Saturday, July 28, 2012

Khasiat buah kurma


KURMA dan puasa sememangnya tidak dapat dipisahkan, sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa.
Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah.
Namun tahukah kamu bahawa buah kurma juga amat baik untuk kesihatan? Tetapi apakah khasiatnya?
Jadi, sempena bulan Ramadan ini, .com ingin berkongsi serba sedikit fakta-fakta menarik mengenai buah kurma. - AZRUL
Kurma mempunyai kandungan tenaga yang tinggi serta dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.
Penghidap kencing manis boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.
Sebiji kurma sudah cukup untuk memberi kamu tenaga, serat, vitamin dan mineral serta amat baik bagi mereka yang berdiet.
Kurma juga mampu mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

Tip kekal cantik sepanjang Ramadhan


MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.
Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa. - LYNN
1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.
2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh tubuh.
3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.

Kolagen tulen


Muzaffar Mustapha dengan sebahagian produk keluaran syarikatnya.
DUNIA hari ini menyaksikan ramai wanita semakin ghairah mengekalkan kecantikan dan sentiasa mahu tampil muda.
Kini terdapat pelbagai dan produk untuk membantu wanita melambatkan proses penuaan serta memiliki kulit yang sempurna dan kelihatan cantik.
Antara yang terbaru di pasaran ialah produk Pure Kolagen yang merupakan kolagen asli terdiri daripada tiga aspek iaitu kulit, sendi, sel dan selaput kulit, sebagai penyelesaiannya.
Pengarah Urusan Zmasha Marketing Resources, Muzaffar Mustapha, 39, berkata, produk itu didatangkan dalam bentuk makanan tambahan yang boleh dicampurkan ke dalam minuman seperti milo, teh, kopi atau air suam.
Ia diperbuat daripada ikan kod berkualiti tinggi dan diimport dari Perancis. Terdapat 15 paket dalam setiap satu kotak yang berharga RM88 dan mengandungi 10, 000miligram setiap satu paket penyokong kekuatan kulit.

Friday, July 27, 2012

Rawat rambut bermasalah


Fanny Ling memeriksa masalah rambut yang berlaku pada individu menggunakan komputer pengimbas.
Setiap individu pasti mengimpikan rambut yang cantik dan kulit kepala yang sihat. Namun, tahukan jika rambut anda gugur lebih daripada 30 helai sehari, ia adalah petanda bahawa individu tersebut sedang mengalami masalah rambut dan kulit kepala yang tidak sihat.
Pakar Pemakanan dan Nutrisi 101 Hair Care, Fanny Ling berkata, secara purata, individu yang mempunyai rambut dan permukaan kulit kepala yang sihat akan mengalami keguguran rambut kurang daripada 30 helai sehari.
"Jika melebihi jumlah tersebut, ia petanda bahawa rambut mengalami masalah dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera," katanya.
Jelasnya, terdapat tiga kategori rambut dikenal pasti mengalami masalah tidak sihat dan memerlukan rawatan pemulihan dengan kadar segera.

Kolagen tulen


Muzaffar Mustapha dengan sebahagian produk keluaran syarikatnya.
DUNIA hari ini menyaksikan ramai wanita semakin ghairah mengekalkan kecantikan dan sentiasa mahu tampil muda.
Kini terdapat pelbagai dan produk untuk membantu wanita melambatkan proses penuaan serta memiliki kulit yang sempurna dan kelihatan cantik.
Antara yang terbaru di pasaran ialah produk Pure Kolagen yang merupakan kolagen asli terdiri daripada tiga aspek iaitu kulit, sendi, sel dan selaput kulit, sebagai penyelesaiannya.
Pengarah Urusan Zmasha Marketing Resources, Muzaffar Mustapha, 39, berkata, produk itu didatangkan dalam bentuk makanan tambahan yang boleh dicampurkan ke dalam minuman seperti milo, teh, kopi atau air suam.
Ia diperbuat daripada ikan kod berkualiti tinggi dan diimport dari Perancis. Terdapat 15 paket dalam setiap satu kotak yang berharga RM88 dan mengandungi 10, 000miligram setiap satu paket penyokong kekuatan kulit.

Diabetes dan puasa


Berpuasa di kalangan pesakit Diabetes Melitus jenis 2 (T2DM) bergantung kepada keputusan peribadi.
Tetapi mereka perlu mendapatkan nasihat berdasarkan garis panduan tertentu melalui perbincangan dengan pakar kesihatan.
T2DM adalah diabetes atau kencing manis yang paling lazim berlaku iaitu membabitkan kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.
Perunding Kanan Perubatan dan Endokrinologi, Profesor Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, sama ada tinggi atau rendah risiko pesakit mengalami komplikasi yang berkait dengan amalan berpuasa bergantung kepada tahap penyakit masing-masing.
" Misalnya, pesakit diabetes yang mengalami hipoglesemia yang teruk atau gula dalam darah yang sangat rendah menyebabkan pesakit tidak sedar atau memerlukan bantuan pihak ketiga dalam tempoh tiga bulan sebelum Ramadan.

Punca kelahiran pramatang


SALAM doktor, saya sudah berkahwin dan kini hamil 34 minggu. Saya ingin bertanya, adakah onani ketika hamil boleh menjejaskan kandungan? Ini kerana bila saya bersama dengan suami, pasti saya akan merasa tidak selesa dan sakit di bahagian alat sulit selepas bersama. Saya harap doktor sudi bantu.
Ropa, Johor
JAWAPAN:
Terima kasih kepada Puan Ropa kerana sudi berkongsi soalan. Ya, onani ketika hamil mungkin boleh menjejaskan kandungan.
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah perangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Perangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa alat mahupun menggunakan alat.

Gastrik tidak halang puasa


Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga.
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.

Amal minum air elak batu karang

 

SAFFIE Mat Saman, 59, tidak menyangka terpaksa menjalani satu pembedahan akibat batu karang pada usia emas.
"Saya disahkan menghidap batu karang pada 2008. Namun saya mengambil keputusan untuk tidak membuang batu karang tersebut kerana tidak berasa sakit. Setahun kemudian, saya sakit teruk dan terpaksa menjalani pembedahan laser membuang batu karang.
"Ketika itu, saluran kencing tersumbat akibat batu karang," jelasnya ketika ditemui di Pusat Rawatan eMan, G5, Kompleks Amaniah, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Saffie berkata, kebetulan ketika diserang sakit, dia hendak menunaikan haji dan memerlukan rawatan segera.
Akibat sakit yang terlampau, dia akhirnya akur untuk menjalani pembedahan.
Dia tidak lagi sanggup mengambil risiko menghadapi kesakitan ketika membuang air kecil sehingga menyebabkannya berpeluh-peluh dengan muka berkerut menahan kepedihan apabila batu karang menghalang saluran kencing.

Sunday, July 22, 2012

Makanan bagus ketika bersahur


19 Jul - Bulan puasa semakin hampir, pasti apa yang anda fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.

Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak.

Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa!

Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.

Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.

Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Saturday, July 21, 2012

Bekam cara Korea

Dr. Muhammad Kim Myoung Hwan menunjukkan teknik bekam angin untuk mengeluarkan angin menerusi liang roma.
BEKAM antara kaedah perubatan alternatif tertua di dunia. Menariknya, hampir setiap kaum di dunia mewarisi rawatan kuno ini cuma mungkin nama dan tekniknya berbeza-beza.
Malah ia dikatakan turut terdapat dalam perubatan Islam di mana asal usul bekam bermula dari negara-negara Arab yang memanggilnya al-hijamah iaitu membuang darah kotor.
Manakala masyarakat Cina mendakwa bekam telah diamalkan mereka sejak 1,500 tahun dulu bagi mengubati masalah-masalah kesihatan tertentu.
Di kalangan masyarakat Korea, kaedah alternatif ini juga tidak kurang popularnya. Namun, teknik yang diamalkan mungkin mempunyai sedikit kelainan daripada kaedah bekam masyarakat di sini.

Batuk tanda kanser

Batuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita.
Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.
Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.
Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru.
Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.

Risau kesan pil perancang

SALAM doktor. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun 8 bulan. Saya telah mengambil pil perancang 28 biji kemudian bertukar kepada 21 biji. Pada awal tahun lalu, saya berhenti mengambil pil tersebut. Masalah saya sekarang, saya tidak datang haid dari Januari 2011 sehingga sekarang. Buat pengetahuan doktor, saya ingin mengandung lagi.
* Fk, Negeri Sembilan.
JAWAPAN:
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai post pill aAmenorrhea. Ia berlaku apabila seseorang wanita tidak datang haidnya setelah berhenti mengambil pil perancang kehamilan. Walaupun ia tidak selalu terjadi, namun keadaan ini berlaku secara signifikan, iaitu pada 0.2 hingga 3.0 peratus. Ini bermakna dalam 1,000 wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan, sebanyak 2-30 orang akan mengalami masalah ini. Janganlah puan runsing kerana masalah yang dialami ini agak biasa.

Peluang mangsa buta akibat simbahan asid

 

KES-KES simbah asid dilihat bagaikan trend jenayah terkini apabila semakin banyak mangsa yang disiarkan pihak media. Jika cacat muka akibat simbahan asid, ia masih boleh dirawat lagi dengan teknologi pembedahan plastik yang semakin banyak pusat perubatan menyediakan perkhidmatan tersebut.
Namun, apa pula nasibnya mangsa-mangsa simbahan asid yang mengganggu sistem penglihatan?
Adakah mereka hanya perlu berserah kepada takdir dan menelan hakikat yang mereka tidak mampu melihat lagi?
Apa yang kebanyakan mangsa simbahan asid ini tidak tahu ialah terdapat teknologi baru yang dapat memulihkan kembali penglihatan mereka melalui rawatan sel stem.
Rawatan yang dikenali sebagai Cultivated Oral Mucosal Epithelial Transplantation (COMET) ini merupakan prosedur rawatan sel stem yang diambil daripada tisu mulut dan dibiakkan di dalam makmal lalu dipindahkan ke kornea.

Sunday, July 15, 2012

Pembunuh senyap


Kebanyakan kes hati berlemak berpunca daripada obesiti dan bentuk badan mereka seperti bentuk epal.
Tahukah anda antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral? Hati atau hepar juga menghasilkan protein, dan membuang hampas dari badan menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.
Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati .
Bagi memastikan adakah kita menghidap penyakit hati atau tidak, orang ramai dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih awal.

Bukan sekadar penawar duka


Benarkah ketawa boleh menjadi ubat pelbagai penyakit? Jika anda pernah menonton filem komedi Patch Adam lakonan Robin Williams, anda mungkin bersetuju.
Walaupun menerima banyak kritikan, filem box-office ini berjaya membawa penonton memahami konsep jenaka yang dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan luar biasa dalam merawat sakit.
Hari ini pelbagai kajian mula membuktikan kebaikan ketawa dari sudut kesihatan. Ketawa bukan sekadar penawar duka bahkan merangsang ketenangan jiwa dan melegakan ketegangan otot, sekurang-kurangnya untuk tempoh 45 minit.
Mereka yang mengalami kemurungan biasanya susah untuk ketawa, malahan terlupa bilakah kali terakhir melakukannya.
Sebenarnya, otot-otot tubuh badan bekerja seperti sedang bersenam apabila seseorang itu ketawa bersungguh-sungguh. 80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakannya adalah otot-otot di bahagian perut, belakang badan dan muka.

Terapi kombinasi untuk pesakit darah tinggi


HIPERTENSI atau lebih dikenali dengan darah tinggi terus berada di tempat teratas sebagai faktor utama penyakit kardiovaskular iaitu punca utama kematian di negara ini.
Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi dan hanya 26 peratus mencapai tekanan darah yang disasarkan atau ideal.
Garis panduan hipertensi mengesyorkan ubat kombinasi yang mempunyai mekanisme tindakan pelengkap untuk mencapai sasaran tekanan darah berkesan.
Tekanan darah biasanya tidak dapat dikawal dengan baik hanya dengan agen anti hipertensi tunggal dan hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung serta strok.
Seeloknya hipertensi dirawat di peringkat awal sebelum merosakkan organ-organ penting dalam badan.
Terdapat lima kelas utama ubat yang digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan penggunaannya biasanya disyorkan bagi merawat hipertensi.

Risau kesan pil perancang


SALAM doktor. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun 8 bulan. Saya telah mengambil pil perancang 28 biji kemudian bertukar kepada 21 biji. Pada awal tahun lalu, saya berhenti mengambil pil tersebut. Masalah saya sekarang, saya tidak datang haid dari Januari 2011 sehingga sekarang. Buat pengetahuan doktor, saya ingin mengandung lagi.
* Fk, Negeri Sembilan.
JAWAPAN:
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai post pill aAmenorrhea. Ia berlaku apabila seseorang wanita tidak datang haidnya setelah berhenti mengambil pil perancang kehamilan. Walaupun ia tidak selalu terjadi, namun keadaan ini berlaku secara signifikan, iaitu pada 0.2 hingga 3.0 peratus. Ini bermakna dalam 1,000 wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan, sebanyak 2-30 orang akan mengalami masalah ini. Janganlah puan runsing kerana masalah yang dialami ini agak biasa.

Tuesday, July 10, 2012

Bantuan berpantang tradisional


TEKNIK memakai bengkung dengan mudah turut diajar bidan.
AMALAN berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung mungkin dianggap remeh bagi sesetengah wanita zaman sekarang kerana merasakan ia menyusahkan dan tidak penting.
Faktor jauh daripada orang tua membuatkan mereka memandang ringan kepentingan amalan berpantang.
Hakikatnya, jika tidak menjaga badan sebaik saja selepas bersalin, kesan seperti peranakan jatuh dan badan semakin berisi terutamanya di bahagian bawah akan terserlah. Maka pusat pelangsingan dan pelbagai perubatan moden yang mencecah kos tinggi menjadi buruan mereka.
Kesannya tidak dirasai serta-merta. Apabila melalui kelahiran lebih sekali, usia meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh, sakit pinggang dan kebas tangan sehingga lemah badan.

Masalah berat tidak naik


SALAM Dr., saya telah bersalin pada November 2011 melalui kaedah pembedahan. Sehingga kini saya masih lagi menyusu anak saya walaupun telah dicampur dengan susu formula. Masalahnya berat badan saya tidak naik walaupun makan dengan kuantiti yang banyak. Soalan saya adakah penggunaan ubat-ubatan semasa pembedahan mempengaruhi kenaikan berat badan?
Terima Kasih,
* Naa Ariza
JAWAPAN
Rata-rata wanita yang saya temui akan mengadu masalah yang sebaliknya.
Penggunaan ubat-ubatan semasa pembedahan sama ada sebagai ubat bius secara keseluruhan (general anaesthesia) ataupun secara setempat atau regional (spinal dan epidural) oleh doktor bius tidak langsung mempengaruhi kenaikan berat badan. Ubat-ubatan lain yang digunakan untuk proses pembedahan oleh doktor perbidanan juga tidak memberi apa-apa kesan ke atas kenaikan berat badan. Ubat-ubatan yang sama juga digunakan bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal tanpa pembedahan.

Pradiabetes 'pintu' penyakit kronik


TAHUKAH anda satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menderita penyakit diabetes? Selain itu, 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes mengalami pelbagai bentuk kerosakan saraf? Ini diburukkan lagi oleh fakta ini: Adakah anda menyedari risiko pemotongan anggota adalah 27.7 kali ganda lebih besar bagi mereka yang menghidap diabetes dan 50 peratus daripada semua kes pemotongan anggota berlaku pada mereka yang berpenyakit diabetes?
Paling menakutkan ialah ramai tidak mengetahui mereka menghidapi pradiabetes. Pradiabetes berlaku apabila paras gula darah meningkat lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes. Mereka yang mengalami pradiabetes bukan sahaja menghadapi risiko tinggi untuk menderita diabetes, bahkan berhadapan risiko serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan saraf.

Mengekalkan momentum


SOALAN:
ASSALAMUALAIKUM Dr., sebagai seorang pekerja saya ingin meminta pendapat bagaimana cara terbaik mengekalkan motivasi diri yang semakin hilang. Dulu sewaktu mula bekerja saya begitu bersemangat, menepati masa, bersungguh-sungguh dan sentiasa ceria. Kini, keadaan sebaliknya berlaku hingga saya sudah tidak peduli sama ada akan dinaikkan pangkat atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Motivasi diri akan hilang apabila kita tidak memperbaharui matlamat, mengganjari diri, menambah ilmu, mempertajamkan kemahiran dan bergaul dengan orang yang negatif. Sewaktu kita mula bekerja dahulu, diri rasa bersemangat sebab begitu banyak perkara yang mahu dipelajari dan diterokai. Apabila setiap hari melakukan kerja yang sama akhirnya kita rasa hilang semangat disebabkan semua kerja itu sudah boleh dilakukan dengan baik. Malah rutin kerja yang biasa mula membosankan dan tidak mencabar lagi.

Saturday, July 7, 2012

Lelaki kurang sedar


DUNIA hari ini menyaksikan pelbagai jenis penyakit ‘menyerang’ manusia di mana ia seakan-akan berlumba untuk menduduki carta teratas.
Hari ini juga menyaksikan tanpa mengira jantina, baik lelaki mahupun wanita, mereka tidak terlepas dijangkiti ataupun ‘diserang’ penyakit-penyakit yang berbahaya akibat daripada gaya hidup yang diamalkan.
Dan yang terkini, amaran untuk kaum Adam di mana Hiperplasia Prostat Tidak Berbahaya (BPH) iaitu pembesaran kelenjar prostat boleh ‘menyerang’ tanpa anda ketahui akan kewujudannya.
Lazimnya, mereka yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.
Menurut Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Azad Hassan A. Razack, angka untuk penyakit ini akan meningkat setiap tahun dan peningkatan tersebut adalah bersangkutan dengan populasi penduduk negara ini yang semakin meningkat atau dalam erti kata mereka yang meningkat usia (warga emas) semakin banyak.

Garam nyah toksin


Nur Ain Zainal (kiri) menerangkan mengenai rawatan yang disediakan di Red Kebaya Spa.
Rutin harian yang melibatkan banyak aktiviti luar menyebabkan badan sentiasa terdedah kepada pencemaran.
Lantaran itu, ia mendorong berlaku pertambahan ion negatif dalam tubuh menyebabkan sistem badan menjadi lemah dan memerlukan sesuatu yang boleh meneutralkan kembali sistem tersebut.
Menyedari kepentingan penjagaan kesihatan agar badan kekal sihat dan bertenaga, Red Kebaya Spa menawarkan rawatan terapi Thalasso untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita.
Pengurusnya, Nur Ain Zainal, 32, berkata, terapi Thalasso menggunakan garam Bukit Kristal sebagai bahan utamanya.
"Terapi ini menggunakan garam yang diamalkan oleh masyarakat zaman Yunani dulu. Thalasso itu sendiri membawa maksud laut dan mempunyai banyak kebaikan kepada badan.

Pembunuh utama wanita


sakit jantung dan strok merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Menggerunkan tetapi inilah hakikat yang berlaku di mana penyelidikan mendapati ia berlaku ke atas seorang daripada setiap empat wanita.
Malangnya berdasarkan hasil kaji selidik melalui program Kesedaran Kesihatan Jantung Wanita yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita (WH2O) mendapati, pengetahuan umum dan kesedaran mengenai penyakit ini masih rendah sama ada di kalangan wanita mahupun lelaki.
Pengerusi WH2O, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, kematian akibat serangan jantung dan strok di kalangan wanita hampir dua kali lebih lazim daripada kematian akibat kanser.
"Maka dengan itu, apa yang terjadi lebih banyak kematian di kalangan wanita akibat serangan jantung atau strok dan ia menjadi satu trend yang tidak berubah sejak 10 tahun lalu.

Sunday, July 1, 2012

Sihat dan cantik seiring


KESIHATAN tubuh badan merupakan aset penting bagi wanita dan tidak kurangnya bagi lelaki. Namun semakin meningkat usia, tubuh badan kehilangan kolagen.
Kita memerlukan kolagen kerana ia merupakan sumber protein bagi memastikan kulit sentiasa anjal, lembap, tegang, dan mampu melambatkan proses penuaan.
Bagi lelaki yang merokok, ia boleh menyebabkan kandungan kolagen berkurang dan anda perlukan kolagen bagi memastikan proses penuaan tidak berlaku.
Selain itu, kolagen penting untuk mengembalikan keanjalan kulit dan payu dara. Wanita yang mengalami masalah keguguran rambut juga perlu mengambil kolagen kerana ia mampu menguatkan rambut daripada keguguran.
Pengambilan produk kolagen adalah kaedah alternatif bagi suntikan botox bagi menangani masalah tersebut.

Nutri M selesai masalah rambut gugur

 

Masalah keguguran rambut yang membawa kepada botak dan juga masalah uban sebelum sampai waktunya adalah fenomena biasa bagi ramai individu akhir akhir ini.
Faktor utama penyumbang kepada masalah tersebut antaranya ialah kekerapan mewarna dan membasuh rambut menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan folikel dan proses pertumbuhan rambut. Selain dari itu, kurangnya kesedaran bahawa rambut juga memerlukan nutrisi bagi mengelak kulit kepala menjadi panas dan kering.
Untuk merawat masalah ini biasanya memerlukan belanja yang besar serta memakan masa yang agak lama.
Tapi kini segalanya dapat diatasi dengan adanya syampu keluaran Nutri Enterprise yang berasaskan herba iaitu Nutri M Anti Hairloss Regimen dan Nutri M Black Shampoo.
Nutri M Anti Hair Loss Regimen diperkaya dengan pati bunga saffron dan daun pudina yang menyejukkan kulit kepala serta mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut, botak pra-matang dan rambut semakin menipis yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan