinggi.

Buah ini mengandungi beberapa bahan seperti flavonoid dan anthocyamin iaitu bahan yang bertanggung jawab menghasilkan warna pada setiap buah. Makanan yang mengandungi bahan anthocyamin seperti beri biru, anggur merah dan beri acai sendiri mempunyai warna yang kuat. Bahan itu juga diyakini mempunyai antioksidan yang tinggi dan membantu badan melawan penyakit. Ia juga memainkan peranan dalam sistem pertahanan badan.

Sesetengah kajian menunjukkan pulpa acai beri mengandungi antioksidan yang lebih tinggi daripada lain-lain buah beri seperti kranberi, rasberi, beri hitam, strawberi atau beri biru.

Hingga kini, banyak kajian menyokong fakta mengenai pemakanan diet yang kaya antioksidan. Justeru tidak hairan buah acai beri dan lain-lain buah beri membantu diet sihat.

Dr. Nicholas Perricone, seorang pakar perubatan berkata, buah acai beri merupakan pemakanan paling berkhasiat dan buah yang bertenaga secara semula jadi.

Buah ini turut diekstrak untuk dijadikan produk kosmetik dan kecantikan kerana ia mengandungi minyak khas yang dikatakan kaya dengan sumber antioksidan.

Melalui kajian yang dijalankan, minyak buah acai beri merupakan alternatif selamat untuk kulit wajah dan badan. Ia juga boleh digunakan sebagai syampu dan perapi. Apabila minyak acai beri diproses dan disimpan untuk jangka masa yang panjang, paras antioksidan kekal tinggi.

Namun bagi mereka yang alah kepada debunga atau alah kepada sebarang jenis buah beri, anda mungkin perlu mengelak memakan buah ini. Walaupun begitu, pengambilan dalam amaun yang kecil dikatakan tidak memberi sebarang kesan pada pengamalnya.

Kurus mahu elak penyakit

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Gambar ABDUL Nazir MOHAMED

DULU kami obes,'' kata pasangan Dr. Nurhalina Azly Minhat dan Dr. Mahathir Mohamed. Hampir terpacul perkataan 'tipu' lantaran penampilan suami isteri itu langsung tidak menggambarkan bahawa mereka pernah obes atau mengalami lebih berat badan keterlaluan.

Sambil tersenyum Dr. Mahathir menunjukkan gambarnya. ''Berat badan saya dulu 110 kilogram. Inilah saya,'' katanya. Dr. Nurhalina mencelah: ''Dia memang sentiasa gemuk, kami kenal sejak sekolah rendah dan dia memang gemuk dari dulu.'' Pasangan itu mengimbau kenangan zaman persekolahan di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor. Kami tertawa.

Mata beralih ke gambar seorang wanita. ''Itulah saya,'' kata Dr. Nurhalina sambil menegaskan bahawa beliau bukan mengandung. Berat badannya ketika itu melebihi 70 kilogram. Biar pun kedua-dua bergelar doktor, namun tetap mengalami masalah berat badan berlebihan.

Pemegang ijazah perubatan dari Kanada itu mengakui tanpa sebab tertentu mungkin mereka akan terus gemuk atau obes hingga ke hari ini.

Mungkin mereka tidak akan berusaha untuk mencapai berat badan ideal. Malah lebih menakutkan mungkin kedua-duanya ditimpa penyakit akibat gagal mengawal berat badan yang amat berkait rapat dengan penyakit-penyakit maut seperti jantung.

Didorong dua faktor utama, Dr. Mahathir tergerak hati untuk mengubah penampilan susuk tubuhnya. ''Yang pertamanya pesakit yang datang ke klinik. saya terfikir bagaimana pesakit mahu meminta nasihat saya tentang masalah berat badan sedangkan saya sendiri obes,'' katanya.

Sejarah keluarga Dr. Mahathir yang mempunyai penyakit berbahaya termasuk kanser, jantung dan kencing manis, menjadi faktor seterusnya yang membawa kepada perubahan fizikal beliau.

Apatah lagi selepas kematian sepupu akibat penyakit jantung, tentunya kegusaran bapa kepada dua cahaya mata itu semakin meningkat.

Sepupunya meninggal dunia ketika berusia awal 40-an.

Katanya, faktor genetik tidak boleh diabaikan. ''Kalau memang kita ada keturunan yang mengidap penyakit berbahaya tetapi kita menjaga kesihatan, mengawal pemakanan dan bersenam, mungkin kita akan terselamat daripada mendapat penyakit tersebut.

''Pendek kata menyalahkan faktor genetik semata-mata adalah tidak betul,'' kata Dr. Mahathir.

Mengakui tidak mudah menurunkan berat badan, beliau memerlukan kira-kira lapan bulan (dua pusingan) untuk mencapai berat ideal.

Kerisauan tersebut turut menjangkiti Dr. Nurhalina apabila mendapati paras kolesterolnya terlalu tinggi.

''Bukan saja berat badan meningkat, malah ujian darah menunjukkan paras kolesterol saya sangat tinggi, lebih teruk daripada orang yang berusia 60 tahun,'' katanya.

Keputusan ujian darah yang mengejutkan itu menyebabkan Dr. Nurhalina menyertai misi suaminya menurunkan berat badan. Katanya, kegemukan berpunca 90 peratus daripada pemakanan dan hanya 10 peratus akibat tidak bersenam.

Bagaimanapun ketidakstabilan hormon juga dikenal pasti menyebabkan seseorang itu sangat sukar menurunkan berat badan biar pun separuh mati menahan lapar.

Lantas usaha Dr. Mahathir dan Dr. Nurhalina tertumpu kepada mengenal pasti rawatan yang mampu menstabilkan hormon dan penjagaan pemakanan menjadikan proses menurunkan berat badan berkesan.

Bermula daripada situ, kedua-dua pengamal perubatan itu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Mereka mendalami rawatan terkini Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Kaedah tersebut sememangnya bersesuaian untuk menurunkan berat badan, pada masa yang sama memelihara otot-otot daripada menggeleber. Dr. Nurhalina dan Dr. Mahathir yang berjaya menurunkan berat badan mahu membantu pesakit obes yang inginkan rawatan dengan membuka Timeless. Kedua-duanya juga mengekalkan klinik perubatan di Taman Datuk Harun untuk membantu penduduk di kawasan tersebut.

RAWATAN HCG DI TIMELESS

1. Sesi konsultasi pertama selama dua jam bagi mengenal pesakit secara mendalam dari segi gaya hidup, sejarah penyakit dan amalan pemakanan.

2. Pesakit akan menjalani ujian fizikal (seperti tekanan darah, tiroid, jantung, berat dan BMI). Ujian darah juga dijalankan untuk mengetahui kandungan lemak, gula, hormon dan hemoglobin dalam darah.

3. Sekiranya ada keputusan yang tidak bagus, doktor akan memastikan hormon atau faktor-faktor lain diperbetulkan dahulu.

4. Rawatan HCG memakan masa dua bulan, pada masa itu, pemakanan rendah kalori perlu dipraktikkan. Senaman ringkas juga akan diajar supaya tulang dan otot menjadi kuat.

5. Sekiranya pesakit belum turun ke tahap normal BMI, rawatan perlu diulang sehingga normal untuk mengelakkan kejadian yo-yo, di mana berat akan naik semula. Ini disebabkan hipotalamus yang masih tidak distabilkan.

Sekiranya rawatan HCG digabungkan dengan Zerona dan radiofrekuensi, kesannya lebih cepat. Zerona merupakan low level laser yang tidak invasif, tidak sakit, tidak melibatkan bius dan tiada pembedahan.

Pesakit disinarkan lampu laser ini selama 20 minit di bahagian depan dan 20 minit di bahagian belakang pada setiap sesi. Hanya 6 sesi diperlukan selama 2 minggu untuk mendapat kesan pelangsingan.

Kelebihan sterol tumbuhan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

ASPEK pemakanan tidak boleh diabaikan memandangkan daripada makananlah kita memperoleh zat dan nutrien yang diperlukan tubuh untuk membolehkan ia berfungsi secara normal.

Pemakanan juga dikatakan punca meningkatnya penyakit tidak berjangkit dan kardiovaskular seperti komplikasi jantung.

Dalam pada itu, setiap tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya.

Selain itu, kolesterol berlebihan juga terbukti meningkatkan risiko penyakit jantung dengan bahagian arteri tersumbat sehingga menunjukkan simptom-simptom penyakit ini.

Diagnosis awal dan penggunaan ubatan yang betul serta perubahan gaya hidup yang komprehensif cukup penting. Ini termasuk pengambilan diet rendah lemak, berhenti merokok, pengurusan tekanan dan bersenam.

Justeru itu, pengambilan suplemen untuk mengurangkan risiko mendapat sakit jantung dan stres badan menjadi alternatif popular pada hari ini.

Menurut Penasihat Kesihatan Blackmores Malaysia Sdn. Bhd., Monitar Tan, sterol tumbuhan berfungsi dengan baik dalam menguruskan kolestrol dalam badan manusia.

Badan yang tidak sihat berkemungkinan berpunca daripada kandungan kolestrol yang tidak seimbang sehingga menyebabkan keletihan, stres dan risiko jantung.

"Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.

Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen.

Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan. Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol.

Manusia memerlukan sekurang-kurangnya dua gram sterol setiap hari untuk mengurangkan tahap kolestrol LDL.

Kajian menunjukkan ia mengurangkan hampir tiga hingga sepuluh peratus kolestrol LDL," katanya.

Tambah Monitar, orang ramai tidak perlu risau kerana sterol tumbuhan berbentuk suplemen ini boleh diambil untuk jangka masa panjang.

Namun, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu badan untuk mengambil sterol tumbuhan berbentuk suplemen ini.

Penglihatan bertambah baik

SEHINGGA kini, orang ramai masih lagi takut untuk menjalani pembedahan Lasik berikutan stigma ke atas penggunaan pisau walaupun pada hakikatnya prosedur itu kini jauh lebih canggih.

Dengan gabungan dua jenis laser iaitu 200 kHz Wavelight FS200 femtosecond dan 500Hz Waveligh EX500 excimer, tekonolgi Wavelight Refractive Suite yang pertama diperkenalkan di Malaysia dan Asia menjadi platform pembedahan baik pulih mata terpantas di dunia.

Pengarah Perubatan Pusat Mata lee (LEC), Dr Lee Mun Wai, teknologi terkini ini bukan sahaja kos efektof dan pilihan mudah kepada mereka yang mahu bebas daripada bergantung pada cermin mata dan kanta mata lekap. Ia juga sesuai bagi mereka yang tidak mahu dibebani dengan prosedur pembetulan berulang. Prosedur ini cepat hanya mengambil masa sepuluh minit.

Ia selamat, tidak sakit dan hanya menggunakan ubat titis mata sebagai anestetik. keputusannya pula serta merta.

"Seseorang pesakit yang ingin mendapatkan rawatan mata selalunya bimbang dan khuatir tentang risiko yang perlu ditanggung. Tetapi kaedah ini bukan hanya mengurangkan komplikasi serius, tetapi juga mampu membantu menyelesaikan masalah bagi mereka yang gagal memperolehi keputusan memuaskan daripada prosedur konvensional lasik atau katarak. Teknologi canggih ini membolehkan rawatan laser mata dilakukan mengikut kesesuaian individu," ujar Dr. Mun Wai.

Wavelight juga dilengkapi dengan rangkaian komputer bersepadu yang dikenali sebagai WaveNet yang membolehkan pemindahan data pesakit dilakukan melalui peralatan diagnostik ke laser itu.

Ini membolehkan pakar bedah memberikan hasil pembetulan mata secara konsisten beserta hasil visual berkualiti tanpa kompromi dari segi tahap keselamatan ketika melakukan rawatan.

Dr Mun wai yang sebelum ini aktif dalam kajian klinikal optalmik berkata antara ciri menarik teknologi laser FS200 adalah kemampuannya merawat mengikut bentuk dan saiz kornea yang berbeza. Selain itu, ia juga mampu meminimumkan insiden lapisan gelembung yang kabur. Tambahnya lagi, FS200 juga merupakan laser femtosecond yang terpantas, mengurangkan masa untuk membuat lapisan nipis (flap) pada mata kepada enam saat.

Dalam pada itu, EX500 ialah laser eksimer paling pantas dalam pasaran dan boleh merawat 1.0 diopter (100 darjah kuasa cermin mata) hanya dalam masa 1.4 saat.

"Menerusi teknologi terbaru dari Jerman ini, saya yakin bahwa hasil keputusan daripada prosedur pembedahan yang lebih efisyen dan efektif ini serta kemampuannya, ia akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih prosedur rawatan penglihatan melalui Wavelight," ujarnya.

Friday, June 3, 2011

http://youtu.be/zA2Qp5DizpE

http://youtu.be/zA2Qp5DizpE

Perbezaan umum lelaki dgn perempuan

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 – 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri “Saya” dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.