Fikri masih sihat sehingga kini selepas menjalani pembedahan pemindahan jantung tujuh tahun lalu.
Sebelum mendapat jantung baru, Fikri menghidap sakit kronik pada injap kecil otot jantung dan dia perlu bergantung kepada sokongan Alat Bantuan Implan Ventricle (IVAD).
Berbeza dengan jantung mekanikal terbaharu, jantung tiruan ini hanya mampu bertahan selama dua tahun.
Jantung mekanikal yang digunakan oleh Fikri masa itu adalah seberat sembilan kilogram. Pesakit yang menggunakannya juga tidak boleh mandi dan tidak boleh terdedah kepada hujan.
Kemudian IJN memperkenalkan jantung tiruan yang dikenali 'Heart Mate II' pada tahun 2010 dan 'HeartWare' awal tahun 2011.
Jantung tiruan mesra pengguna itu sedikit sebanyak mengurangkan beban yang dihadapi.
Tambah beliau, jantung tiruan ini membantu melancarkan perjalanan darah seluruh badannya berjalan lancar dan mengurangkan masalah jantung yang dihadapi pesakit.
Pesakit memerlukan jantung mekanikal apabila jantung gagal berfungsi atau kegagalan jantung kronik.
Menurut Dr. Mohamed Ezani, alat yang kecil itu juga tidak akan membebankan pesakit dan selamat dibawa ke mana-mana sahaja.
Tetapi pesakit yang menggunakan alat itu tidak dibenarkan berenang dan harus berhati-hati ketika hujan lebat.
"Heart Mate II adalah sistem bantuan ventrikular kiri yang membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan. Ia direka untuk bertahan lebih lama dan melebihi lima tahun.
Oleh itu, ia memberi harapan kepada pesakit untuk tidak menjalani pembedahan pemindahan jantung," katanya.
Digerakkan oleh bateri, Heart Mate II lebih senyap dan menyebabkan ia dikenali sebagai jantung tiruan tanpa nadi.
Sistem Heart Mate II merangkumi pam yang ditanam di dalam dada pesakit dan satu komponen terdiri daripada pam kawalan dan bateri berada di luar tubuh pesakit.
Alat ini juga mempunyai pengecas bateri dan monitor.
Dr. Mohamed Ezani memberitahu, jantung tiruan ini direka dengan berat kurang satu kilogram dan berkeupayaan untuk mengepam darah sehingga 10 liter seminit.
Ini membolehkan pesakit melakukan aktiviti harian dan tidak perlu berada di hospital.
"Saiz peranti 'HeartWare' itu lebih kecil dan ringan berbanding model sokongan jantung mekanikal yang pernah diperkenalkan sebelum ini.
"Peranti seberat 160 gram itu akan ditanam bersama jantung pesakit bagi mengambil alih fungsi ventrikel kiri untuk mengepam darah terus ke dalam pam mekanikal yang kemudiannya akan mengepam darah ke seluruh badan pesakit," katanya.
Tambah Dr. Mohamed Ezani, peranti tersebut mempunyai polip driveline kecil yang boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman serta mampu menjana aliran darah sehingga 10 liter setiap minit.
"Parameter pam akan dipaparkan pada alat kawalan yang menggunakan kuasa dua buah bateri khas dan ia mampu bertahan sehingga 12 jam.
"Kabel kuasanya juga berkonsepkan mesra pengguna, mudah dibawa ke mana sahaja dan alat ini mampu bertahan sehingga lima tahun," ujarnya.
"Mereka masih menunggu jantung semula jadi untuk meneruskan kehidupan. Dengan adanya jantung baru, pesakit boleh menjalani kehidupan normal seperti yang dilalui pengguna jantung mekanikal pertama, Muhammad Fikri. Selepas menerima jantung semula jadi pada tahun 2007, dia dapat menjalankan aktiviti seperti remaja lain," ujarnya.
No comments:
Post a Comment