Friday, November 30, 2012

Khasiat Teh Peria


SAUFY Nizar Rahman bersama produk teh dan herba berasaskan peria.
Sebut sahaja peria, pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Namun, bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria 'katak' yang bersaiz lebih kecil.
Dalam usaha mengkomersialkan khasiat dan kebaikan peria, sebuah syarikat tempatan milik Bumiputera, Jiewa Enterprise, menghasilkan produk teh herba yang berasaskan peria yang dikatakan mampu membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.
Pengurus Jiewa Enterprise, Saufy Nizar Rahman, 30, berkata, sememangnya diakui sejak dari dahulu lagi bahawa peria mempunyai kebaikannya tersendiri untuk individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis, gout dan darah tinggi.
"Oleh sebab itu dengan bantuan teknologi yang sedia ada, kami telah menghasilkan teh herba dan kopi herba berasaskan peria 100 peratus untuk dijadikan minuman.
"Minuman ini bukan sahaja boleh membantu merendahkan kadar gula dalam darah malah membantu meningkatkan tahap kesihatan kepada tubuh badan," katanya,
Beliau mengakui setakat ini syarikatnya merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang menghasilkan sendiri produk menggunakan bahan daripada peria sepenuhnya.
Untuk itu, syarikat tersebut kami telah mendapat khidmat kepakaran dari Vietnam yang sememangnya terkenal dan berjaya dalam industri produk berasaskan pertanian.
Saufy berkata, Jiewa Enterprise yang memulakan perniagaannya pada 2006, di bawah jenama Alammaya, buat masa menawarkan empat rangkaian produk minuman herba iaitu Teh Peria, Teh Peria Premium, Kopi Peria Premium dan Teh Peria Plus.
"Walaupun menggunakan tumbuhan peria sebagai asas dalam produk minuman herba kami, keunikan produk kami adalah rasa pahit peria tidak terasa," katanya.
Disediakan dalam bentuk uncang yang mudah larut, produk herba ini mudah dibawakan ke mana-mana sahaja atau diminum pada bila-bila masa.
Menariknya, bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis tetapi masih inginkan minuman yang manis, masih berpeluang berbuat demikian kerana Teh Herba Premium, Kopi Herba Premium dan Teh Herba Plus mempunyai campuran pemanis Stevia yang merupakan pemanis semula jadi menggantikan gula
Sesuai yang diminum oleh setiap lapisan umur, teh herba keluaran Jiewa Enterprise ini boleh dijadikan sebagai minuman harian sewaktu pagi, petang mahupun malam.
Bagi yang ingin merasai kelebihan dan khasiat Teh Peria Alammaya ini, boleh mencubanya secara percuma pada Pameran Pertanian, Hortikultur, Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Antarabangsa 2012 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor dari 23 November sehingga 3 Disember ini.
Syarikat yang mempunyai kilang di Nilai dan Ipoh ini akan berada di pameran tersebut sepanjang ia berlangsung bagi mempromosikan produk-produk mereka.
Dalam pada itu, Saufy turut menambah bahawa, syarikatnya bakal membawa kembali produk-produk herba berasaskan tumbuhan misai kucing, mas cotek dan sebagainya yang kini semakin hilang dalam pasaran tempatan.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk herba daripada Jiewa Enterprise ini, dapatkan pada harga RM29.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM34.90 bagi Sabah dan Sarawak pada ejen-ejen seluruh Malaysia, kedai ubat dan farmasi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk minuman herba ini layari Tehperia.biz atau www.alammayabrand.com.my atau hubungi talian 017-3320943.

No comments: