SOALAN:
ASSALAMUALAIKUM Dr., sebagai seorang
pekerja saya ingin meminta pendapat bagaimana cara terbaik mengekalkan
motivasi diri yang semakin hilang. Dulu sewaktu mula bekerja saya
begitu bersemangat, menepati masa, bersungguh-sungguh dan sentiasa
ceria. Kini, keadaan sebaliknya berlaku hingga saya sudah tidak peduli
sama ada akan dinaikkan pangkat atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam. Motivasi diri akan hilang apabila kita tidak
memperbaharui matlamat, mengganjari diri, menambah ilmu, mempertajamkan
kemahiran dan bergaul dengan orang yang negatif. Sewaktu kita mula
bekerja dahulu, diri rasa bersemangat sebab begitu banyak perkara yang
mahu dipelajari dan diterokai. Apabila setiap hari melakukan kerja yang
sama akhirnya kita rasa hilang semangat disebabkan semua kerja itu
sudah boleh dilakukan dengan baik. Malah rutin kerja yang biasa mula
membosankan dan tidak mencabar lagi.
Tambah ilmuSebab itulah perlu tambah ilmu melalui
pembacaan dan latihan agar kita memperolehi input-input baru supaya
lebih kreatif dan inovatif dalam pekerjaan. Ada ketikanya apa yang
sudah dilakukan dengan baik itu belum tentu cara terbaik melakukannya.
Mungkin ada ruang bagi menjimatkan kos, mempercepatkan proses atau
menambah kualiti. Dengan berfikiran kritis maka ia membuka ruang bagi
kita berfikir dan bermulalah satu proses pembelajaran yang baru serta
membuka peluang bagi kita meningkatkan diri. Ada juga yang hilang
motivasi diri disebabkan apa yang dijangkakan olehnya tidak berlaku.
Tidak kondusifMisalnya, suasana kerja yang tidak
kondusif, hubungan antara pekerja yang tidak harmoni selain pendapat
dan pandangan yang sering dicantas. Apa sekali pun, ingatlah bahawa
kita lakukan semua pekerjaan itu dengan baik bukan hanya untuk
organisasi tetapi sebenarnya untuk kita. Apa juga hasil kerja yang
telah dilakukan itu akan menjadi aset diri yang membuatkan nilai kita
semakin tinggi dalam pasaran bukannya semakin rendah.
No comments:
Post a Comment