Sunday, July 1, 2012

Nutri M selesai masalah rambut gugur

 

Masalah keguguran rambut yang membawa kepada botak dan juga masalah uban sebelum sampai waktunya adalah fenomena biasa bagi ramai individu akhir akhir ini.
Faktor utama penyumbang kepada masalah tersebut antaranya ialah kekerapan mewarna dan membasuh rambut menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan folikel dan proses pertumbuhan rambut. Selain dari itu, kurangnya kesedaran bahawa rambut juga memerlukan nutrisi bagi mengelak kulit kepala menjadi panas dan kering.
Untuk merawat masalah ini biasanya memerlukan belanja yang besar serta memakan masa yang agak lama.
Tapi kini segalanya dapat diatasi dengan adanya syampu keluaran Nutri Enterprise yang berasaskan herba iaitu Nutri M Anti Hairloss Regimen dan Nutri M Black Shampoo.
Nutri M Anti Hair Loss Regimen diperkaya dengan pati bunga saffron dan daun pudina yang menyejukkan kulit kepala serta mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut, botak pra-matang dan rambut semakin menipis yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan
Gel esen yang didatangkan bersama syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan boleh digunakan setiap kali selepas mencuci rambut.
Kaedahnya ringkas, semudah rutin syampu rambut biasa dan ia boleh digunakan setiap hari atau setiap dua hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik, setanding hasil rawatan rambut professional.
Manakala bagi yang mempunyai masalah uban, penyelesaiannya hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit dan semudah rutin cucian biasa sahaja dengan menggunakan Nutri M Black Shampoo.
Herba-herba di dalam rumusan Nutri M Black Shampoo sebenarnya telah digunakan sejak sekian lama oleh nenek moyang kita untuk mengurang atau menghilangkan uban di kepala, di samping memastikan supaya rambut sentiasa sihat dan kuat. Antara herba-herba tradisional yang digunakan dalam penghasilan produk ini antaranya ialah minyak kelapa, kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok & daun Urang Aring yang mempunyai banyak kandungan nutrisi dan anti-bakteria yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan rambut.
Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk Nutri M telah diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas bahan kimia. Oleh itu, anda semua terutamanya pengguna-pengguna Muslim tidak perlu risau tentang syampu ini kerana kandungannya 100 peratus herba, bukan pewarna, telap air serta bersih sifatnya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu.
Jika anda berminat untuk mencuba, hubungi kami di talian 019-311 7254 untuk maklumat pengedar berhampiran atau layari http://nutri-m.blogspot.com dan http://www.facebook.com/nutrienterprise
Dimaklumkan juga bermula 20 Jun hingga 20 Julai 2012 RM5 dari setiap pembelian akan disalurkan ke Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebagai sumbangan bagi projek pembinaan hospital bersalin dan kanak kanak di Gaza Palestin. Sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan anda, mulai tarikh tersebut kos penghantaran adalah percuma!

No comments: