Dr. rushmini Maris Ismali bertanya sesuaitu kepada peserta bengkel anggun sihat di Kuantan, Mei lalu.
TENTU ramai tertunggu-tunggu bengkel Anggun Sihat Bergaya anjuran Marissa Esthethic. Kali terakhir bengkel tersebut menemui para peserta adalah pada Mei lalu di Kuantan, Pahang. Bengkel sehari yang akan diadakan pada 23 Oktober 2011 bukan berteraskan kecantikan semata-mata. Sememangnya setiap bengkel yang diusahakan Dr. Rushmini Maris Ismail menekankan kesihatan sebagai perkara pokok. Ini kerana menurut beliau, apabila sihat barulah seseorang itu boleh tampil anggun bergaya.
''Jika letih dan tidak bermaya bagaimana seseorang itu boleh kelihatan anggun, jauh sekali untuk bergaya,'' kata Dr. Rushmini yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan estetik. Katanya, keuntungan bukan objektif penganjuran bengkel. Yuran penyertaan 'dibayar' balik dalam bentuk konsultasi dan ubat-ubatan selain peluang mencuba sendiri beberapa rawatan yang turut disediakan semasa bengkel.
Beliau mahu orang ramai sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan terutama perkara asas yang sering dilupakan seperti aspek pemakanan. Dr. Rushmini menarik perhatian tentang kadar obesiti di negara ini yang semakin meningkat dan menjadi satu fenomena.
Keadaan itu ada kaitan dengan hormon selain tabiat pemakanan yang perlu diperbetulkan.
''Kadang-kadang tidak terfikir mengapa trend restoran makanan segera di negara kita berkembang begitu mendadak.
''Tentu disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini. Tetapi kita tidak kaitkan dengan perkhidmatan perubatan yang juga semakin meningkat.
''Jadi kita tidak sepatutnya menjadi mangsa agenda komersial dengan mengorbankan kesihatan serta wang ringgit,'' katanya.
Menarik tentang bengkel yang bermula pada 9 pagi hingga 5 petang itu adalah peserta boleh mencuba pengimbas tulang (bone scanner) untuk mengetahui densiti tulang masing-masing.
Bengkel yang akan diadakan di Hotel Equatorial Bangi, Selangor itu menampilkan Dr. Shaharom Sulaiman dari Thalia Clinic. Beliau akan fokus kepada pembentukan tubuh, kekal langsing dan teknologi liposuction menggunakan laser. Wakil Protherapix Sdn. Bhd penaja utama bengkel pula akan memperkatakan tentang kesihatan dalaman melibatkan jantung, tulang dan usus.
''Saya sendiri akan fokus kepada masalah obesiti, rawatan berkesan, hormon serta pelbagai masalah lain terutamanya yang sering dialami oleh kaum Hawa,'' katanya.
Jangan lepaskan peluang kerana pelbagai laser turut didatangkan khas sempena bengkel untuk dicuba oleh para peserta. Sesi mekap oleh KISS Mineral Makeup juga akan diadakan bagi mereka yang ingin belajar tata rias diri. Turut ditawarkan baucer RM300, cendera hati dan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti, boleh mencuba rawatan enzim secara percuma.
Yuran penyertaan sebanyak RM200, berminat boleh hubungi 03-87234808 atau 013-2448484.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment